Pulau Gemia merupakan sebuah pulau persendirian (private island) yang terletak kira-kira 800 meter dari Pulau Kapas, Terengganu.
Pulau ini agak kurang popular dikalangan pelancong tempatan tetapi menjadi antara destinasi kegemaran buat pelancong asing. Ini kerana hanya terdapat satu resort sahaja di pulau ini dan harganya mungkin lebih mahal. Jadi pulau ini amat sesuai untuk yang berduit dan inginkan lebih privasi kerana tidak ramai pengunjung yang bercuti di pulau ini.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan di pulau ini adalah snorkeling, trekking dan berkayak. Jika bernasib baik, pengunjung berpeluang melihat penyu bertelur.
Jika anda merancang untuk berbulan madu atau bercuti dengan lebih privasi, pulau Gemia mungkin antara pilihan terbaik. - CARI
Gem Island ni dah mula di promo lebih dari 10 tahun dulu lagi tapi mcm org tak brapa nak pandang jer.... aku pun tak sempat nak pergi lagi time tu, bz dgn kerja
Memang cantik pulau gemia nie....fav sang penyu bertelur. Nk save budget, check in kat area pulau kapas then booking speedboat g ker pulau gemia
Perjalanan between pulau kapas n gemia x sapai 10 min pun...kalu de energy, leh berkayak jea