CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2743|Reply: 3

Jadilah Suami Mithali Idaman Isteri, Jika Anda Juga Ingin Isteri Mithali

[Copy link]
Post time 23-8-2016 04:55 PM | Show all posts |Read mode
oleh Adib Za

Bagaimana agaknya menjadi suami mithali yang disayangi dan dihormati oleh isteri.


Adakah cukup dengan hanya memberi nafkah? Itupun jika dapat memenuhi nafkah sepanjang masa kan?


Bagaimana pula dengan ego anda? Sanggup mendengar leteran isteri, pendapat dan juga buah pandangan isteri? Atau hanya perlu mengikut arahan anda sahaja?


Bukan mudah menjadi suami mithali sebenarnya namun ia tak mustahil. Sama-sama berusaha dengan isteri untuk menjadi terbaik, demi kelangsungan rumah tangga yang dibina.


Nah, ini dia tips yang boleh anda ikuti untuk menjadi seorang suami yang baik, mithali. Moga memberi manfaat.









1. Jaga emosi isteri
Mereka adalah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka reda dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun, jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.




2. Dengar pendapat isteri
Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu semasa boleh dijadikan sebagai 'ice-breaking'. Kemudian, berbincanglah mengenai hal rumah tangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri mengenai masalah kerjanya. Malah, isteri tentu berminat hendak mengetahui 'gosip' pejabat selepas seharian berhempas pulas di rumah. Dari situ isteri dapat mengenali karektor rakan pejabat suami secara tidak langsung.


3. Beri pujian kepada isteri
Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur. Memanglah wajar isteri penat jika dia terpaksa bangun pagi seawal lima pagi bagi memastikan semuanya beres demi kemudahan suami dan anak-anak. Kemudian tidur pula paling lewat kerana sibuk menyediakan persiapan untuk esok hari.




Foto: Carian google



4. Menganggap pasangan seperti diri sendiri
Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi lebih-lebih lagi pasangan suami dan isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh kebanyakan pasangan. Sedangkan pasangan anda adalah cermin diri anda sendiri. Ke mana juga anda pergi potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumah tangga akan menjadi bahagia.




5. Ingat tarikh penting
Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa saja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Jika suami seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal. Cukup sekadar seutas jam atau sehelai tudung sempena meraikan hari lahir. Jika 'budget' anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai. Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah dan lebih terharu jika anda sempat menulis sepatah dua kata penghargaan di dalamnya seperti "Terima kasih di atas segala pengorbanan sayang selama ini".




6. Penuhi hajat isteri
Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan sebuah mesin basuh atau mesin jahit, suami mungkin terpaksa berfikir dua atau tiga kali sebelum memenuhinya. Bagaimanapun, jika anda tidak berjaya memenuhi hajat isteri untuk masa yang terdekat, simpanlah hajat isteri anda itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak. Bukankah pemberian itu melambangkan anda suami yang amat menghargai pengorbanan isteri? - CARI




Sumber: Rahsia Perkahwinan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2016 02:08 PM | Show all posts
enam je??.. tak cukup lagi ni.. ada banyak lagikk...
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2016 01:19 AM | Show all posts
visit here gr898.com thank you
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2016 11:08 AM | Show all posts
adakalanya kita tak mampu belikan kemahuan isteri...tapi kita mampu ringankan beban isteri di rumah....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 06:12 AM GMT+8 , Processed in 0.034178 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list