View: 2953|Reply: 4
|
Lutut Hitam Berkerak? Tak Mengapa Cuba Petua Ini
[Copy link]
|
|
Oleh : Dean BZ
Mempunyai lutut hitam dan berkerak sudah pasti membuat anda merasa malu dan hilang keyakinan diri lebih-lebih lagi ketika memakai seluar pendek atau memakai mini skirt.
Lutut yang berwarna hitam bukan sahaja mencacatkan imej anda tetapi juga menunjukkan tahap kesihatan anda tidak begitu baik. Jadi bagaimana untuk mengembalikan lutut dengan warna sepatutnya?
Berikut dibawah ini adalah cara-cara alami untuk anda cuba, dipetik dari boldsky.com.
Lemon
Sapukan jus lemon pada lutut yang gelap dua kali sehari. Gunakan kapas untuk mencelupkan ke dalam jus lemon dan sapukan pada lutut. Kemudian biarkan selama 15-20 minit dan kemudian bilas.
Minyak Kelapa
Sapukan minyak kelapa pada bahagian lutut yang gelap selama 5-8 minit. Biarkan selama beberapa saat lalu bilas. Anda juga boleh mencampurkan minyak kelapa dengan beberapa titis jus lemon.
Yoghurt
Campur yoghurt dengan beberapa titis cuka, kemudian sapukan ke bahagian lutut yang hitam.
Lulur
Gunakan skrub atau lulur untuk mengelupaskan jaringan kulit mati pada lutut anda.
Amalkan setiap masa sehingga berhasil. Katakan tidak kepada lutut hitam berkerak!!! - CARI Infonet. |
|
|
|
|
|
|
|
Lack of sufficient water in body triggers black knees, elbows..
Upon keeping yourself hydrated, then you can moisturised the skin using tips given above..
I used dove derma spa oil and always make sure my body gets enough water to keep my skin hydrated..
Another alternative, try adding chia seeds in your water intake, keeps your body hydrated for more than 8 hours a day.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|