View: 4606|Reply: 13
|
Darah Kotor? Bersihkan Darah Dengan 10 Makanan Semula Jadi Ini
[Copy link]
|
|
Oleh Izzah Abbasy
Pasti antara kita tidak ambil peduli dengan darah yang mengalir dalam badan kan?
Darah adalah salah satu elemen penting dalam sistem tubuh. Darah berfungsi untuk menghantar nutrisi dan oksigen pada organ-organ penting.
Kebanyakan organ penting bergantung pada darah agar boleh berfungsi dengan baik, sehingga keperluan darah sangat penting bagi tubuh kita.
Meskipun begitu, darah juga boleh dijangkiti oleh racun berbahaya. Darah boleh diracuni oleh racun dari pencemaran, bahan tambahan makanan, merokok dan lain-lain.
Namun darah boleh dibersihkan dengan makanan secara semula jadi. Berikut adalah beberapa makanan yang boleh membersihkan darah dalam tubuh, seperti yang dikongsikan oleh Boldsky. - CARI Infonet
1. Epal
Epal akan membantu menghilangkan racun yang berkumpul dalam darah dan tubuh serta membersihkan sistem pencernaan.
2. Avocado
Avocado adalah makanan pembersihan yang kaya nutrisi dan rendah kolesterol. Avocado akan membesarkan saluran darah sementara menghilangkan racun yang boleh menyumbat arteri. Avokado mengandungi nutrisi yang disebut dengan glutathione. Zat ini boleh menghilangkan sekurang-kurangnya 30 bahan karsinogen yang berbahaya. Secara tidak langsung juga membantu membersihkan dan menghilangkan racun dari hati.
3. Ubi bit
Bit juga dikenali sebagai makanan yang boleh membersihkan darah. Tidak hanya itu, bit juga diketahui boleh membersihkan hati dari bahan-bahan toksik.
4. Blueberry
Blueberry adalah salah satu makanan yang memiliki kekuatan penyembuhan. Blueberry juga mengandung aspirin yang membantu mengurangi kerosakan pada jaringan. Blueberry boleh menghilangkan zat beracun serta bakteria dalam darah serta saluran kencing. Blueberry juga baik untuk mencegah infeksi.
5. Kobis
Kobis mengandungi zat anti-kanser dan antioksidan yang boleh membantu hati memecah hormon berlebihan. Kobis juga baik untuk membersihkan darah dan sistem pencernaan, serta meneutralkan beberapa zat berbahaya yang boleh ditemui dalam merokok atau asap rokok.
6. Cranberry
Tak hanya membersihkan darah dari bahan toksik, cranberry juga mampu membersihkan tubuh dari bakteria dan virus berbahaya. Manfaat lain cranberry adalah boleh membersihkan saluran kencing dan mencegah terjadinya jangkitan. Hal ini kerana cranberry mengandungi antibiotik dan zat antivirus.
7. Bawang putih
Makan bawang putih boleh membersihkan bakteria, virus dan bahan-bahan toksik dari tubuh, terutama pada usus dan darah. Bawang putih mengandungi bahan anti-kanser dan bahan antioksida yang boleh membantu menghilangkan zat-zat beracun dalam tubuh.
8. Limau gedang
Buah limau gedang mengandungi serat yang boleh mengikat kolesterol dan membersihkan darah. Serat pectin yang ada di dalamnya juga mengikat zat metal berat dan membantu tubuh mengeluarkan zat-zat berbahaya tersebut.
9. Kunyit
Rempah yang satu ini memang sudah diketahui banyak mempunyai kegunaan. Kunyit sudah digunakan sejak zaman kuno untuk rawatan. Salah satu kegunaan kunyit adalah membersihkan darah dari bahan-bahan toksik dan berbahaya. Kunyit juga secara semula jadi mempunyai bahan anti-racun yang boleh membersihkan aliran darah.
10. Teh
Teh juga diketahui boleh membersihkan darah dan mengeluarkan zat-zat beracun dari dalam tubuh. Beberapa jenis teh yang diketahui boleh membersihkan darah adalah teh halia, teh dandelion, dan teh peppermint. Teh hijau juga boleh digunakan untuk membantu membersihkan darah.
Itulah beberapa makanan yang diketahui boleh digunakan untuk membersihkan bahan-bahan toksik, virus, serta bakteria dalam darah. Jangan terburu-buru minum ubat untuk membersihkan darah, dahulukan beberapa makanan di atas untuk membersihkan darah secara semulajadi.
Kredit : Realiti Abadi
|
|
|
|
|
|
|
|
mane ade istilah darah 'kotor'? kalau darah kotor pun , ada kidneys, hati dok metabolise everything , kalau darah kotor ? sepsis lah ...
mane ade lah darah kotor, kalau darah kotor? tercemar kang habislah dapat infection ... |
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf replied at 19-5-2016 08:15 PM
mane ade istilah darah 'kotor'? kalau darah kotor pun , ada kidneys, hati dok metabolise everythin ...
itu bahasa org malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
tak payah ...darah kotor mmg keluar tiap2 bulan...proses semulajadi gituu |
|
|
|
|
|
|
|
Ubi bit tu katne nk dptkan ek? Slalu tgk kat chanel afc chef2 omputih dok masak guna ubi bit tu.teringin gak nk rs |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan semuanya memang makanan seharian ke tapi kalau jenis yang tak suka makan buah buahan mungkin elok juga guide ni |
|
|
|
|
|
|
|
ai ambil garlic oil as supplement...... untuk cairkan darah |
|
|
|
|
|
|
|
Macam mana nak masak ubi bit tu? Apa rasa?
|
|
|
|
|
|
|
|
ok nak makan garlic banyak2 lepas ni, nak cuci darah huhu |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|