CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4761|Reply: 47

[Jenayah] Bayi maut dipercayai ditampar bapa sakit mental. (UPDATED) Suspek kemungkinan di

  [Copy link]
Post time 29-5-2019 12:07 PM | Show all posts |Read mode
Edited by lanesra at 1-6-2019 06:49 AM

PADANG BESAR: Seorang bayi perempuan berusia enam bulan maut selepas dipercayai ditampar bapanya yang juga pesakit mental di rumah mereka di Kampung Baroh, di sini, semalam.

Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd, berkata pihaknya sudah menahan suspek berusia 44 tahun bagi membantu siasatan, malam tadi.

Beliau berkata, ibu mangsa yang juga warga Thailand membuat laporan polis bersama kenalannya semalam selepas bayi itu tidak lagi bernyawa kira-kira jam 9.30 pagi.

“Mengikut keterangan ibu mangsa, pada malam kelmarin suspek iaitu lelaki tempatan mempunyai masalah mental bertengkar dengan isterinya di rumah mereka kerana enggan memakan ubat psikiatri.

“Berang dengan tindakan isterinya itu suspek segera menampar anak bongsu mereka di hadapan isterinya.

“Isteri suspek memaklumkan itu adalah kali pertama kejadian itu berlaku kerana sebelum ini suspek tidak pernah mengasari anak,” katanya ketika dihubungi.

Mushar berkata, isterinya yang bimbang kejadian itu berulang segera membawa empat anak mereka ke rumah kenalannya pada malam berkenaan.

“Ibu mangsa sempat menyusukan mangsa pada jam 4 pagi semalam di rumah kenalannya sebelum menyambung tidur dan mendapati bayi itu tidak bernafas beberapa jam selepas itu.

“Pasukan perubatan dari Unit Kecemasan Hospital Tuanku Fauziah, Kangar telah pergi ke rumah terbabit dan mangsa disahkan meninggal dunia,” katanya.

Mushar berkata, mayat mangsa di bawa ke Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2019 12:24 PM | Show all posts
bahayanya la klu pesakit mental ni tak mkn ubat..kesian anak tak berdosa jadi mangsa..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2019 12:35 PM | Show all posts
entah-entah tercekik susu..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2019 12:36 PM | Show all posts
Allahuakbar!!!
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2019 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
InshaAllah, biasanya proses bedah siasat akan dapat mengesahkan punca kematian baby ni.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2019 12:42 PM | Show all posts
pak mental dadih ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2019 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Sakit mental ni bukan boleh dibuat main. Nak kate ape. Dah memang ayah nya mental. Ntah2 dia tak ingat pun dah lempang baby bongsu dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2019 01:05 PM | Show all posts
Bayi berusia enam bulan maut dipukul bapa



KANGAR 29 Mei - Seorang bayi berusia enam bulan maut dipercayai kesan daripada dipukul oleh bapa kandungnya sendiri di sebuah rumah di Batu Tiga Kampung Baroh Jalan Santan, Ngulang di sini, pada Sabtu lalu.

Selepas beberapa hari berada dalam keadaan tidak bermaya, bayi perempuan berkenaan disahkan meninggal dunia pada pukul 3.24 petang semalam.

Ketua Polis negeri, Datuk Noor Mushar Mohd. memberitahu, hasil siasatan, mangsa dikatakan ditampar oleh bapanya itu yang berusia 44 tahun ketika lelaki berkenaan melepaskan rasa marah selepas bergaduh dengan isterinya kira-kira pukul 2 petang dalam kejadian pada Sabtu lalu.

Katanya, berikutan itu, wanita tersebut pada Isnin lalu, telah membawa mangsa dan empat lagi anaknya berusia tujuh sehingga dua tahun ke rumah pengadu di Arau kerana bimbang suaminya yang dikatakan mempunyai masalah mental itu mengulangi perbuatan sama

“Tiada sebarang kesan atau tanda kecederaan luaran pada tubuh badan mangsa dan tidak ada sebarang senjata digunakan dalam kejadian ini.

Sebelum ini, suspek pernah beberapa kali mendapat rawatan sakit mental di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.

“Suspek warga tempatan berkahwin dengan isterinya warga Thailand itu pada 2011. Mangsa tidak dibawa ke hospital untuk rawatan selepas dipukul itu adalah kerana bayi tersebut tidak mempunyai sebarang dokumen yang sah,” katanya di sini hari ini.

Tambah Noor Mushar, berikutan kejadian itu, suspek telah ditahan pihak polis dan perintah reman terhadapnya akan dikeluarkan pagi ini.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah untuk proses bedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.- UTUSAN ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2019 01:07 PM | Show all posts
Sakit mental memang sangat merbahaya. Semoga aku dan keluarga aku dijauhkan dari orang2 begini.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2019 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn kawin ngan pesakit mental. Pesakit mental tak sepatutnya beranak pinak. Beranak pinak hanya untuk yg boleh menjaga diri sendiri dan keluarga. Kalu tak boleh jaga diri sendiri pun how nak jaga orang lain. Menganiya anak anak kalu macam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2019 01:15 PM | Show all posts
kasihan anak kecik tu..

nak marah pun bapanya memang sakit mental..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2019 01:19 PM | Show all posts
lanesra replied at 29-5-2019 01:05 PM
Bayi berusia enam bulan maut dipukul bapa

so maknanya baby ni xde sijil lahir ke. Kalau gi sepital kerajaan mmg dorang mintak sijil lahir ke. Sapa2 boleh bg pencerahan
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2019 01:27 PM | Show all posts
bahaya org mental ddk sekali dgn keluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2019 01:30 PM | Show all posts
Adui anak dia takde document pulak. Dah bapak masuk jel ni lagi susah nak setelkan. Harap anak2 lain ada proper documentation
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2019 01:35 PM | Show all posts
alfatihah hukuman setimpal
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2019 01:48 PM | Show all posts
takde docs. the rest of the children pun mungkin takde doc. hopefully jkm amik tindakan.  the mom kalau tk da passport / warganegara harap deport je blk thai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2019 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh. Balik siam la kogitu.. tkde dokumen

Apoo org malaysia kawen tak ikut undang2 pastu menyusahkan polis, cikgu, jiran2 etc
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2019 02:29 PM | Show all posts
apa benda ni....

sakit kepala la baca news2 gini
kesian baby budak2 tak berdosa

hadooowwww
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2019 02:29 PM | Show all posts
lostfaith replied at 29-5-2019 01:10 PM
Jgn kawin ngan pesakit mental. Pesakit mental tak sepatutnya beranak pinak. Beranak pinak hanya untu ...

agree sangat2....

patutnya jgn jugak melahirkan anak2 sebab takut anak2 mewarisi lagi kegilaan genetik tu...

jgn lupa syarat sah nikah salah satunya adalah waras...kalau tak waras tak sah nikah
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2019 02:36 PM | Show all posts
kenapa lah isterinya pun sama bebal tak bawa bayi ke klinik selepas dipukul suami mental???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23455 Replies : 147
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 193283 Replies : 4474
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 8169 Replies : 83
MONEY HEIST [LACASA DE PAPEL]
royaldanishMONEY HEIST [LACASA DE PAPEL]
Views : 78368 Replies : 199
BROOKLYN 99
anony-mousBROOKLYN 99
Views : 5817 Replies : 20
ONLY MURDERS IN THE BUILDING
PrickfordONLY MURDERS IN THE BUILDING
Views : 6698 Replies : 27
STRANGER THINGS SEASON 2
farleoSTRANGER THINGS SEASON 2
Views : 29981 Replies : 48
GOOD GIRLS (NETFLIX)
adila39GOOD GIRLS (NETFLIX)
Views : 9921 Replies : 18
Sambal Village Park
delima.HSambal Village Park
Views : 1882 Replies : 13
Sambal village grocer
redr0seSambal village grocer
Views : 2002 Replies : 5

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 03:00 AM GMT+8 , Processed in 0.290075 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list