Oleh Izzah Abbasy
Lihat sahaja wanita dan lelaki di Jepun mahupun Korea jika rupa terlalu sempurna sudah tentu bukan cantik dan tampan semula jadi. Jika tidak melakukan pembedahan plastik, mereka akan mengenakan mekap yang tebal sehingga hilang wajah asal.
Jepun memang terkenal dengan barang-barang pelik mereka. Kebanyakan ciptaan mereka sememangnya di luar kotak fikiran kita.
Terbaru, mereka telah mencipta satu alat untuk mendapatkan hidung mancung tanpa melakukan pembedahan plastik.
Alat yang diperbuat dari getah ini hanya perlu dimasukkan ke dalam rongga hidung. Getah yang digunakan juga lembut bagi memberi keselesaan kepada si pemakai.
Wah, kalau mudah seperti ini, ramailah yang hidung kemek, kembang, bulat dan seumpama dengannya nak membeli. Iyalah, siapa tak nak hidung mancung tanpa pembedahan plastik kan? Kena beli satulah. - CARI
Jom, lihat gambar-gambar berikut:
|