CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1495|Reply: 0

4 Produk Kecantikan Wanita Ini Yang Lelaki Pun Boleh Cuba!

[Copy link]
Post time 19-9-2016 04:33 PM | Show all posts |Read mode
oleh Adib Za

Seperti mana wanita, lelaki juga memiliki masalah kulit yang tersendiri. Persoalannya, bolehkah lelaki memakai produk grooming untuk wanita?


Adakah ia menjadikan lelaki nampak seperti wanita? Berkesankah produk wanita terhadap kulit lelaki? Mungkin itu antara persoalan yang timbul.


Sebenarnya tiada salahnya lelaki berkongsi produk grooming seperti pembersih wajah, pelembab wajah dan sebagainya. Namun, bukan semuanya sesuai. Semak produk terbaik yang anda boleh kongsi daripada pasangan anda.




1. Serum mata


Sering melihat pasangan anda bangun tidur dengan lingkaran hitam atau pun mata yang bengkak. Namun, selepas bersiap-siap, wajahnya nampak bersinar tak seperti zombie lagi.


Rahsianya ialah serum mata. Ia boleh membantu bawah mata tampak lebih segar dan menghindar lingkaran hitam. Jika anda mengalami masalah sama, oleskan sedikit serum mata di bawah mata anda setiap pagi.










2. Masker


Kulit wajah lelaki lazimnya lebih berminyak. Menggunakan pencuci wajah semata-mata tidak cukup. Sesekali dalam seminggu, pinjam masker si dia atau pun skrub wajah miliknya.


Ia dapat membersihkan kulit wajah dengan lebih mendalam dan membuatkan anda lebih kacak dan segar!



3. Ubat jerawat


Jerawat timbul di wajah tanpa diundang? Kalau pasangan anda memiliki krim atau ubat jerawat, anda bolehlah menggunakannya.


Ia membantu mengurangkan keradangan dan membunuh bakteria penyebab jerawat.




Foto: Carian google




4. Lip balm


Lelaki memang sering mengalami masalah bibir kering, gelap dan pecah-pecah. Jangan cuba mengatasinya dengan menjilat bibir.


Sebaliknya pinjamlah barangan pasangan anda yang bernama lip balm (bukan lip gloss tau!). oleskan pada bibir, jangan risau ia tidak mempunyai warna sebaliknya membantu kulit bibir tampil lebih bermaya, lembab dan sihat. Yang penting, anda takkan bertukar jadi wanitalah! Jangan risau! - CARI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.087924 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list