CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: 3bidadara

Maksud mimpi aku lepas pindah rumah? #Update : Berek angker?

[Copy link]
 Author| Post time 21-7-2016 01:07 PM | Show all posts
NOWORD replied at 17-7-2016 12:51 PM
TT sy rasa baik tt merujuk kepada pakar perubatan islam. sbb kalau kita 'cuci' rumah x sama dgn paka ...

In shaa Allah.. Terima kasih..
Aku baru nak follow up dengan kenalan yg pernah buang benda kt badan aku.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2016 01:16 PM | Show all posts
mkna somi ko setia la kot...biase belawanan mimpi dgn alam nyata..
tp leh plk smpi mimpi 3 hr berturut ek...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2016 01:37 PM | Show all posts
fifie_olin replied at 21-7-2016 01:16 PM
mkna somi ko setia la kot...biase belawanan mimpi dgn alam nyata..
tp leh plk smpi mimpi 3 hr bertu ...

yup.. kalau sekali tu mungkin aku bole assume trbawak bawak.
Ni smpai 3x..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2016 04:29 PM | Show all posts
Edited by 3bidadara at 9-8-2016 04:35 PM

Assalamualaikum.
Tak tau ade ke SR dalam thread ni. Tapi nak story jugak la pasal rumah baru yg aku duduk dgn laki aku. Laki aku ni kalau aku balik selatan, dia memang tak duduk dalam rumah tu sesorang. Dia mesti lari duduk kat rumah anggota yg bujang tingkat bawah.

Minggu lepas tu hari, aku balik sana (berek tempat laki aku). Aku bertolak dari selatan around 9.30pm, 4hb Ogos 2016 hari Khamis. So sampai sana dalam pukul 1pagi. Macam biase, memula sampai aku tak terase ape lagi. Masuk malam kedua, Jumaat malam Sabtu. Aku mimpi sekali lagi pasal laki aku curang dengan pempuan lain. Tapi mimpi aku kalini macam samar2 watak yg muncul. Namun motif mimpi adalah masih sama iaitu, LAKI GUA CURANG. Stresssss...

Aku terjaga dari tido, aku masih rasa marah kat laki aku pasal ape yg aku nmpak dalam mimpi tu. Tapi macam yg aku buat sebelum ni, aku buat tak tau walaupun aku tak brape nak sedap hati sangat. Lepas dari mimpi tu, aku tak citer pape kat laki aku. Then hari2 aku diteruskan mcm biase. Sampai la jadi tak biase bagi aku. Hmmmm...

Ok, bermula dekat sini.. Hari Ahad, 7hb Ogos 2016. Tengahari tu aku nak masak. Tengahari tak tengahari sangat laa, nak dekat pukul 1lebih. Mase aku tengah masak kat dapur, aku dengar la org dok menukang ketuk paku ke ape benda ntah kat dinding. So aku fikir, org bawah rumah la kot dok nukang. Tak lama tu, dengar la macam perabot di alih2kan kedudukannya. Tapi tang ni, sekejap je. Masih lagi aku positif. Kot dorang satu family dok gotong royong kot. Kan Ahad, hari minggu dorang (gomen).

Laki aku ni pulak boleh teringin nak makan sambal ketok jawa. Aku da beli bahan nk buat sambal, bole pulak terlupa takde batu lesung. Rumah baru kan.. mana nak ade lagi semua tu. Ehh tetibe ae (mase aku taip ni, telinga kanan bekas tempat aku kena dulu ni tetibe berdesing), ade org dok ketuk batu lesung sama. Macam nak tumbuk sambal tu. Aku pun mase tu tetiba terfikir sendiri, mungkin bini dia pn baru nak masak utk makan tengahari gak kot. Aku pn buat tak tau. Tapi mase tu memang terasa macam kecoh sikit laa suasana 'rumah bawah' tu.


Selingan sikit: **Flashback sikit citer sebelum ni**

*Sebelum ni aku ade citer kan keadaan rumah baru tu. Laki aku dapat citer dari org2 lama pasal berek situ 'angker'. Mase aku balik raya tu, aku stay sana seminggu sebab nak basuh rumah ni laa. Ade la satu hari tu, tuala laki aku sidai kat ampai luar tu jatuh melayang. Aku ni gigih nak tengok jatuh katne, satgi nampak laa jatuh kat koridor basuhan rumah bawah ni. Aku cakap kat laki aku, pegi laa ketuk rumah tu minta tuala yg jatuh.

Laki aku ni pun da alang2 nak masuk tugas mase tu, dia pegi la rumah bawah ni. Bagi bagi salam, tak berjawab. Diketuk banyak kali, takde yg bukak. Pastu laki aku pun blah jela. Sebab takut lambat amik senjata kat balai. Balik dari bertugas tu, dia citer la kat aku yg dia da pegi rumah tu tapi takde org nyahut. Dia bole cakap, rumah bawah ni takde org duduk. Da aku nampak mesin basuh baru tu ape... Takkan laa takde org. Aku cuma cakap, barangkali dorang balik kampung kot.......

**Sekian untuk flashback...


Ok sambung balik citer. Lepas je habis masak, aku pun rehat laki bini kat depan tv sampai terlelap. Dalam pukul 4 petang gitu, aku terjaga. Badan aku terus sakit2. Bisa2 kat semua urat sendi aku. Terus terasa panas sangat2. Laki aku sampai rase badan aku ni macam 'membahang'. Memang terasa panas dalam badan. Kepala macam nak pecah. Dengan secara tetiba je aku jadi macam tu. Mata aku seakan berair. Satu badan kot panas. Aku bangun basahkan rambut. Tak reda jugak. Kami decide keluar rumah, pegi cari ubat or ais ke ape ke. Konon nak surutkan rasa panas ni. Balik je dari beli ubat, aku terus minum air 'adem sari' tu, pastu terus aku mandi. Baru lega sikit lepas da bape keping koyok aku tampal.

Dekat nak magrib tu, aku nak panaskan lauk. Sebab tekak nak makan lepas da hilang sakit kepala tu. Tengah aku dok busy keluar masuk dapur tu, tetiba ae bunyi orang dok ketuk batu lesung kuat gila sampai aku rase bergema kat hall aku tu. Aku dengar macam bunyi tu datang dari atas rumah kami. Walhal rumah kami tingkat paling atas kot. Mase tu laki aku tengok aku, aku tengok laki aku. Dua2 diam jap. Laki aku pun cakap, orang bawah ni pun nak masak kot. Tapi dalam hati aku, "rajin betul ae kau tumbuk lesung harini. 2x kau menumbuk time aku nak masak. Hmm..Masak ape la agaknya kau ni ek."

Semua yg jadi time tu, aku tak tergamak nak bagitau kat laki aku ape yg aku rase. Sebab takut laki aku tak nak jengah rumah tu kalau aku da balik selatan. Tapi laki aku bukak mulut gak mase hantar aku ke terminal bas nak balik semalam. Tu nanti aku sambung ape yg anggota lain yg serumah dengan dia kena dan NAMPAK!

- Update by Bidadara 2 -



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2016 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala bersambung lagi...:zz
Tidola jap
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2016 05:28 PM | Show all posts
Update Selingan 1 : Gangguan Dirumah Anggota Bujang Tingkat Bawah.


Sebelum aku balik keje ni. Sempat kot aku update 1 citer dari laki aku tadi. Baru je aku dapat citer tu dari dia sebab semalam tak sempat nak borak pasal misteri2 yg jadi kat rumah bujang tingkat bawah.  Berek ni ade 3 blok. Blok A,B & C. Dan rumah yg kami duduk tu kat Blok A. Sama blok dengan rumah bujang tu tapi lain bahagian. Setiap blok tu ade 2 tangga utama nak ke tingkat2 atas. So rumah bujang ni berada di Blok A bahagian pertama tingkat 2. Rumah kami laki bini kat bahagian kedua tingkat 4. Fyi, orang2 lama mark Blok C paling keras. Banyak citer. Tapi laki tak nak citer lagi kat aku. Hmm...

   Dalam rumah tu kira2 ade la lebih kurang 6 or 7 org yg duduk situ. Semua bujang kecuali laki aku. Tak silap aku dalam hujung bulan lepas, ada anggota baru dari selatan lapor diri kat tempat laki aku ni. Namakan dia Sopi la ae. Si Sopi ni mula datang takde tempat tinggal. So laki aku ajak la dia tinggal kat rumah kami sementara aku takde. Mase awal2 tu dia ok ok je dengan keadaan kat kawasan situ. Laki aku cakap Sopi ni budaknya baik laa.

   Nak dijadikan cerita, da alang2 laki aku cakap ade anggota yg da kena kacau kat rumah bujang tu, aku pun bertanya laa tadi sebab siang lagi kan. Dia kata yang kena tu si Sopi tu. Sopi cakap masa tu dia baru balik bertugas. Kira habis shift petang la. Mungkin sebab penat sangat kot. Dia tertidur kat depan tu. Dia tak sedar masa dia tertidur tu da dekat maghrib. Dia terjaga pun sebab dia terdengar bunyi bising kat dapur macam orang menukang.

   Dia kata, dia bangun sebab dengar bunyi orang main pinggan kat dapur. Kebetulan mase tu memang dia sorang2 dalam rumah tu. Serentak dengar bunyi pinggan kat dapur tu, tetiba pintu depan tu main bukak tutup bukak tutup. Sopi dalam takut2 tu berani kan jugak tengok ape benda yg main bukak tutup pintu. Nahhh! sekali dia ternampak lembaga hitam tinggi hamat dok main kat luar pintu depan rumah tu. Ape lagi, terus bangun la si Sopi pi mandi2. Tido lagi waktu maghrib dengan tak mandi balik dari keje. Mendapat laa...

Tu kisah si Sopi. Ade sorang lagi anggota kena kat rumah yg sama. Aku syak 'hantu' ni minat yg bujang kot.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-8-2016 03:19 PM | Show all posts
3bidadara replied at 9-8-2016 05:28 PM
Update Selingan 1 : Gangguan Dirumah Anggota Bujang Tingkat Bawah.

dah lame kowt hantu tu membujang... tang yang ko kate menumbuk lesung tu.. mungkin sbb laki ko kate nak mkn sambal jawe..dye pon tunjuk rajen jugak... xnk dye kalah ngan ko... cubela panggil org tgkkn.. takut lain plak jadi klw lame2....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2016 03:58 PM | Show all posts
nuril86 replied at 11-8-2016 03:19 PM
dah lame kowt hantu tu membujang... tang yang ko kate menumbuk lesung tu.. mungkin sbb laki ko kat ...

Hahaha. Mungkin la kot dia jaki ngn aku. Ntah ape laa dia nak masak tu ek. Aku ade follow up dgn org yg pernah aku berubat. Tapi dia busy.. benda ni macam 'on-hold' sebab dia tak bagi feedback lagi. Nak tak nak kena tunggu laki aku balik baru pergi jumpa pakcik aku.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-8-2016 01:38 PM | Show all posts
Kisah Selingan 2 : Pertama kali terlihat Cik Ocong.

Assalamualaikum..

Kisah selingan ni lari tajuk sikit dari main title thread ni. Sedang aku dok termenung nak siapkan kerja, tetiba hati rindu pada arwah embah aku (atok nenek belah ayah). Teringat satu kisah dulu mase aku berumur 6 tahun. Aku memang dari kecik rapat dengan arwah embah wedok (nenek) aku. Jadi kewajiban kalau balik tadika ke, balik mengaji ke, ape ke, aku akan singgah rumah arwah embah aku. Cucu kesayangan la katakan. Tapi ungkal

Ditakdirkan pada ramadhan ke 6 tak silap aku, tahun 1997. Embah wedok aku dijemput Illahi.. Dan mase tu, sangat2 kami tak sangka sebab petang sebelum embah wedok disahkan meninggal dunia, embah lanang (atok laki) aku yang sakit tenat sampai dimasukkan hospital. Pakcik dan ayah aku bergilir untuk salah sorang jaga embah wedok aku kat rumah. Sementara ayah aku jaga embah lanang di hospital. Dikatakan mase tu embah wedok aku beria ria sangat nak ikut hantar embah lanang aku pergi hospital. Dia kata nak jaga embah lanang nanti. Tapi ayah nasihat untuk dia berehat dirumah dan menunggu hari esok saje pergi ke hospital. Embah wedok aku akur...

Embah wedok dikatakan jatuh dibilik air. Mase tu pakcik aku balik kejap kat rumah dia ambil barang. Rumah pakcik aku ni depan je dengan rumah embah. Balik dari rumah dia, pakcik aku tengok2 embah wedok aku da terlentang dalam bilik air. Nasib tak baik, embah aku tak sempat diselamatkan. Ayah aku dikhabarkan oelh pakcik aku yg embah da takde. Bergegas ayah balik ke rumah. Mase tu dirahsiakan dulu berita kematian isteri tercinta dari pengetahuan embah lanang. Maka, berkumpul laa sanak saudara semua di rumah embah malam tu. Mase tu aku kecik lagi, meraung aku menangis bila embah yang aku amat2 sayangi dah takde. Aku duduk disisi arwah sambil mengalir air mata.

Rupanya, saat jenazah semalaman dirumah, ada perkara2 yg pelik berlaku. Bukan datang dari arwah embah wedok. Tapi ade niat tak baik yg cuba mengaibkan kematian arwah malam tu. Berkat ilmu yg diturunkan oleh embah lanang pada ayah. Dapatla ayah kawal anasir2 luar berkat pertolongan dari Allah S.W.T. Kebetulan, saudara terdekat embah lanang yg 'pandai' tengok pn sama2 bantu. Allah...kesian. Bila aku da meningkat besar ni baru la ayah ceritakan apa yg jadi malam tu masa jenazah ada kat rumah. Bila semua saudara mara aku tengah bacakan surah Yasin pd jenazah, tetiba bumbung rumah terdengar dentuman kuat! Sampaikan ade yg dikalangan org yg datang terkejut dgn bunyi tu. Ade yang dengar, ade yang tak dengar. Tak semua yg dapat dengar bunyi atas bumbung tu. Ayah tak sedap hati.

Bunyi dentuman tu tak berhenti setakat tu. Seakan ada satu objek, yang bergolek golek kuat! Dari hujung ke hujung 'benda' tu bergolek.. Ayah dengan pakcik aku keluar tengok ape yg ade kat atas, tapi takde!. Ayah cuba buat sesuatu supaya takkan ade yg cuba mengganggu jenazah malam tu. Ape yg ayah aku buat, tak jugak diberitahu. Ayah kata, "belum masanya kau tahu." Hmmm..wallahualam.. Embah lanang aku dibawa pulang setelah diberitahu tentang kematian isterinya. Dia tenang bila terima berita itu.. Sayu.. Sedihh.. Insan yg selama hayat teman dan jaga embah lanang bila sakit.

Alhamdulillah.. Segala urusan pengebumian selesai pada keesokkan harinya. Semua berjalan dengan baik dan terpelihara. Allah...aku rindu saat tu. Arwah sudah takde lagi.. Belum habis kami ahli kaum keluarga berduka, kami dikejutkan lagi dengan berita pemergian embah lanang kami seminggu selepas itu.. Arwah embah lanang pergi menyusul selepas isterinya pergi.. Kami sangat2 rasa kehilangan kedua dua embah yg kami sayang. Ayah aku laa paling terkesan. Kedua dua orang tuanya pergi menghadap Ilahi pd bulan mulia. Jenazah dikebumikan bersebelahan kubur arwah isterinya. Tenanglaa dikau berdua di alam sana. Semoga dipertemukan di syurga Allah..

Genap 44hari pemergian kedua dua embah yg aku sayang, adik beradik ayah mengadakan tahlil arwah. Malam tu ramai tetamu hadir. Tahlil diadakan dirumah arwah. Majlis tahlil selesai dalam pukul 10 malam. Memandangkan aku dulu rajin temankan arwah embah sewaktu hayatnya ade, malam tu aku bagitau ayah nak bermalam dirumah tu bersama makcik pakcik ngan sepupu aku. Kami semua bentang tilam di tengah laman rumah. Disebabkan aku paling kecik, aku tidur laa kat tengah2 diantara pakcik dan makcik aku menghadap TV.

Ok. Bermula kisah tu di sini. Panjang benau intro aku tadi. Bila jam da menunjukkan pukul 11lebih, lampu smua da dipadamkan kecuali lampu kat ruang tempat arwah embah aku suka duduk berehat sambil makan sirih dulu. Kat ruang situ hanya pakai lampu yang bulat tu. Yang kaler oren2 tu. Susah la nak explain. Yg penting lampu orang dulu dulu selalu pasang kat bilik air. Mata aku tak dapat lelap. Kiri kanan aku da berdengkur. Tinggal la aku terkebil kebil sorang diri. Kat rumah arwah embah ni ade satu jam antik. Yg berbunyi "ding dong ding dong" bila jarum tepat pada waktunya. Jam tu pulak terletak kat tiang tengah tempat ruang kedua dua arwah embah selalu duduk.

Jam berbunyi, "ding dong ding dong".. Tu menandakan tepat pada pukul 12 malam. Aku masih lagi tak boleh tidur. Tak tau kenapa. Serba tak kena jadinya. Pusing ke kiri tak lelap. Pusing kanan pun sama tak lelap. Last sekali aku terlentang. Bila aku da terlentang tu, mata aku terus tengok TV yg ade depan aku. Sekali nahhhhhhhhh!.... dari pancaran lampu ke TV tu, aku ternampak 2 susuk tubuh yang lengkap berkapan sedang dok berkemas karpet2 yang ade kat situ. Allah! berderau darah aku naik kepala. Jantung aku terus laju. Aku perhatikan ape yg aku tengok tu orang atau pun tak. Bila aku dok perati. Memang sah !! Makhluk tu berbunjut dikepala! Aku terus tarik selimut aku tutup muka. Dekat nak lemas gak la aku buat macam tu.

Dekat 5minit aku tutup muka. Aku slow2 selak selimut nak pastikan ade lagi ke tak 2 makhluk berbunjut tu. Rupanya..masih di situ....! Ye...masih lagi kat situ. CUMANYA, kali ni 2 2 makhluk tu berdiri kat muka pintu tu sambil melihat ke arah TV . Seakan akan tau aku tengah peratikan gerak geri 'mereka'. Ya Allah..aku macam nak terkencing. Terus aku kejutkan makcik aku bangun. Menangis nangis aku mase tu bila tengok makhluk tu terjengah jengah kat pintu. Maunya aku tak takut kalau da mcm gitu. Makcik aku bangun2 je tengok aki da melalak nak balik. Pukul 2pagi ye, makcik aku suruh ayah amik aku balik. Meraung raung aku sebab aku cakap kat makcik, "embah balik! embah balik!." Sudahnya ayah cakap tunggu pagi je. Makcik aku temankan aku tidur sampai aku terlelap. Pagi tu aku demam. Seminggu!! disebabkan 2 makhluk yg berupa ocong...

Sampai sekarang bila aku teringat kisah ni, aku jadi terfikir. Ape benda yg datang malam tu. Siap angkat2 karpet lagi macam orang mengemas lepas kenduri. Aku tak tau sama ada arwah balik rumah ke atau tu hanya jelmaan dari syaitonn. Tu adalah benda pertama yg aku nampak dan ingat. Tapi ayah cakap aku memang dari kecik selalu melalak bila nampak 'benda'. Entohh lerrr....

-Bidadara 2-



Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2016 03:50 PM | Show all posts
alamak seramnya..syaitan kot..huhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2016 08:09 AM | Show all posts
CikNia replied at 15-8-2016 03:50 PM
alamak seramnya..syaitan kot..huhuhu

Wallahualam.. Syaitan la tu..
Mase aku nampak benda tu pun, arwah belum 44hari lagi..

Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 10:15 AM GMT+8 , Processed in 0.094203 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list