|
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Sukan bolasepak adalah sukan nombor satu dari segi popularitinya di Malaysia dan negeri Terengganu merupakan kilang dalam melahirkan beberapa pemain-pemain yang berwibawa seperti Allahyarham Yahya Jusoh, Hairuddin Omar, dan lain-lain. Kejayaan dalam acara bola sepak turut dibuktikan di Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA). Tetapi sayangnya sehingga hari ini Terengganu masih ketandusan kejayaan di dalam kancah liga bola sepak profesional walaupun pasukan-pasukan Terengganu merupakan antara pasukan yang disegani di dalam Liga Malaysia
Oleh itu , Terengganu City Football Club telah diwujudkan hasil inisiatif anak-anak muda yang merasakan denyutan penyokong yang mahukan kejayaan dalam menaikkan martabat bolasepak di Terengganu. TCFC telah berdaftar dibawah Pesuruhjaya Sukan Malaysia pada pertengahan 2016 dan akan menyertai liga bola sepak profesional tempatan yang dikelola oleh Football Association of Malaysia (Official) dan juga Football Malaysia LLP untuk membuat transformasi terhadap bolasepak di Malaysia terutamanya di Terengganu sendiri
Untuk memastikan kejayaan bagi Terengganu City Football Club, beberapa perancangan awal dan jangka panjang untuk kelab ini telah dirangka yang melibatkan kerjasama bersama penyokong. Oleh itu #TCFC mewujudkan slogan “Our Cities, Our Club” yang membawa maksud “Bandar Kita, Kelab Kita” dimana TCFC akan mewakili seluruh bandar-bandar di Terengganu dan dalam masa yang sama menggalakkan penyokong untuk turut serta di dalam industri ini secara langsung dengan menentukan pembangunan kelab ini
Buat masa sekarang TCFC masih beroperasi didalam kewangan yang rendah memandangkan TCFC merupakan sebuah kelab yang baru ditubuhkan. Tetapi beberapa perbincangan usahasama bersama penaja-penaja yang berpotensi telah diadakan bagi merealisasikan impian semua penyokong bagi mempunyai sebuah kelab yang professional dan infrastruktur yang terkini dalam pembangunan dalam bola sepak. TCFC juga mengalu-alukan kerjasama dari syarikat-syarikat, jenama, dan agensi-agensi swasta dan kerajaan yang berminat untuk turut serta dalam pembangunan kelab bola sepak ini
Diharap dengan adanya sebuah kelab bola sepak professional ini dapat merancakkan dan memberi persaingan yang sihat didalam usaha untuk merealisasikan impian rakyat Terengganu untuk meletakkan nama Terengganu di tempat yang sepatutnya iaitu sebagai juara di Malaysia dan seterusnya di Asia. Terima kasih atas sokongan penyokong-penyokong yang telah mencurahkan idea-idea dan membantu dalam menjayakan kelab ini
OUR CITIES, OUR CLUB
PENGURUSAN TERENGGANU CITY FOOTBALL CLUB
|
|
|
|
|
|
|
|
PEMENANG PERADUAN REKABENTUK LOGO TERENGGANU CITY FC
Seperti yang dijanjikan, pemenang bagi peraduan rekabentuk logo #TCFC adalah hasil rekaan Mohd Hafiz Bin Embong.
Presiden Terengganu City FC sangat berpuas hati dengan sambutan yg diberikan oleh peminat untuk peraduan ini dan sukacita dimaklumlan bahawa pemenang tempat pertama, kedua, dan ketiga akan menerima wang tunai beserta sijil dan cenderahati TCFC. Manakala pemenang tempat keempat dan kelima akan menerima cenderahati #TCFC dan juga sijil penyertaan. Pemenang tempat kedua hingga kelima akan diumumkan nanti.
Tahniah kepada semua pemenang!
#WeAreTheSharks
|
|
|
|
|
|
|
|
SISTEM PENGURUSAN KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA'ZIM DIJADIKAN 'ROLE MODEL' OLEH KELAB-KELAB BARU
Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) bakal menerima kunjungan dari Terengganu City Football Club (TCFC) yang ingin mengetahui dan mempelajari cara-cara pengurusan serta hala tuju kelab Harimau Selatan yang telah mengalami perubahan mendadak dalam masa kurang dari empat tahun ini. TCFC ini diwujudkan hasil inisiatif anak-anak muda yang mahukan kejayaan dan menaikkan martabat sukan bolasepak Terengganu sepertimana yang berlaku di Johor melalui kelab yang direvolusikan oleh DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ismail, Tunku Mahkota Johor. Luaskan Kuasamu Johor.
JOHOR DARUL TA'ZIM BEING THE ROLE MODEL FOR NEW CLUBS IN FOOTBALL MANAGEMENT.
Johor Darul Ta'zim Football Club (JDT) will welcome the visit from Terengganu City Football Club (TCFC) who wish to learn and know the direction of the Southern Tigers in managing a football team after witnessing the team's drastic changes in the last 4 years. TCFC was initiated by a group of young people who wanted success in regaining pride for Terengganu's football as how Johor football was revolutionized by DYM Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ismail, Crown Prince of Johor. Luaskan Kuasamu Johor.
Hidup Johor Demi Johor
|
|
|
|
|
|
|
|
Good luck ... |
|
|
|
|
|
|
|
Kaki Jersi Dot Com are in the Shark Pack!
Terengganu City dengan sukacitanya mengumumkan perjanjian penajaan kit latihan yang telah dimeterai dengan jenama Kaki Jersi Dot Com di ibu pejabat #TCFC, Kuala Terengganu pada pagi ini.
Kaki Jersi adalah sebuah syarikat tempatan yang diasaskan pada 1 Mac 2015. Mereka menyediakan perkhidmatan membekalkan jersi yang disediakan secara sublimation dan heatpress mengikut rekaan pelanggan (customised) di samping perkhidmatanperkhidmatan mencetak baju-T.
Kaki Jersi banyak memberi sokongan kepada liga sosial terutamanya di Lembah Klang. Kerjasama mereka dengan TCFC ini ialah pembabitan pertama Kaki Jersi dalam senario bolasepak Liga Malaysia.
Terengganu City akan melancarkan jersi pasukan tempat sendiri, tempat lawan dan ketiga kami secara rasmi dalam satu Majlis Memperkenalkan Rakan Strategik dan Skuad TCFC musim 2017 pada satu tarikh yang akan diumumkan nanti.
Bila tiba masanya nanti kami harapkan anda semua beramai-ramai turun memberikan sokongan kepada The Sharks. Jumpa anda nanti!
-----
Terengganu City are proud to announce our agreement with kit maker, Kaki Jersi Dot Com to sponsor our training kits for the 2017 season, signed at our office in Kuala Terengganu today.
Kaki Jersi is a local enterprise formed on 1 March 2015, specialising in supplying customised jerseys to their customers which can be done through sublimation or heat-pressed.
Their brand have adorned a number of teams in the social leagues especially in the Klang Valley as part of their support to football at the grass-root level. This cooperation with TCFC is their first venture to the Malaysian League scene.
Terengganu City will officially reveal our home, away and third kits together with our strategic partners and playing squad for the 2017 season during an event which we will announce later.
When the time comes we are hoping football fans out there will come and show your support to The Sharks.
#OurCitiesOurClub
#WeAreTheSharks
LikeShow More Reactions
CommentShare
Chronological
|
|
|
|
|
|
|
|
2017 Kaki Jersi Dot Com Terengganu City FC Training Shirt
|
|
|
|
|
|
|
| |
|