Bagi para ladies yang gemar bergambar selfie mahupun mengambil rakan bersama rakan, tahukah anda teknik "say cheese" itu tidak berkesan dan boleh membuatkan gambar anda menjadi tidak cantik?
Memang ia ibarat telah menjadi 'adat' dan budaya bagi penggemar selfie untuk berkata demikian dengan harapan dapat membuat senyuman paling menawan dalam gambar nanti.
Tanpa anda sangka-sangka cara tersebut membuatkan anda tersenyum dengan paksaan dan nampak fake di dalam gambar. Betul tak? Cuba anda teliti semula gambar-gambar, benar atau tidak senyuman anda tampak tidak original dan kelihatan fake?
Caranya: Sebaliknya cara terbaik untuk mengambil gambar tersenyum ialah dengan mengucapkan "money". Cara ini membuatkan anda masih kelihatan tersenyum namun secara lebih semula jadi dan tidaklah nampak seperti dibuat-buat.
Ia juga dapat mengelak anda daripada menghasilkan mimik muka yang kelihatan seperti ingin menangis, senyum tak ikhlas dan wajah masam.
Jom ucapkan 'Money' dan bukannya 'say cheese'! - CARI