View: 4025|Reply: 4
|
Lelaki Pandai Memasak Dan Mengemas Idaman Setiap Wanita.......
[Copy link]
|
|
Oleh : Dean BZ
Gambar hiasan
Bukan senang untuk mencari lelaki yang rajin memasak, mengemas rumah, cuci pakaian, lipat baju dan melakukan segala kerja rumah.
Ramai lelaki akan menganggap itu semua adalah kerja wanita atau dalam kata lainnya tugas seorang isteri. Sebenarnya anda silap, ini kerana zaman sudah jauh berubah dan golongan isteri juga bekerja seperti suami.
Jika zaman dahulu, hanya si suami yang akan keluar bekerja mencari nafkah untuk isteri dan anak-anak. Jadi banyak masa diluangkan dirumah dan kerana itu si isteri dipertanggungjawabkan mengerjakan tugas-tugas di rumah. Namun, oleh kerana kebanyakan si isteri zaman sekarang juga bekerja membantu si suami mencari sumber pendapatan keluarga, maka eloklah si suami juga membantu tugas-tugas isteri di rumah.
Satu perkara yang perlu anda tahu, lelaki yang pandai memasak dan menguruskan tugas-tugas dirumah adalah sangat seksi dan menjadi idaman bagi setiap wanita... Jadi, amatlah BERUNTUNG bagi wanita yang bakal berkahwin dengan lelaki yang rajin melakukan kerja di rumah. - CARI Infonet.
|
|
|
|
|
|
|
|
Yesss..idaman wanita tak geti masak. Ops sorry sis. |
|
|
|
|
|
|
|
tak pandai masak pun takpe..yang penting selalu bantu isteri buat kerja rumah...
nanti boleh jadi teladan untuk anak-anak.. |
|
|
|
|
|
|
|
same je perempuan pandai masak, pandai kemas rumah, pandai cuci baju pandai lipat kain baju pun idaman lelaki pemalas jugak
aku rs buat2 keje rumah ni benda basic kot, sape2 yg biasa duduk bujang mesti tau buat suma benda ni. takde isu pun lelaki tak leh buat keje rumah |
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki kena ringan tulang... jgn harap isteri jer buat kerja. If isteri dah masak, dia kena ler tlg kemas rumah or jaga anak. Win-win situation... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|