CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4759|Reply: 5

Tips Membeli Pakaian Perkahwinan

[Copy link]
Post time 11-8-2016 05:27 PM | Show all posts |Read mode
Membeli atau memilih pakaian perkahwinan boleh menjadi satu proses yang amat tertekan pada pasangan pengantin. Bagi pengantin yang ingin merancang untuk membeli pakaian pengantin, anda boleh ikuti tips dibawah bagi bersiap sedia untuk membeli-belah pakaian.

1. Tahu bentuk badan anda
Ia adalah sangat penting bahawa pengantin untuk tahu sama ada mempunyai bentuk badan yang persegi, 'pear', epal atau 'hourglass'. Terdapat banyak laman web yang menyediakan gambaran jenis badan asas. Pengantin yang mempunyai badan yang 'pear' dan 'hourglass' akan kelihatan cantik dalam busana yang berbentuk A-line dan jatuh pakaian pinggang. Kepada pengantin yang mempunyai bentuk badan yang persegi atau epal cenderung untuk kelihatan terbaik dalam gaun bola dan garis pinggang empayar.

2. Selesakan diri dengan kulit anda
Ia adalah penting bahawa pengantin yang selesa dengan kulitnya sendiri sebelum memulakan pencarian untuk pakaian perkahwinan. Pengantin perlu bersedia untuk mencuba pelbagai gaya pakaian dan harus melakukan yang terbaik untuk meghapuskan perasaan yang negatif tentang penampilan diri.

3. Mengambil cuti pada waktu 'Alterations'
Membeli pakaian saat-saat akhir adalah masalah yang sangat besar bagi pengantin. Pengantin ideal harus meninggalkan sekurang-kurangnya tiga bulan antara pembelian pakaian pakaian dan tarikh perkahwinan. Ini membolehkan penghantaran pakaian, awalan 'fitting' dan apa-apa perubahan yang perlu.

4. Perhiasan busana
Manik, kristal dan 'baubles' boleh kelihatan menarik tetapi jika berlebihan boleh menambah berat badan yang ketara untuk pakaian. Pengantin yang kebetulan berkahwin pada hari yang cuaca panas mungkin akan menyebabkan ketidak selesaan pada diri pengantin dan juga hanya akan menambahkan berat keseluruhan pakaian itu. Pengantin juga perlu berhati-hati untuk memakai perhiasan terutama perhiasan yang terletak di pinggang.

4. Pilih pakaian yang selesa
Kebanyakan pengantin akan memakai antara lima dan enam jam dalam pakaian perkahwinan mereka. Walaupun ia adalah penting untuk kelihatan hebat dalam pakaian,  ia juga penting untuk keselesaan diri sendiri. Jadi pengantin perlu memilih gaya dan kain yang membolehkan anda senang bergerak dengan selesa. Selain itu, pemilihan aksesori pengantin yang betul juga memainkan peranan yang penting.

Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com

Photo credits: from google.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2016 09:50 AM | Show all posts



Panduan Membeli Baju Kahwin Chiffon



Membeli pakaian perkahwinan boleh menjadi satu proses yang panjang untuk pengantin. Dimana pengantin akan berhadapan dengan pelbagai gaya pereka pakaian perkahwinan, dan ia akan menjadi sukar untuk pengantin memahami kepada butiran yang diberi. Walaubagaimanapun, ia adalah penting untuk bakal pengantin memahami fabrik yang berbeza yang boleh dibuat untuk pakaian perkahwinan kerana setiap kain mempunyai kualiti yang tersendiri. Kain chiffon adalah salah satu kain yang popular untuk dijadikan gaun pengantin. Maka untuk bakal pengantin yang ingin menggunakan kain chiffon, mereka perlu memahami mengapa dan bagaimana ia digunakan dalam pakaian perkahwinan.

Apa Itu Chiffon?

Chiffon adalah kain yang ringan dan halus. Disebabkan cara ia ditenun, kain chiffon boleh menjadi sedikit lebih kasar daripada fabrik yang lain. Kain yang ditenun boleh memberikan sedikit regangan, maka ia menjadikan pilihan yang sesuai untuk pakaian.

Jenis Chiffon?

Chiffon merujuk kepada jenis tenunan fabrik. Oleh disebabkan itu, pengantin akan mendapati chiffon dibuat dari pelbagai ‘fibers’. Chiffon yang terbaik akan ditenun daripada sutera. Chiffon juga ditenun daripada kapas, rayon, dan poliester. Setiap perbezaan ‘fibers’ mempunyai sedikit perubahan kepada sifat chiffon. Chiffon jenis sintetik adalah lebih sukar untuk pewarna daripada chiffon yang dibuat daripada ‘fibers’ semula jadi, tetapi selalunya ini tidak menjadi penghalang kepada bakal pengantin yang ingin gaun pengantin putih.  Chiffon yang dibuat daripada ‘fibers’ semula jadi biasanya lebih mahal daripada chiffon jenis sintetik, dan sutera chiffon adalah pilihan yang paling mahal. Walaubagaimanapun, untuk bakal pengantin yang ingin nampak mewah, sutera chiffon adalah pilihan yang sesuai.

Kenapa Perlu Membeli Gaun Chiffon?

Kerana Chiffon adalah jenis kain yang ringan, kebanyakkan pakaian perkahwinan yang mengunakan chiffon ia akan digunakan dalam reka bentuk untuk menampakkan kain terapung lembut. Chiffon juga boleh memberi pakaian menjadi berat tanpa menambah apa-apa manik. Walaubagaimanapun, ‘tulle’ biasanya digunakan dalam ‘petticoats’ untuk menambahkan lagi keanjalannya, dan ia kebiasaanya digunakan untuk lapisan atas lapisan organza untuk menjadikan ia lebih lembut. Pengantin yang menggunakan chiffon untuk pakaian perkahwinannya kebiasaanya akan bergerak selesa pada hari persandingannya.




http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1012616


Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2016 09:53 AM | Show all posts
Panduan Membeli Pakaian Untuk Pengantin Bersaiz Besar



Membeli pakaian perkahwinan akan menjadikan mana-mana pengantin pengalaman yang sungguh menarik. Tetapi jika anda seorang wanita yang bersaiz besar, ia kadang-kadang akan membuat anda rasa mustahil untuk mendapat perkahwinan yang indah. Walaubagaimanapun, untuk membeli pakaian sempurna ia tidak semestinya menjadi penghalang jika anda seorang yang bersaiz besar. Maka, terdapat tips penting untuk anda membeli pakaian pengantin.

Membuat panggilan butik terlebih dahulu

Membuat panggilan terlebih dahulu, jangan anda rasa malu dan rasa bersalah untuk memberitahu mereka saiz anda dan meminta mereka jika mereka akan dapat bekerja dengan anda. Walaupun anda melihat banyak butik menyediakan saiz biasa, tetapi ada sahaja butik yang menyediakan saiz yang bersaiz besar. Mungkin sahaja butik yang tiada saiz anda tetapi jika anda memaklumkan dengan lebih awal kepada mereka, mereka yakin dan teruja untuk bekerja dengan anda.

Orang jualan adalah sumber anda.

Apabila anda pergi ke butik, sebahagian daripada apa yang anda bayar adalah untuk bayaran kepada kepakaran jurujual anda. Jadi cari seseorang yang teruja untuk kejersama dengan anda dan mereka yang mempunyai idea yang bernas. Tanya soalan, meminta cadangan dan meminta pendapat. Anda tahu tentang badan anda, mereka tahu tentang pakaian perkahwinan, jadi ia tidak akan menjadi penghalang untuk anda dan mereka bekerjasama.

Tidak dibenarkan malu tentang berat anda

Kebiasaanya anda telah mendegar cerita-cerita tentang jurujual yang meminta anda menurunkan berat badan untuk perkahwinan anda, atau yang cuba memalukan badan anda. Jika seseorang cuba untuk memalukan anda, anda perlu membalas “Itu bukan urusan anda” kepada mereka. Dan anda boleh mencari jurujual yang baru. Anda perlu menjadi diri sendiri dan  yakin pada diri anda.

‘Have fun’

Anda perlu pergi dengan idea bahawa anda boleh berseronok membeli pakaian perkahwinan. Anda boleh membeli lace yang cantik, berkilau atau apa sahaja yang anda suka, kerana anda membeli untuk PERKAHWINAN anda. Jadi anda berhak untuk mempunyai pengalaman yang sama dengan pengantin wanita yang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2016 09:57 AM | Show all posts
Edited by Elle_mujigae at 2-9-2016 09:58 AM

Memilih Fabrik Sempurna



Apabila anda merancang untuk memilih baju pengantin, tiada apa yang lebih penting daripada jenis kain. Kain yang dibuat untuk pakaian perkahwinan akan menentukan bagaimana pakaian terletak atau terbentuk di atas badan, sama ada ia berkesan untuk memudahkan pergerakan pengantin atau tidak. Maka, ia adalah penting untuk anda memahami perbezaan utama jenis kain sebelum membuat pembelian.

Kain Sutera



Kain sutera adalah kain yang jenis berkilat. Ia digunakan dalam banyak untuk membuat baju pengantin. Banyak kain sutera adalah kain yang agak berat dan cantik bila ia jatuh. Tetapi kain sutera juga mempunyai jenis ringan, kain jenis ini sangat sesuai dengan cuaca yang panas. Kain sutera yang nipis tidak sesuai dipakai oleh pengantin yang bersaiz besar kerana ia akan menampakkan lagi bentuk badan anda.


Kain Chiffon



Kain chiffon adalah sejenis kain sutera walaupun ia didapati dalam jenis sintetik. Kain chiffon juga sejenis kain yang jarang. Chiffon adalah terbaik digunakan pada musim atau cuaca yang panas. Ia sering digunakan ke atas lapisan kain lycra atau satin. Maka, ia sesuai kepada wanita yang bersaiz besar.

Kain Lace



Kain lace mungkin kita akan dapati didalam perkahwinan klasik. Kain ini cenderung untuk memperagakan kecantikkan badan kebanyakkan wanita kerana ia mampu menutup kawasan yang bermasalah dengan cekap dan menarik.




Kain Poliester




Kebanyakkan pengantin sudah biasa menggunakan kain jenis poliester, kerana kain ini adalah sejenis kain sintetik yang sering dihasilkan dengan kilauan yang tinggi. Walaupun pakaian pengantin yang menggunakan kain poliester adalah selesa, tetapi kain ini jenis yang tidak bernafas dengan baik dan tidak sesuai dipakai ketika musim atau cuaca yang panas.




Kain Organza




Kain organza sering digunakan sebagai lapisan tengah untuk pakaian perkahwinan. Kain ini juga adalah sejenis kain yang jarang. Kain organza bukanlah sejenis kain yang elastik dan mungkin tidak sesuai memperagakan kecantikkan pengantin yang bersaiz besar.


Kain Satin




Kain satin adalah kain kilauan yang tinggi didepan dan dibelakang kain yang berwarna kusam. Ia kebiasaanya sangat selesa dan sesuai dengan pengantin bersaiz besar. Apabila membeli pakaian satin, pengantin haruslah ingat bahawa jumlah elastik dalam kain boleh berbeza dengan ketara dari pakaian ke pakaian.

Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com

Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2016 08:21 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2016 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Tt nk bakal pengantin ka? Asik tempek artikel mcm ni ja
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 08:36 PM GMT+8 , Processed in 0.058495 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list