CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7973|Reply: 98

[Tempatan] 50 Selebriti Di Program Realiti All Together Malaysia Now? Netizen Bandingkan De

[Copy link]
Post time 9-6-2021 12:45 AM | Show all posts |Read mode





Sejak beberapa minggu yang lalu, kes-kes harian COVID-19 di negara kita telah meningkat dengan mendadak sehingga mencecah lebih 6,000 kes sehari.

Sehubungan dengan itu, kerajaan telah mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat termasuk bagi solat Jumaat dan fardu di masjid serta surau, hanya 12 orang jemaah dibenarkan terdiri daripada pegawai masjid dan ahli Jawatankuasa (AJK) dengan penjarakan 1.5 meter.

Namun, apabila seramai 50 orang juri yang terdiri daripada selebriti terkenal tanah air dikumpulkan dalam satu tempat di dalam sebuah rancangan realiti All Together Malaysia Now yang mula disiarkan baru-baru ini, ia telah menimbulkan rasa tidak senang dikalangan netizen.

Rancangan hiburan yang diterbitkan oleh salah satu stesen televisyen tempatan itu telah mengundang kecaman ramai dan menjadi persoalan bagaimana rancangan yang tidak mengikut SOP itu dibenarkan ketika seluruh negara sedang dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP3.0).






Walaupun, dimaklumkan rakaman program tersebut dilakukan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan 3.0. Namun, ramai tetap mempertikaikan jumlah selebriti yang ramai dalam satu masa kerana walaupun sebelum pelaksanaan PKP 3.0, kita tetap terikat dengan SOP.










Pengguna aplikasi TikTok turut mempertikaikan tentang pelanggaran SOP dalam rancangan tersebut iaitu selebriti tidak memakai pelitup muka atau face shield dan tiada penjarakan sosial 1 meter sepertimana disarankan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).





Terdahulu, satu laporan berita tempatan memaklumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengarahkan agar siasatan dilakukan ke atas penerbitan rancangan berkenaan susulan dakwaan pelanggaran SOP.

Sehubungan dengan itu, pihak penerbitan rancangan "All Together Now Malaysia" memutuskan untuk menghentikan sementara program tersebut sehingga siasatan berkaitan dakwaan berlakunya berlakunya pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) selesai.

All Together Malaysia Now merupakan rancangan realiti pertandingan nyanyian bersama 50 juri untuk menyanyi bersama dalam pencarian penyanyi kegemaran Malaysia. Rancangan ini bermula 6.6.2021, dan ditayangkan setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria & Astro Go! - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2021 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Program Astro. No wonder la
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2021 01:00 AM | Show all posts
ultra78 replied at 9-6-2021 12:48 AM
Program Astro. No wonder la


sakit hatinya tengok dok nyanyi ramai2 sedangkan semua orang dok jaga sop

Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2021 01:05 AM | Show all posts
Masa sihat menyanyi.....melalak tak ingat dunia....
Bila dah kena corvid....berzikir ler..
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2021 01:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Itu bukan ke anak munteri ke dalam bideo
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2021 01:15 AM | Show all posts

jangan siasat je..saman terus bukti dah ada.kalau masjid dekat kuantan ke mana dulu..langgar sop kena kompaun RM10k

solat sekejap pun kena limit ini rakaman ntah berapa jam berapa hari bersesak macam tu...apa nak jadi la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-6-2021 01:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena adil lah. Masjid pn boleh claim patuh sop bla bla bla. Knp x buat shj penjurian guna zoom meeting?
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2021 01:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah ramai retis kena covid, kalau sampai parent anak mati baru menggelupur
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2021 01:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Tgu ape kate astrokkk.. Dan menteri... Rase brape lame nk bukak kertas siasatan ni agak nye yeee.. 2mgu?2bulan?
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2021 01:31 AM | Show all posts
Maka, benarlah kata Allah dan Nabi.

"Suatu saat nanti, umat-Ku akan terhalang untuk melakukan perkara-perkara baik."

Dan inilah zamannya, yang sedang kita lalui.

Kawan,

Lupakan sebentar asbab wabak atau SOP. Sesekali, pandang realiti.

Ya. Kita sedang melaluinya. Akhir zaman yang makin sukar dan rumit.

Nak buat baik makin susah. Nak ibadah juga makin payah. Fitnah usah cakap. Siang malam terjadi.

Nak solat di masjid, boleh jatuh fitnah.

Nak buat haji dan umrah, makin payah.

Nak ziarah jiran sebelah rumah pun, kena fikir berkali-kali.

Jadi takut tak sudah-sudah.

Takut bawa penyakit. Takut dijangkiti. Takut kena kompaun. Takut kena fitnah.

Buat itu, buat ini, semua kena fitnah. Fitnah belaka sekarang ini.

Kawan,

Jaga bekal kita bermula saat ini.

Gunakan masa lockdown ini untuk renung dan baiki diri.

Persiapkan amal untuk PULANG.

Kena sayang diri sendiri.

Jasad yang Allah pinjamkan ini, suatu saat akan dikebumi.

Sebesar apapun sayang orang pada kita, mereka tetap akan tinggalkan.

Anak, suami, isteri, ibu, ayah, saudara bahkan kawan-kawan..semuanya pulang.

Tinggal kita nak hadap sorang-sorang.

Alam kubur ini, boleh jadi macam-macam.

Soal jawab Munkar dan Nakir berbeza mengikut amalan kita ketika di dunia.

Ada orang, saat ditanya siapakah Tuhan kamu lalu dijawabnya Allah Tuhanku.

Maka, keadaan kuburnya terus berubah menjadi sebahagian daripada taman-taman syurga. Indah dan bertuah.

Ada orang pula, ditanya satu demi satu soalan. Lepas satu, satu. Kemudian, ditanya lagi. Terpaksa melalui proses yang amat panjang.

Syukur juga kalau boleh lepas.

Paling bimbang, andai di waktu itu kita langsung tak mampu nak mengaku Allah sebagai Tuhan.

Biarpun ketika di dunia ini, berkali-kali kita ulang dengar dan sebut nama-Nya.

Ya, boleh jadi juga andai hati dan lisan tidak seiring. Apatah lagi perbuatan.

Kawan,

Pelajari ilmu akhir zaman. Banyakkan juga ilmu akhirat. Belajar ambil tahu. Sediakan bekalan siap-siap.

Nak melalui akhir zaman yang semakin mencabar ini, Nabi sudahpun pesan. Amalkan 10 ayat awal dan 10 ayat akhir Surah Al-Kahfi. Jangan tinggal biarpun sehari.

Mana yang belum mula, boleh mulakan. Mana yang sudah mula baca, cuba pula untuk hafal.

Kerana, akan tiba saatnya nanti, Al-Quran hanya sekadar kitab kosong tanpa tulisan.

Fitnah di mana-mana, kawan.

Jaga diri. Jaga keluarga dan orang tersayang.

Jaga Allah, Allah jaga kita.

Dunia, hingga syurga.❤




C/P
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2021 01:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Sop masjid dah jadi 1.5 meter pulak ke? Dulu 1 meter je kan. Ke semua pun dah jadi 1.5...adoii peninglah dok ubah2
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2021 02:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Kelakar weh retis2 dok tweet defensive. Lol. Tweet djera pepagi tu lg buat iols sakit hati. Hey, pkpp ke pkpb ke, mask is always ON. Celah mana kata boleh buka? Aduh.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2021 02:37 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_ctrl replied at 9-6-2021 01:31 AM
Maka, benarlah kata Allah dan Nabi.

"Suatu saat nanti, umat-Ku akan terhalang untuk melakukan per ...

Kau qarin si @nolya keww?
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2021 03:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Timing yg tak sesuai untuk on air lagi. Patut postpone dlu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2021 04:05 AM From the mobile phone | Show all posts
toxicated replied at 9-6-2021 03:07 AM
Timing yg tak sesuai untuk on air lagi. Patut postpone dlu.

Setuju...kalau tgk BTS lagi lar..semua bersesak sesak belakang stage tu utk bersiap dan bersembang..geleng kepala..
Dpt kat netizen mmg jadi bahan lar...btw, kat YouTube dah xde link nak tgk full episod dah..astrok oh astrok
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2021 05:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam gampang la program hiburan boleh ramai bersesak2 macam tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2021 05:47 AM From the mobile phone | Show all posts
BoongaKertas replied at 9-6-2021 02:36 AM
Kelakar weh retis2 dok tweet defensive. Lol. Tweet djera pepagi tu lg buat iols sakit hati. Hey, pkp ...

Retis kn special... hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2021 06:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Rancangan ni tiada faedahnya langsung. Tu je nak cakap.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2021 08:32 AM | Show all posts
harap2 mampus cpt la artis ni semua
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2021 08:35 AM | Show all posts
Face mask face shield satu habuk pon xpakai. Mentang2 dafi anak bapak ada situ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-7-2024 04:36 PM GMT+8 , Processed in 0.396518 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list