CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1312|Reply: 1

Panduan Membeli Baju Kahwin Chiffon

 Close [Copy link]
Post time 12-8-2016 09:28 AM | Show all posts |Read mode

Membeli pakaian perkahwinan boleh menjadi satu proses yang panjang untuk pengantin. Dimana pengantin akan berhadapan dengan pelbagai gaya pereka pakaian perkahwinan, dan ia akan menjadi sukar untuk pengantin memahami kepada butiran yang diberi. Walaubagaimanapun, ia adalah penting untuk bakal pengantin memahami fabrik yang berbeza yang boleh dibuat untuk pakaian perkahwinan kerana setiap kain mempunyai kualiti yang tersendiri. Kain chiffon adalah salah satu kain yang popular untuk dijadikan gaun pengantin. Maka untuk bakal pengantin yang ingin menggunakan kain chiffon, mereka perlu memahami mengapa dan bagaimana ia digunakan dalam pakaian perkahwinan.

Apa Itu Chiffon?
Chiffon adalah kain yang ringan dan halus. Disebabkan cara ia ditenun, kain chiffon boleh menjadi sedikit lebih kasar daripada fabrik yang lain. Kain yang ditenun boleh memberikan sedikit regangan, maka ia menjadikan pilihan yang sesuai untuk pakaian.

Jenis Chiffon?
Chiffon merujuk kepada jenis tenunan fabrik. Oleh disebabkan itu, pengantin akan mendapati chiffon dibuat dari pelbagai ‘fibers’. Chiffon yang terbaik akan ditenun daripada sutera. Chiffon juga ditenun daripada kapas, rayon, dan poliester. Setiap perbezaan ‘fibers’ mempunyai sedikit perubahan kepada sifat chiffon. Chiffon jenis sintetik adalah lebih sukar untuk pewarna daripada chiffon yang dibuat daripada ‘fibers’ semula jadi, tetapi selalunya ini tidak menjadi penghalang kepada bakal pengantin yang ingin gaun pengantin putih.  Chiffon yang dibuat daripada ‘fibers’ semula jadi biasanya lebih mahal daripada chiffon jenis sintetik, dan sutera chiffon adalah pilihan yang paling mahal. Walaubagaimanapun, untuk bakal pengantin yang ingin nampak mewah, sutera chiffon adalah pilihan yang sesuai.

Kenapa Perlu Membeli Gaun Chiffon?
Kerana Chiffon adalah jenis kain yang ringan, kebanyakkan pakaian perkahwinan yang mengunakan chiffon ia akan digunakan dalam reka bentuk untuk menampakkan kain terapung lembut. Chiffon juga boleh memberi pakaian menjadi berat tanpa menambah apa-apa manik. Walaubagaimanapun, ‘tulle’ biasanya digunakan dalam ‘petticoats’ untuk menambahkan lagi keanjalannya, dan ia kebiasaanya digunakan untuk lapisan atas lapisan organza untuk menjadikan ia lebih lembut. Pengantin yang menggunakan chiffon untuk pakaian perkahwinannya kebiasaanya akan bergerak selesa pada hari persandingannya.

Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com
Photo credits: from google.

Comments

Salam.. tt, thread berulang tak dibenarkan..Just sambung post kat thread Tips Membeli Pakaian Perkahwinan tu ye..  Post time 12-8-2016 06:37 PM
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 06:28 AM GMT+8 , Processed in 0.139288 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list