CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dani-rox

[UNSOLVED MYSTERIES] Empat Kes Misteri Oleh KILL_NANCY #1611-#1614 (21 Januari

    [Copy link]
Post time 22-10-2018 10:06 AM | Show all posts
pada saya thread ni antara bebenang terbaik yang pernah saya baca
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2018 01:24 PM | Show all posts
i pun penunggu setia thread ni dri awal..sedih tt x update kt sini lagi
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2018 06:26 PM | Show all posts
daniii.. weols rinduuuu nk bc thread uols
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2018 05:47 AM | Show all posts
Edited by dani-rox at 6-11-2018 06:28 AM

Siapa Letak Bella Di Dalam Wych Elm?




Hutan Hagley


Pada 18 April 1943, empat orang budak lelaki bernama Robert Hart, Thomas Willetts, Bob Farmer dan Fred Payne dari Stourbridge sedang memasang perangkap haiwan di Hutan Hagley berdekatan Bukit Wychbury, apabila mereka menemui sebuah pokok besar jenis Wych Hazel, yang kadang-kadang penduduk tempatan keliru dengan pokok Wych Elm. Keempat-empat mereka yakin bahawa pokok itu sesuai untuk mencari sarang burung, lantas Farmer memanjatnya sambil melihat-lihat sekeliling. Sewaktu memanjat, dia kemudian melihat ke bawah – ke dalam rongga batang pokok, dan melihat satu tengkorak yang disangkanya datang dari sejenis haiwan. Walau bagaimanapun, setelah diteliti terutamanya pada rambut dan gigi, barulah dia perasan yang dia sedang membelek-belek tengkorak manusia. Memandangkan mereka memecah masuk kawasan itu, Framer meletakkan kembali tengkorak tersebut ke tempat asalnya dan keempat-empat budak itu pulang ke rumah tanpa menceritakan penemuan itu kepada sesiapa.


Pokok Wych Elm yang menjadi tempat persemadian "Bella"



Tengkorak yang ditemui

Namun, budak yang paling muda yakni Tommy Willets berasa tidak sedap hati dengan apa yang telah dilihatnya dan memutuskan untuk memberitahu ibu bapanya. Apabila pihak polis memeriksa semula rongga pokok tersebut, mereka menemui tulang rangka yang hampir sempurna, sebelah kasut, sebentuk cincin emas dan beberapa cebisan pakaian. Setelah mereka meluaskan pencarian, sebelah tangan yang dipotong turut dijumpai, ditanam berhampiran dengan pokok itu.

Mayat itu dihantar untuk pemeriksaan forensik oleh Prof. James Webster. Beliau mengesahkan bahawa rangka itu milik seorang perempuan berusia 35 tahun dengan ketinggian 5 kaki, dan pernah melahirkan anak. Dia dianggarkan telah mati sekurang-kurangnya 18 bulan, seterusnya menentukan masa kematiannya sekitar Oktober 1941. Prof. Webster juga menemui kain taffeta digumpal di dalam mulut mangsa, yang juga disyaki menyebabkannya mati tercekik. Berdasarkan sukatan saiz batang pokok, beliau menyimpulkan mangsa disumbatkan di situ ketika mayatnya “masih panas” – yakni sebaik saja dibunuh -  kerana jika dibiarkan lama, mayat wanita itu akan mula melalui ‘rigor mortis’ dan mengeras, dan tidak akan dapat dimasukkan ke dalam batang pokok.



Oleh kerana pembunuhan wanita itu berlaku ketika Perang Dunia Kedua sedang berlangsung, proses pengenalan identitinya telah menemui jalan buntu. Pihak polis dikatakan mampu menggambarkan keadaan wanita itu ketika hayat berdasarkan barang-barang yang ditemui bersama mayatnya. Namun, mereka menerima beribu-ribu laporan orang hilang sewaktu perang, dan orang ramai waktu itu juga sentiasa berpindah randah, maka rekod terlalu banyak untuk diperiksa secara satu persatu.

Pada 1944, mesej dalam bentuk tulisan graffiti berkenaan misteri tersebut buat pertama kalinya muncul di tembok Jalan Upper Dean Street: “Siapa yang meletakkan Bella ke dalam pokok Witch (Wych) Elm – Hutan Hagley” Nama “Bella” menunjukkan seolah-olah penulis graffiti itu mungkin mengenali si mati mahupun si pembunuhnya. Beberapa bulan dan tahun kemudian, mesej sama ditemui di sekitar pekan tersebut - Adakalanya ditulis dengan nama "Luebella". Akhirnya pada 1970an, satu lagi graffiti muncul di tiang obelisk berhampiran Hutan Hagley.

Beberapa teori telah ditampilkan oleh para penyiasat:
  • Si mati mungkin seorang pelacur yang dilaporkan hilang oleh rakannya di Birmingham
  • Seorang wanita yang menjadi mangsa gurauan beberapa orang lelaki mabuk dengan menyumbatkannya di dalam pokok
  • Penyanyi kabaret dan bintang filem Jerman bernama Clara Bauerle yang tidak dapat dikesan sejak 1941
  • Pengintip wanita berbangsa Belanda yang mungkin dibunuh oleh pihak Jerman
  • Mangsa pembunuhan ritual sihir orang Gipsi - Berdasarkan penemuan tangan yang dipotong

Kini lebih kurang 70 tahun kemudian, tiada siapa yang tahu identiti sebenar “Bella”, penulis graffiti tersebut dan di mana tulang rangkanya berada.

WIKIPEDIA


Jangan lupa lawat blog ai

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2018 05:55 AM | Show all posts
Supersirap replied at 22-10-2018 10:06 AM
pada saya thread ni antara bebenang terbaik yang pernah saya baca


Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2018 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Fave thread and writer kat board misteri ni.sebab iol suka thriller juga selain hantu. Thriller ni misteri dia lebih sikit daripada hantu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-11-2018 12:40 PM | Show all posts
dani-rox replied at 6-11-2018 05:47 AM
Siapa Letak Bella Di Dalam Wych Elm?

tq!!!
i lebiu ketat2!!
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2018 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 6-11-2018 05:47 AM
Siapa Letak Bella Di Dalam Wych Elm?



Macam mana tahu penah melahirkan anak? Dah tinggal rangka kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-11-2018 07:56 PM | Show all posts
Suchi replied at 8-11-2018 01:53 PM
Macam mana tahu penah melahirkan anak? Dah tinggal rangka kan

baru jah gugel: forensik panggil tanda2 pernah melahirkan anak pd tulang rangka sbg 'parturition scars'
soft marks on the pelvis cartilage which are left by childbirth as the bones soften to allow easier birth




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2018 07:59 PM | Show all posts
234126 replied at 8-11-2018 07:48 AM
Fave thread and writer kat board misteri ni.sebab iol suka thriller juga selain hantu. Thriller ni m ...

misteri pembunuhan terutamanya kan? sbb manusia jahat lebih menakutkan. lol
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2018 08:00 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2018 08:33 PM | Show all posts
Mangsa pembunuhan ritual sihir orang Gipsi - Berdasarkan penemuan tangan yang dipotong

kalau disebabkan perkara kat atas tu, sadis sungguh
mohon mangsa jadi hantu, serang puak ritual tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2018 08:49 PM | Show all posts
Ipo replied at 8-11-2018 08:33 PM
Mangsa pembunuhan ritual sihir orang Gipsi - Berdasarkan penemuan tangan yang dipotong
...

tingat sumpahan pompuan tua gipsi dlm filem drag me to hell. org kat sana percaya ummah gipsi nih kuat sihir agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2018 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 8-11-2018 07:59 PM
misteri pembunuhan terutamanya kan? sbb manusia jahat lebih menakutkan. lol

Ur blog tebabo la! Sukaaaaa keep it up!
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2018 09:24 AM | Show all posts

mek is tunggu sambungan lain...

Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2018 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 8-11-2018 07:56 PM
baru jah gugel: forensik panggil tanda2 pernah melahirkan anak pd tulang rangka sbg 'parturition s ...

Kalau czer ade gak ke tanda yaa? Memang menarik utk ketahui.
Aritu ade tengok cenel CI kes yg menarik gak kes mayat dlm tong.
Sadisnya mayat itu mayat perempuan sarat mengandung.
Mayat tu dah lebih 30 tahun duk dlm tong yg disimpan kat ruang bawah umah kot ala tempat omputeh selalu basuh baju n simpan barang tu.
Tade sapa pun tau yg dlm tong tu ade mayat okeh.
Polis dapat jumpa pembunuh tu tapi lum sempat nak dpt kan waran tangkap pembunuh tu bunuh diri plak.

Iols rasa tak puas hati gak huhu.
Mana taknya polis dtg umah dulu interview bagai si saspek pastu baru nak g mohon waran bagai padahal saspek tu pun dah tahu polis nak tangkap dia.
Tak aci betul saspek bunuh diri sblm dibicarakan.
Yang mati tu kekasih dia, imigran yg kije kat kilang bunga plastik milik dia.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-11-2018 09:56 PM | Show all posts
Suchi replied at 9-11-2018 01:20 PM
Kalau czer ade gak ke tanda yaa? Memang menarik utk ketahui.
Aritu ade tengok cenel CI kes yg men ...

mungkin ada tanda2 pada tulang pelvis ke apa, yg forensik bole kesan mangsa pernah preggy sebegitu.


Ohh ai pun pernah tengok kes mayat pompuan preggy dlm tong dram yg sis cerita tuh. Reyna Marroquin namanya. Dibunuh pd 1969, mayat akhirnya dijumpai thn 1999. BF/pembunuh tu bunuh diri sbb panik bila polis nak check DNA-nya dgn fetus Reyna.

https://en.wikipedia.org/wiki/Murder_of_Reyna_Marroqu%C3%ADn

satu lg kes yg ai ingat psl mayat dlm tong adalah pompuan australia, Edwina Boyle yg dibunuh dan dikerat2 oleh husbandnya pd thn 1983, disimpan dlm tong di luar rumah tanpa disedari anak2nya. dia dibunuh sbb sang suami ada pompuan lain.
akhirnya cebisan mayat dijumpai oleh salah seorg menantu yg sedang bersihkan rumah pd 2006. sebelum tuh family mangsa siap buat parti dan happy2 bergambar sebelah tong mayat. trauma hokeh, si ibu yg selama nih dituduh oleh si apak lari ikut jantan lain rupa2nya berada dekat jah dgn dia org.







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2018 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 9-11-2018 09:56 PM
mungkin ada tanda2 pada tulang pelvis ke apa, yg forensik bole kesan mangsa pernah preggy sebegitu ...

Yg membunuh tak rasa apa plak bila tgk tong dram tu kan?
Hati kering betul tapi itulah jenayah tak pernah sempurna pasti meninggalkan bukti, Lambat atau cepat pasti terbongkar jua.
Gara2 kes tong dram simpan dlm umah bagai ni iols kalau g bermalam kat homestay ke apa mesti nak tgk je belakang umah ke apa kot2 ade tong gini org simpan hahaha takut juga.
Yang mana nak sewa umah or beli umah org cek2 la jugak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2018 08:00 PM | Show all posts
Suchi replied at 9-11-2018 11:51 PM
Yg membunuh tak rasa apa plak bila tgk tong dram tu kan?
Hati kering betul tapi itulah jenayah ta ...

psikopat mana nak rasa bersalah atau takut. zero empathy.


hahaha... kan, lebih2 lg kalau tong2 tuh elok jah tertutup rapat selain tong dram dan peti ais, kes mayat disembunyikan di dalam dinding pun scary gak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2018 02:13 AM | Show all posts
Edited by dani-rox at 12-11-2018 02:16 AM

Pembunuh Budak Oakland County




Dikenali dgn nama jolokan “The Babysitter”, pembunuh bersiri yg masih bebas ini telah membunuh sekurang2nya 4 org kanak2, mungkin lebih, di antara thn 1976-1977. Dua budak lelaki (Mark Stebbins, 12 dan Timothy King,11)  dan dua budak perempuan (Jill Robinson, 12 dan Kristine Mihelich, 10) hilang dari bbrp komuniti di daerah Oakland, yg terletak di barat laut Detroit,  Michigan – Kesemuanya ditemui mati dlm tempoh 19 hari. Mayat mereka dilupuskan di tempat awam dgn cara yg sama. Mark dan Timothy dikatakan telah dicabul sebelum dicekik/dilemaskan manakala Jill ditembak dgn senapang pd mukanya. Kristine pula dijumpai kurang drpd 24 jam dia hilang, mayatnya menunjukkan tanda2 dilemaskan. Apa yg aneh, tiada kesan serangan seksual kedua2 budak perempuan tersebut berbanding dua mangsa lelaki.



Kebanyakan mangsa sebelum itu dilaporkan hilang ketika mereka sedang dlm perjalanan ke sesuatu tempat. Jill dikatakan merancang melarikan diri dgn menaiki basikal selepas bergaduh dgn ibunya. Hasil autopsi seorg mangsa lg, Timothy King yg tidak pulang2 selepas menuju ke kedai utk membeli gula2, mendedahkan maklumat paling menggerunkan berkenaan saat2 akhir hidupnya.

Oleh kerana terdesak utk mendapatkan semula anak mereka, ibu bapa King membuat rayuan di dlm media. Ibunya menulis di dlm artikel khas sebuah akhbar; menyampaikan pesanan dan harapan agar anaknya segera pulang dan menjanjikan makanan kegemarannya: Kentucky Fried Chicken. Setelah mayat Timothy ditemui di dlm parit, koroner mengesahkan punca kematian adalah dicekik, dan isi kandungan perut mangsa menunjukkan bahawa dia telah menjamah KFC sebelum menghembuskan nafas terakhir.


Lakaran wajah suspek

Satu badan khas siasatan telah ditubuhkan utk mencari si pembunuh, dan bbrp suspek telah dikenalpasti – Termasuk seorg lelaki yg memperkenalkan dirinya sbg “Allen”, dan di dlm surat yg diterima oleh pakar psikiatri badan khas itu, “Allen” memberitahu bagaimana dia mencari mangsa kanak2 bersama teman serumahnya yg juga pembunuh sebenar “Frank”. Pakar psikiatri itu berjaya memujuk penulis misteri tersebut utk mengadakan perjumpaan, apabila mengesahkan bahawa “Allen” selaku rakan subahat kes itu akan menerima imuniti, namun lelaki itu tidak pernah memunculkan dirinya. Pada 1978, badan khas siasatan tersebut dibubarkan. Sehingga sekarang identiti pembunuh itu masih tidak diketahui, walaupun para peminat kes ini berkongsi pelbagai teori di dlm internet.




Wikipedia


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 02:45 PM GMT+8 , Processed in 0.897152 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list