Selepas anda sudah menetapkan hari dan tarikh untuk perkahwinan dan juga sudah bersetuju dengan bajet perkahwinan anda, langkah seterusnya adalah untuk mencari tempat majlis perkahwinan. Dari gaya ruang, pendapat orang ramai dan akhirnya akan bergantung kepada anda keputusan untuk menetapkan tempat majlis perkahwinan.
Apa jenis tempat yang anda cari?
Membuat majlis perkahwinan di rumah memang menjadi kebiasaan kepada ramai pengantin, kerana ia dapat mengeratkan silaturahim sesama saudara dan jiran tertangga. Tetapi kebiasaannya kos yang diambil sangat tinggi berbanding membuat majlis perkahwinan di dewan. Maka, anda perlulah bijak untuk mengatur segala perancangan. Walaubagaimanapun, terdapat pelbagai tempat juga yang anda boleh lakukan majlis perkahwinan anda seperti hotel, restoran, taman dan gudang. Jadi tidak menghadkan pilihan anda untuk memilih tempat perkahwinan. Selain itu, anda juga mempunyai banyak pilihan khemah perkahwinan, yang memberikan anda fleksibiliti dari segi hiasan dan gaya kepada meja , kerusi, dan lampu.
Apa yang anda mahu dari tempat majlis perkahwinan anda?
Keutamaan anda adalah untuk menyenaraikan tempat majlis perkahwinan anda dan kemudian baru anda perlu menyenaraikan semua perkara penting, yang membolehkan anda untuk mengesan kesesuaian setiap lokasi ketika anda melakukan penyelidikan anda. Melakukan carian secara online dan mula dengan senarai panjang tempat yang anda suka sebelum menghubungi mereka untuk maklumat lanjut. Anda boleh mempertimbangkan soalan seperti:
*Boleh memuatkan berapa ramai tetamu?
*Barapa anggaran harga untuk struktur perhiasan?
*Adakah harga berdasarkan sewa tempat, harga per kepala, atau ada set pakej?
*Periksa betul-betul apa yang termasuk dalam harga.
*Adakah katering dari rumah atau dari senarai katering yang lain?
*Adakah anda boleh membuat pilihan dengan mana-mana pembekal?
*Adakah mereka sediakan sampel menu yang membolehkan anda lihat dan merasa?
*Adakah terdapat cahaya yang mencukupi untuk jurugambar anda?
*Adakah anda perlu menambah apa-apa lampu tambahan?
*Adakah terdapat banyak ruang diluar?
*Adakah mudah untuk mendapatkan pengangkutan awam?
*Adakah terdapat banyak tempat letak kereta?
*Pilihan kerusi dan meja yang akan anda gunakan?
*Anda perlu memeriksa berapa banyak majlis perkahwinan lain yang mungkin berlaku pada hari atau minggu yang sama seperti anda.
*Berapa bilangan kakitangan yang akan berkhidmat pada hari tersebut?
*Adakah terdapat apa-apa peraturan atau sekatan tertentu seperti penggunaan lilin?
Melawat tempat
Sebaik sahaja anda senarai pendek tempat yang sesuai, anda boleh mula melawat tempat mereka secara peribadi. Bersedia dengan beberapa soalan penting dan memberi perhatian kepada butir-butir kecil, seperti laluan tetamu anda akan ambil, atau terdapat soket kuasa yang cukup untuk muzik band atau DJ anda. Bincangkan dengan tempat itu tentang bagaimana mereka biasa mengatur majlis perkahwinan.
Jangan membuat keputusan terburu-buru
Sebelum menandatangani apa-apa, meminta dahulu untuk melihat pecahan penuh semua kos dalam senarai terperinci yang menunjukkan apa yang ada dan tidak termasuk dalam harga. Memberikan tumpuan kepada sama ada perkhidmatan telah dimasukkan atau tidak dalam harga keseluruhan. Selain itu, anda juga perlu tanya tentang apa yang akan berlaku kepada wang anda dalam hal pembatalan.
Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di
Outletkahwin.comPhoto credits: Google.