CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17584|Reply: 119

LANA NODIN Dah warning kepada forumer & warganet yang mencaci beliau

  [Copy link]
Post time 8-8-2021 07:02 PM | Show all posts |Read mode

LANA NODIN

‘Padam atau peguam saya sampai pada awak’

PETALING JAYA – Pelakon sensasi Lana Nodin memberi amaran dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang menabur fitnah tentang dirinya sejak akhir-akhir ini.

Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin, 41, menerusi Instagramnya memberitahu dia tidak akan memberi peluang kepada individu yang melemparkan pelbagai kata-kata cacian terhadap dirinya dan meminta individu terlibat memadam atau meminta maaf secara terbuka hantaran tersebut.


TANGKAP layar Instastory Lana berhubung isu tersebut.

“Jangan main tembak fitnah kalau anda tidak tahu. Siapa yang berani lagi beri lagi begini, saya tidak akan beri peluang lagi, tindakan undang-undang yang akan mereka terima.

“Semasa maki hamun, anda tidak fikir tetapi apabila peguam sudah hantar mesej barulah nak sedar itu fitnah!Jangan sangka saya senyap, saya tak perhatikan,” tulis pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu.

Tegasnya, dia hanya akan terus mengambil tindakan undang-undang sekiranya menerima kata-kata fitnah daripada netizen selepas ini.

“Siapa lagi yang saya jumpa dalam Instagram, Facebook atau Twitter, lebih baik anda fikir 1,000 kali sebelum sebut nama saya.

“Walaupun menggunakan akaun palsu, lama-kelamaan kami akan cari juga nombor Internet Protocol (IP) akaun anda. Kali ini tak payah cakap banyak, tindakan sahaja!

“Saya bukan propa (berlakon) ya. Satu demi satu saya akan buru, sama ada cepat atau lambat sahaja. Jadi, sebelum peguam aku sampai, lebih baik padamnya” katanya lagi.

Dalam pada itu, Lana turut memuat naik tangkap layar beberapa pemilik akaun Twitter yang memuat naik kenyataan fitnah mengenai dirinya memohon maaf secara terbuka dalam media sosial.

Terdahulu, nama Lana menjadi bualan dan kecaman ramai selepas dia mengeluarkan kenyataan meminta Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berhenti ‘berlakon’ membohongi rakyat Malaysia atas situasi Covid-19 yang sedang melanda negara pada masa ini.

Malah,dia juga menggesa Noor Hisham meletakkan jawatan yang dipegangnya sekarang. – K! ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2021 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh eh.. dia mengomen gov boleh pulak ek? Org komen hal dia x boleh ek? DG boleh x saman dia sebab fitnah DG aritu?
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2021 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Kensel dah dia ni...
Tak minat terus
Jangan lak kau saman aku lak
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2021 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
boojaat replied at 8-8-2021 07:04 PM
Eh eh.. dia mengomen gov boleh pulak ek? Org komen hal dia x boleh ek? DG boleh x saman dia sebab fi ...

DG agaknya malas nak layan langau2..dah kebal tgk marhaen komen negatif kt dia..dia bolayan je agaknye sambil flip mask...ehhhh~
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2021 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
boojaat replied at 8-8-2021 07:04 PM
Eh eh.. dia mengomen gov boleh pulak ek? Org komen hal dia x boleh ek? DG boleh x saman dia sebab fi ...

Kannnn....kalau takut dilambung ombak jgn berumah di tepian pantai
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2021 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
rasa lana ni jd mental duk umah lama sgt duit da xde htg keliling pinggang semua guna nama dia itu yg byk ms sgt attack DG ni..
org xde duit ni mmg boleh mental tau..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-8-2021 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu dia ni elok je buat hal sendiri. SukA tgok video dia layan family. Tapi apsal skg asik meroyan tak tentu hala. Laki buat hal ke ...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2021 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak skg ni dia nk saman org atas pitenah apo
Dia ni dh knpa teruk nawa
Porem pn dia mai masuk gak ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2021 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa anak sakit, kemain minta doa netizen.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2021 07:37 PM | Show all posts
Alamak, cemane ni
Takut la kite...

Hahahahaha,  Jgn time susah nnt time tu la cari balik these so called peminat kau
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2021 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Sendiri fitnah DG freemason boleh plak. DG takde mase nak lyn royanan retis sendu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2021 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allahhh maseh ke dik dah 2 minggu tutup je socmed engko tu la pegi basoh kainZzz
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2021 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Cepat sentap la minah nih.. Baru skit da koyak
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2021 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Mulut lancang sgt..mendapat la ko sana netizen caci maki ko..lps tu sikit2 nk saman.. kata ko hr tu org ada hak bersuara..tp bile time ko pulak koyak..tak tahan smpai nk menyaman.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2021 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Tebalnya mekap...nampak pelik
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2021 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
djzara81 replied at 8-8-2021 07:37 PM
Sendiri fitnah DG freemason boleh plak. DG takde mase nak lyn royanan retis sendu.

Kan..dia fitnah DG freemason blh pulak.. blh tang dia org kata antivax kata nk saman sebab fitnah..mmg lingkup la prangai mcm ni. Mmg org da ramai myampah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2021 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by addved at 8-8-2021 07:57 PM
boojaat replied at 8-8-2021 07:04 PM
Eh eh.. dia mengomen gov boleh pulak ek? Org komen hal dia x boleh ek? DG boleh x saman dia sebab fi ...


Aku pon nak komen yang sama! Dia up "macam-macam story pasal gomen" kat socmed dia takpe lak, tapi time dia kena tau #koyak
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2021 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
aku ada kutukin dia ke tak aaa? cemana nak tengok activity log kat forum ye?
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2021 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
dah tak senak ke?
kemainnnn

#habislahaku
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2021 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
kaedahnya replied at 8-8-2021 07:51 PM
aku ada kutukin dia ke tak aaa? cemana nak tengok activity log kat forum ye?

Hihihi ayokkk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-6-2024 01:32 PM GMT+8 , Processed in 0.077057 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list