|
Oleh : Dean BZ
Pasti ramai diantara sista yang gemar menyanyi di bilik mandi. Sambil-sambil bersabun dan bersyampoo, sambil itu juga sempat mendendangkan beberapa lagu kegemaran. Betul tak?
Jangan malu kalau betul anda salah seorang penyanyi di bilik mandi, ini kerana menyanyi di bilik mandi dikatakan baik untuk kesihatan dan mampu melepaskan stress yang dialami.
Menurut banyak kajian, orang yang bebas dari stres biasanya lebih bahagia. Otak akan lebih banyak melepaskan hormon kebahagiaan sehingga suasana hati menjadi lebih baik. Dengan hati yang bahagia, anda pun jadi lebih mudah berfikir positif saat menghadapi masalah.
Menyanyi ketika mandi ternyata juga dapat meningkatkan kemampuan ingatan, menguatkan imun tubuh serta menurunkan tekanan darah. Terbebas dari stres, secara alami tubuh akan memperkuat diri agar tak mudah diserang penyakit.
Jadi, jika rasa bahagia bolehlah teruskan menyanyi di bilik mandi cuma janganlah sampai ada yang "menyahut ingin berduet" pula.hehe. - CARI Infonet.
Sumber - vemale.com |
|