CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3047|Reply: 5

Inilah 7 Perbezaan Antara Lelaki & Wanita Yang Ternyata Betul

[Copy link]
Post time 16-8-2016 02:32 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Lelaki dan wanita sudah pasti diciptakan mempunyai perbezaan. Walaupun tinggal di dunia yang sama namun hakikatnya dunia lelaki dan wanita jauh berbeza. Wanita memang popular dengan banyak kerenahnya lelaki pula dikatakan agak 'cool'. Cop! Tak semua lelaki 'cool' ya. Hehehe.




Jadi, 7 perbezaan antara lelaki dan wanita yang dinyatakan ini betul tak bagi anda? Percayalah, jika disebabkan 7 perbezaan ini hubungan cinta anda boleh terkandas dipertengahan jalan mahupun 'complicated'. Ala, biasalah kan? Asam garam dalam bercinta. Kalau cari lain pun, tetap jumpa perangai yang lebih kurang. Tak gitu?

Nah, cepat cek. kena tak pada diri sendiri. - CARI

1. Apa yang lelaki lihat & apa yang wanita lihat





Lelaki memang tak kisah sama ada badan mereka gemuk atau pun kurus. Redha je. Wanita pula lain. Badan dah kurus tetap cakap gemuk. Apa la masalah deorang!

2. Apabila tengah diam & senyap






Lelaki ni bukan jenis fikir bukan-bukan. Kalau wanita tengah diam, mereka akan fikirkan mungkin diam sebab penat. Kalau lelaki diam pula, macam-macam la wanita fikirkan.

3. Bab kerja rumah memang perempuan handal!





Yang ini memang tak perlu cakap pun. Bab buat kerja rumah, wanita memang boleh buat semua kerja dalam satu masa. Lelaki pula memang boleh buat satu kerja sahaja. Bab yang ini lelaki gagal!

4. Perkara yang lelaki & wanita tak tahu buat





Dalam banyak-banyak benda lelaki tak tahu bagaimana nak guna mekap. Tapi wanita handal pasal mekap. Wanita pula tak tahu macam mana nak bertukang, tapi lelaki hebat bertukang.

5. Ciri-ciri lelaki & wanita idaman





Lelaki dari muda sampai ke tua memang nak wanita yang bentuk badan menggiurkan. Memang tak nak perempuan gemuk. Wanita pula berbeza. Kalau boleh nak yang berjaya dan banyak duit!

6. Kalau pergi bercuti...





Bila nak pergi bercuti yang lelaki memang bawa satu beg. Wanita pula kalau boleh nak bawa semua barang macam nak pindah rumah terus.

7. Kalau nak cari arah...





Kalau lelaki memang tengok peta sahaja. Wanita pula memang suka kerja senang. Kalau sesat jalan, berhenti dan tanya orang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2016 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
No 4 da x releven sbb byk lelaki da tau make up
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 04:43 PM | Show all posts
Saya tak pandai makeup, adakah saya dalam kategori lelaki? ahahha! Bergantung kepada setiap individu la.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2016 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
No 3,6&7 tu betul...
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2016 09:01 AM | Show all posts
Logik yang boleh diterima
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2016 11:10 AM | Show all posts
Logik yang boleh diterima
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 06:23 AM GMT+8 , Processed in 0.034984 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list