View: 3198|Reply: 12
|
kemurungan BFF akibat dadah
[Copy link]
|
|
Salam semua,
Actualy kisah ni pasal BFF aku..
kami mmg sangat close n even dah berkahwin ni pun we still baik sangat n share semua cerita..
kisah bermula masa aidilfitri hari tu, aku pergi beraya rumah dia (aku gelarkan A) kat kampung n jumpa semua family A
tapi aku notice yang bapak A agak murung and down sebb sebelum ni aku kenal bapak A ni sgt peramah and suka berseloroh tapi masa last kami jumpa aidilfitri hari tu mmg aku notice bapak A macam elak2 nak berbual n banyak diam bile kami datang..
at 1st mmg aku wat biasa je la..tapi bile aku mula bertanya pasal adik A, terus family n her elak2..so aku da notice somthing sangt..
lepas cuti raya, kami wat date nak jumpe and aku korek wat happend yang berlaku, baru la A cerita n as kawan baik dia..aku sangat down bile semua ini berlaku kat family A..aku sangat close dengan family A dan aku kenal semua family mambers dia..
actualy adik A sekarang kena tahan reman sebab disyaki bersubahat memiliki dadah. Kes dia disabitkan seksyen 39B yang tidak boleh dijamin sehingga ke mahkamah tinggi. rupanya da hampir 7 bulan adik dia ditahan sekarang tengah tunggu kes dibawa ke mahkamah tinggi. aku kenal adik A dia ni jenis polos sikit, dia ditangkap di dalam rumah dimana semasa serbuan dibuat, polis menjumpai dadah di bilik tidur kawan dia. memang kalau dadah dijumpai di rumah, sesiapa sahaja yang berada di rumah akan dituduh bersubahat sehingga ada yang mengaku barang itu dimiliki oleg siapa.
Isu sekarang, tuan rumah tersebut xnak mengaku itu 'barang' dia, adik A pun mmg xngaku la tu barang dia sebb dia datang kerumah tu sebab nak jmpe kawan dia melepak. Disebabkan itu, kes ini berpanjangan smpai 3 4 kali naik turun mahkamah dan last hari tu, mahkamah putuskan kes akan dipanjangkan ke mahkamah tinggi untuk tunggu sebutan semula.
masa A cerita kat aku, teresak2 nangis sebb selama ni dia pendam sorang2 masalah ni, isu nye sekarang, aku pun adalah google2 camne nak bantu A dalam kes ni, cuma aku nak mintak ada tak otai2 dalam forum ni yang bole suggestkan cara untuk selesaikan isu ni. dimaklumkan keluarga A mmg da hired peguam untuk handle kes ni..
honestly aku kesian sgt kat kawan aku ni..dia n family dia mmg down sgt sebb adik dia terperangkap kat umah tu and owner umah pun xnk ngaku tu barang dia.
if korang ada pengalaman or pendapat..mohon share sesama kat cni ye..
TQ
|
|
|
|
|
|
|
|
adiknya amik ke tak dadah? |
|
|
|
|
|
|
|
ok...
sambung ckit...
nope...air kncing -ve...
dia just datang rumah tu utk melepak..
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya.. ada buat urine test tak? Takut gak urine test +ve dadah..so sebab tu dia kena tahan sekali & susah nak lepas ke.. |
|
|
|
|
|
|
|
ikut yang kawan me gthu..
urine -ve,
tapi sebb dia berada kat dalam rumah bersama-sama barang tu sebb dia disyaki bersubahat..
pulak tu owner rumah tu xnk mengaku tu barang dia sedangkan masa serbuan, owner rumah yang tunjuk barang tu kat mne..
mmg kesian la sebb adik kawan me ni just datang melepak n x tahu pun rupanya kawan dia tu tokan simpan barang..
masa serbuan ada jugak kawan lain kat rumah tu.. dalam 3 4 orang |
|
|
|
|
|
|
|
dia disyaki mengedar?????? sbb urine -ve....hukum gantung sampai mati????
biarla depa selesaikan..hal keluarga depa..
kenapa xkawl anak2 drpd berkawan dgn orng jahat,
dah lantik peguam pun, ko peguam ke, kalau ko peguaam bagi frre of charge la..
|
|
|
|
|
|
|
|
Tu la...
Aku rase kalau dia tak bersalah, just datang situ nak melepak, takyah ahh risau sangat.
Dah ahh -ve dadah.. bukan rumah dia pulak..
Aku rase memang ahh tuan rumah tu tak mengaku.. kalau mengaku, bodo2 ah gi tali gantung..
At the end of the day, sapa yang most likely akan dituduh?? mestilah tuan rumah... ade bukti, alibi dan sebagainye..
Kalau dia yakin yang adik dia tak bersalah, let the court do their work lah... normal prosedur yang kena ikut kot.. Buat ape nak takut..
Unless mmg adik dia ade subahat ahh..
Kes straight forward aku rase..
the burden nak menidakkan barang tu dia punye ialah tuan rumah..
So dia ahh kena buktikan yang barang tu bukan dia punye.. walaupun dalam rumah dia..
Kalau ikutkan, adik kawan kau tu boleh keep on pleading ignorant + dia datang situ untuk melepak aje..
At least itu yang aku nampak ahh.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 1-8-2016 05:54 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
tompie replied at 1-8-2016 05:41 PM
Tu la...
Aku rase kalau dia tak bersalah, just datang situ nak melepak, takyah ahh risau sangat.
D ...
Tq atas +ve answer..
The same thing yg aku nasihatkn mmbe..
Sbb rumah tu bukan rumah dia n adik dia clean..
Kena.ikut prosuder je..tu yg buat lmbt case.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 1-8-2016 05:55 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
sepiITUindah replied at 1-8-2016 05:29 PM
bapak dia kaya tak??
Kaya mcm family nasa tu xla ..
So..so pd aku.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalo dah terlibat dlm tangkapan gini
xde ape pun boleh buat, kne la tunggu keputusan mahkamah..
doa la banyak2, minta urusan dia dipermudahkan
kalau dia xsalah, bukti cukup, nanti dia akan dilepaskan..
|
|
|
|
|
|
|
|
kalo mmg betul xbuat konfem lepas punyela
dia ditahan mungkin nakkan maklumat je |
|
|
|
|
|
|
|
TT , izinkan i berkongsi cerita. chewahh i ada kawan yg i perasan dia pun murung jugak sedangkan before this dia memang happy go lucky. So kitorang pun siasat why dia murung mcm tu then baru dapat tahu yang adik dia ditangkap polis sebab positif dadah jenis ice. Adik dia umur 20 tahun. Kawan i ni anak sulung, dia korbankan masa muda dia kerja kerja kerja sebab nak bantu family sebab dia ada adik 3 org yang masih bersekolah, ayah kerja bukak kedai sendiri, still ada loan rumah dan kereta yg perlu ditanggung. Alhmadulillah dia dapat kerja yg gaji semua ok la sebab kawan aku ni mmg pandai even tak sambung study, English pekat mcm mat salleh. Yg buatkan aku sedih, pengorbanan dia yg tak semua org mampu buat. Masa adik dia kena tangkap, dia lah yg naik turun balai polis, mahkamah, AADK untuk uruskan adik dia. Parents dia mmg tak mau ambik tahu hal adik dia sebab memalukan keluarga. Seminggu lepas adik dia kena tangkap, kawan aku pulak diberhentikan kerja sebab company tutup. Allah berat sungguh dugaan dia. Dia gunakan semua duit simpanan dia untuk ikat jamin dan bayar denda adik dia. Dia mengadu dekat aku "macam mana teruk pun adik aku buat, dia tetap adik aku, ni kesalahan dia yg pertama, aku redha, aku terima ni bahagian aku Allah nk bagi, biaq la semua org nk benci adik aku, tapi ada jugak kebaikan adik aku buat kat aku, cuma kali ni dia tersilap langkah, aku redha" huwaa sedih aku dengar. Aku kenal adik kawan aku ni, dia memang baik la, cuma ya la tersilap langkah bak kata kakaknya. Tiba hari perbicaraan kes adik dia, dia pun bawak la adik dia pergi mahkamah. Masa kat mahkamah tu la dia call aku menangis. Dia cakap “ni la hari paling sedih dalam hidup aku, aku tengok adik aku sendiri duduk dalam kandang pesalah, Allah aku sedih, aku sendiri tengok adik aku kena gari masa dia dijatuhkan hukuman” :’( masa dia mengadu tu aku tahan je air mata aku ni sebab nk bagi semangat kat dia. Masa dia tengah uruskan bayar denda semua tu adik dia ada dalam lokap polis, dia cakap kat aku “aku cepat2 buat bayaran denda sebab tak sanggup tengok adik aku dok dalam lokap polis tu, lepas ja dah settle polis pun bukak lokap bukak gari semua, teroih adik aku mai lari peluk aku dia cium kaki aku wei, sepanjang 23 tahun aku hidup tu la aku rasa pelukan paling ikhlas adik aku”
So aku nak nasihatkan TT, please la bagi semangat kat kawan TT. Macam kawan aku ni, sebelum ni dia pendam seorang masalah dia, kesedihan dia sampai tak seorang pun tau kesedihan dia. Kuatnya kawan aku tu. 6 bulan gak la dia dok rumah tak keluar p memana sebab fikir masalah adik dia then dia pulak tak da kerja kan. And tak pernah sekali pun lepas balik dari mahkamah tu dia ungkit kesalahan adik dia, dia sebolehnya tak mau ingat lagi kisah tu. Alhamdulillah sekarang kawan aku tu dapat kerja bank, adik dia pun dah habis study sekarang tengah training dgn company besar jugak la. Kalau nak diikutkan banyak lagi aku nak cerita mcm mana kawan aku tu usaha buat nk hilangkan ketagihan adik dia tu.
Untuk kawan TT, aku harap dia bersabar, adik kawan TT tu kes teraniaya la. Harap pemilik barang tu mengaku la siapa punya dadah tu kan. Aku rasa adik kawan TT aku menang sebab dia negative dadah and tu bukan rumah dia pun kan. Cuma sekarang TT perlu bagi kekuatan, nasihat, cari ilmu sebanyak mungkin pasal semua ni. Btw adik kawan TT tu masih dalam tahanan polis atau dah dibebaskan dgn jaminan?
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|