|
rasanya kak timah setuju dengan misssakura,
cintalah dia sepuas2 hati, menangislah sepuas2nya, stalk sepuas2 hati,
belek fb dia skroll, baca..kalau nampak pic dia berbahagia,
tenung puas, baca puas2, belek muka perempuan kekasih baru dia tu puas2,
buat hari2, tengok last seen wasap dia, tengok last messenger activate dia, puas2.
dalam doa selepas solat, bersolat tahajud,
pohon 'jika dia jodohku, kembalikan dia pada aku Ya Allah,
kerana aku betul benar cinta dia demi keredhaanMu,
dan jika dia bukan jodohku dan bawa kuburukan padaku,
Engkau Yang Maha Terpuji, hapuskanlah rasa cinta ini dari hatiku'.
buat perkara2 stalk di atas berulang2,
tiba2 saja pada saatnya adik akan melupakannya,
dan tersenyum melihat kebodohan diri kenapa kita boleh cintakan dia sebegitu
rupa sedangkan dia hanya seperti kereta tolak buruk sahaja adanya.
ikhlas dari kak timah yang pernah berpengalaman melaluinya.
kita tidak tahu, kita ini kuat sebenarnya. InShaaAllah.
|
|