CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3165|Reply: 9

10 Kebaikan Dan Kelebihan Berkahwin Di Usia Muda

[Copy link]
Post time 18-7-2016 05:11 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ






Soal perkahwinan sentiasa menjadi perkara sensitif lebih-lebih lagi buat yang belum bertemu jodoh walaupun usia sudah menjangkau umur "wajib kahwin".


Kahwin diusia muda sentiasa dikaitkan dengan punca berlakunya banyak kes-kes penceraian kerana masing-masing dianggap masih belum stabil dari segi kewangan dan juga tidak cukup matang.


Oleh kerana itu, ada yang sanggup menghadapi risiko "bercinta dalam jangka masa yang lama" untuk mengelakkan dari kahwin di usia terlalu muda.


Zaman nenek moyang dahulu rata-rata berkahwin di usia belasan tahun namun kebanyakkan kekal bahagia hingga ke hari ini. Tapi zaman globalisasi ini, tidak ramai yang berani kahwin muda kerana di momokkan dengan perkara-perkara yang menakutkan seperti penceraian dan sebagainya. Atau mungkin juga faktor sambung belajar.


Jika sudah sampai seru kenapa pula perlu dilambatkan perkara baik ini, tidakkah anda tahu memang banyak manfaat dan kebaikan jika berkahwin di usia muda. Berikut merupakan 10 kebaikan kahwin awal seperti yang dipetik dari zoncinta.com :



Gambar hiasan



#1. Tuntutan agama
Agama Islam menyarankan kita untuk menyegerakan perkahwinan andai sudah cukup syarat-syarat zahir dan batinnya. Berkahwin juga termasuk amalan sunnah kerana boleh meningkatkan bilangan umat Islam di atas muka bumi. Paling penting, saham akhirat kita juga akan terjamin apabila ada anak soleh yang mendoakan untuk kita apabila di alam kubur nanti. Jika agama menggalakkan, mengapa kita harus melengah-lengahkannya?



#2. Mengelak daripada zina
Hati manusia mana yang boleh tahan dengan godaan duniawi di zaman sekarang? Iman kita bukanlah setebal mana mahu memikul gelora nafsu yang melonjak-lonjak seawal usia 18 tahun lagi. Jika harapkan ideologi kolot di mana seseorang itu hanya boleh berkahwin setelah mempunyai kerja, sebuah kereta dan rumah, sudah pasti usia sudah menjengah 29 tahun. Bayangkan derita yang perlu ditanggung selama 10 tahun sebelum sampai waktu itu? Anak muda sekarang: SMS dan bergayut tak henti, berpegangan tangan, menonton wayang midnight,  bukankah itu boleh membangkitkan nafsu dan membawa kepada zina? Solusinya ialah menyegerakan akad nikah agar tidak terus terlanjur. Ia bukan sahaja dapat mengelak hubungan luar nikah, malah kes kahwin lari dan pembuangan bayi juga boleh diatasi.

#3. Menjadi lebih bertanggungjawab
Jika selama ini hanya ada seorang ibu bapa, kini sudah menjadi anak kepada dua ibu dan dua bapa. Jika selama ini bekerja @ belajar sambil lewa, sekarang lebih bermotivasi dan dedikasi demi menyara keluarga tercinta.


#4. Menimbulkan ketenangan jiwa
Jiba bertanya kepada mereka yang sudah beristeri/ bersuami, mereka pasti menyatakan betapa asyik dan seronoknya alam perkahwinan. Ketenenangan yang dirasa sukar difahami dan diterjemah dalam kata. Ya, memang ada ketikanya pening kepala memikirkan tentang kerenah pasangan, assignment, ansuran kereta, sewa rumah; tetapi semua ini diubati dengan seorang peneman yang sedia menjadi bahu tempat bersandar, dan menjadi rakan di kala suka dan duka. Kehadiran seorang cahaya mata yang comel akan menyerikan lagi mahligai yang dibina



#5. Fikiran menjadi lebih matang
Berkahwin dapat merubah hidup seseorang yang dahulunya terumbang-ambing kepada lebih berwawasan. Tiada lagi masa untuk melepak bersama rakan, membaca komik atau ber-facebook,  dan digantikan dengan perkara yang lebih berfaedah dan matang.

#6. Dapat Membaiki diri
Ramai mengakui, turning point paling penting dalam kehidupan mereka adalah perkahwinan kerana mulai detik itulah mereka berubah menjadi insan yang lebih baik. Sikap panas baran dan pemalas semasa zaman bujang dapat dikikis sedikit demi sedikit. Si isteri pula sudah rajin untuk ke dapur dan mengemas rumah. Solat juga didirikan secara berjemaah andai ada kelapangan masa.

#7. Plan jangka panjang
Jika berkahwin muda, sudah tentu memperoleh cahaya mata awal. Belum sampai waktu persaraan pun tanggungjawab untuk anak-anak sudah selesai kerana mereka semua sudah besar panjang. Dengan tubuh yang masih cergas, ekonomi yang kukuh, dan anak-anak pun sudah dewasa, suami isteri bolehlah menghabiskan masa-masa yang selebihnya berdua ataupun pergi honeymoon tanpa gangguan.


#8. Seks yang lebih berkualiti
Pastinya tenaga di usia muda lebih kuat berbanding lewat umur. Tahukah anda, menurut kajian perubatan, antara faktor utama kemandulan adalah berkahwin lambat? Kaum hawa juga perlu waspada di mana jika anda berkahwin di usia lingkungan 35 tahun, anda mungkin dinasihatkan untuk tidak mengandung kerana bimbang berlaku komplikasi.

#9. Rezeki bertambah
Antara alasan mereka yang mahu melambat-lambatkan perkahwinan ialah kerana kebutuhan kewangan. Makan minum, pakaian, ansuran kereta dan rumah, lampin anak, kirim duit kepada mentua dan macam-macam lagi yang selalu memukul kotak fikiran. Tapi percayalah, Tuhan tidak akan membebankan hambanya melebihi apa yang bisa ditanggung oleh mereka. Berkahwin adalah tuntutan agama, dengan sendirinya rezeki itu akan datang kepada anda walaupun pada mulanya sedikit, tapi kelak anda akan dapat mengatasi kesulitan itu selagi anda percaya dan bepegang kepada rahmat-Nya.

#10. Jangan tunggu lama-lama
Pasti ada di kalangan anda yang sudah mempunyai kekasih, bukan? Jika benar anda menyayanginya dan berkongsi hidup dengannya, mengapa harus ditunggu lagi? Ingat, sekarang ini ramai lelaki hidung belang. Bila-bila masa sahaja bunga anda boleh dirayu sang kumbang sial. Andai itu berlaku, gigit jari sajalah.





Itulah antara 10 senarai kelebihan berkahwin di usia muda. Jadi, jangan takut berkahwin di usia muda andai anda sudah mempunyai calon pasangan hidup dan sudah bersedia dari segala aspek termasuk kewangan.  - CARI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2016 02:27 PM | Show all posts
diharap semua pasangan berkahwin muda lebih byk bersabar
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 07:06 PM | Show all posts
Memang bagus if dapat kawen awal... tp apakan daya manusia hanya merancang...
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapkan diri
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
jodoh ditgn tuhan.. kita hanya mampu merancang...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2016 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Ohh jodoh masih sesat larat agaknya. Waze belum update
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-7-2016 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Umur muda lagi anak dah besar2.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2016 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Pastu hantar anak masuk boarding school. Umur parent blom
Masuk 40 lagi sebab kawin muda..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2016 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Kahwin bila dh bersedia.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2016 11:59 AM | Show all posts
Kahwin bila dh bersedia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.042899 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list