View: 5106|Reply: 28
|
mintak pandangan ape patut kau buat kalau dapat tahu ibu kau mesej dgn org lain
[Copy link]
|
|
Edited by samyang at 22-9-2016 09:35 AM
hi korang nak tnya ni ape yg korang akan buat kalau korang dpt tahu ibu korang ada mesej n contact denga lelaki lain. ada sorang kawan aku ni dia baru dpt tahu mak dia msej lelaki lain.ape hubungan diorang kawan aku tak pasti. dah dua bulan lebih aku rasa diorang berhubung. dia tak tahu sape lelaki tu. dia cuma tahu phone number je. tu pon dia amik curi2. dua tiga minggu lepas ada lah kwn aku mengamuk dgn ibu dia.bile dia terbaca whatsapptu. takde lah benda2 tak elok dlam whatsaap tu. diorang bahasakan diri diorang sy awk.pastu kawan aku ingat mak dia dah tak contact lh laki tu sbb mak dia blocked no laki tu kat whatsapp. tp baru2 ni dia terbaca msg kat phone. korang rasa ape patut kawan aku ni buat? either maintain perang tak bercakap dgn mak dia which is berdosa or biar je?
|
|
|
|
|
|
|
|
beria2 bukak thread demi mslh kawan..
atau ni masalah tt?
sb kalau kami bg pendapat n cadangan, tt nk suarakan satu2 ke kat kawan tt? mcm tak je kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
serius ni masalah kawan iols. sbb iols ni pengangur. so takde keje kan. saja je lah nak tahu ada suggestion lain tak
|
|
|
|
|
|
|
|
suruh kawan minta nasihat pada orang yang arif alim
yang dihormati lagi dimuliakan
|
|
|
|
|
|
|
|
mak kwn ko ni ada suami ke tak? |
|
|
|
|
|
|
|
ada babe. tapi aku tak tahu lah macam mana hubungan mak dia dgn bapak dia
|
|
|
|
|
|
|
|
dah tua2 kemaruk whatapps mmg parah beb,semoga mak dia cpt sedar,dah tua2 mula bercinta
susah nak turning back... |
|
|
|
|
|
|
|
kannn. mcm2 lah zaman skrg ni. sejak ada teknologi ni semua makin pelik.
|
|
|
|
|
|
|
|
Biarlah.
Buat apa nak sibuk hal orang.
Kalau makcik tu cerai berai sekalipun dengan suami dia,
Ada kesan ke kat TT?
Bukan parents TT pun kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Keyyra at 20-9-2016 09:33 AM
Samada ianya kawan TT mahupun keadaan keluarga TT sendiri, Ia tetap merupakan satu masalah yang might be TT nak cari jalan keluar daripada permasalahan yang ada ni, Kalau benar ianya kawan TT, nescaya bebanan yang di tanggung olehnya dah tak terbendung,
Bukan senang nak cerita aib, terutama keluarga sendiri.
Nasihat Iols cuma secalit daripada pemahaman tentang penceritaan yang TT cuba sampaikan, Perhubungan tanpa sedar ataupun Perhubungan "Tidak Halal" kerana ibu kepada kawan TT seorang isteri;
Meletakkan diri di tempat kawan TT sudah tentu sedikit sebanyak mengcetuskan perasaan tidak selesa dan juga tidak senang hati,
Secara automatiknya, kwan TT sudah tentu mendikriminasikan Ibunya sebagai perosak rumahtangga, bakal mencipta satu kenangan duka dalam keluarga mereka.
Tersepit di antara, keterbukaan menegur memungkinkan diri sebagai "anak derhaka" mendiamkan diri juga buat jiwa bagai di seksa
rasa bersalah menghadap si Bapa.
Di antara cara atau kaedah yang saya boleh cadangkan;
1- Mencari masa berdua-duaan bersama Ibu (Mencari keterbukaan) untuk mencipta satu permainan "truth or dare" , bersedia menanyakan soalan dan juga bersedia menerima
sebarang jawapan yang memungkin dua keadaan, lebih buruk atau lebih baik.
2- Cuba menyelami dan tidak menuduh secara melulu, Cuba menyelami keadaan Ibu kawan TT dan juga bapanya,
yang berkemungkinan membawa kepada "punca" keadaan ini berlaku.
3- Agak drastik, tapi jika berani atau tidak mahu melibatkan Ibu kawan TT, cuba menyelidiki pemilik no whatssap berkenaan, menyatakan keinginan untuk bertemu ataupun mendesak OKT utk menceritakan situasi sebenar, dan jika semuanya berbukti kukuh adapun jalan penceritaan sebenarnya berada dalam gengaman kawan TT,
seterusnya adalah menghadap mereka berdua, kawan TT perlu menguatkan segala mental dan fizikal, bukan mudah untuk meminta dan menghakimi Ibu sendiri. Tapi cubalah untuk memberi sedikit ruang penerimaan segala sebab-sebab yang akan di nyatakan.
4- Setelah segala perjumpaan dan pengolahan cerita terlaksana, maka kawan TT dan ibu perlulah berbincang samada untuk menceritakan hal sebenar kepada bapa, mahupun meminta si Ibu (Jika di dapati bersalah) melupakan dan memulakan semuanya seperti biasa, Ingat kebijaksanaan tindakan ada semasa kita sedang waras.
Berbalik soal agama (Jika Islam), sesungguhnya berdosa jika Ibu kawan TT didapati bersalah, cuba lah sebaik mungkin membimbingnya kembali, syurga seorang isteri itu di bawah telapak kaki suami, membimbingnya bukan dengan menyatakan "eh Ibu ko dah berdosa, sesuka hati bercinta curang" , berdosa kita sebagai anak, tapi jalannya cuba mengajaknya solat berjemaah bersama, jika kawan TT adalah lelaki sempurnanya jika mengimamkan Ibunya sendiri, cuba mengajaknya mendalami ilmu agama bersama, membantu memnyempurnakan diri bersama ibu kawan TT.
Sorry, Jika Iols berbahas panjang harapnya boleh di terima, dan jika keterlaluan Iols minta maaf,
tapi back to square one,
ALLAH SWT.
Moga kawan TT tabah.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Confront elok elok la dengan mak tu. tak payah gado2. tanya ape masalah dia sampai nak ada laki lain. cakap elok2. dah besar kan. pastu msg laki tu jugak, cakap harap jangan contact mak saya lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
mak ko dah happy dengan laki baru bro. terima je la.
selamat pengantin baru la kat mak ko. Ko lak dapat ayah tiri baru hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Biasalah...banyak kes macam nih..
Isteri@suami org buat perangai macam nih
mengalahkan orang bujang.
nak test market saja.
Tapi kalau dah jodoh tu...SELAMAT PENGANTIN BARU LAH... |
|
|
|
|
|
|
|
suruh je kawan tt tuh screenshot perbualan diorang then kantoikan dgn bapak dia...
semoga dengan harapan mak dia terhantuk dan tersedar... |
|
|
|
|
|
|
|
aku anggap lah ni masalah kau.
aku pernah ada masalah ni beberapa tahun sudah. aku baca mesej dalam henpon bapak aku. dan juga yahoo messenger bapak aku.
seolah dia ada hubungan atau minat dengan seseorang dan asik berhubung dengan orang itu.
pernah terbaca mesej dari belah perempuan - "kata terpaksa (kahwin), tapi anak sampai XX orang."
mesej drpd belah bapak aku- "nampak awak hari tu, cantik nya"
NAK MUNTAH BILA PIKIR. MELUAT. KAHWIN BERAPA PULUH TAHUN ANAK BERDERET. ENTAH APA CERITA DILUAH PADA ORANG.
tapi aku tak bgtahu mak aku pun. paling tensen aku bgtahu kawan baik,
dan mak aku masih lagi bini yg patuh menyediakan keperluan bapak aku smpai skrg.
aku teringat bapak aku pernah cakap mak aku bodoh atas sebab yg takde lah besar sangat. depan aku ni. depan mata aku.
LOST ALL RESPECT.
dan mak aku byk pendam perasaan. tapi aku still tak pernah bgtahu yg bapak aku kemungkinan pernah berkasih dgn perempuan lain.
tak payah nak sibuk rosakkan hubungan orang (mak ayah). cuba baiki hubungan kau dgn mak dan juga hubungan kau dgn ayah.
aku try baiki hubungan dgn mak supaya mak aku tak rasa keburukan drpd belah bapak aku. tapi keburukan bapak aku tetap mengalir dalam diri aku dan adakala rasa meluat jugak dgn diri sendiri sebab banyak ikut perangai dia. tapi mak bapak aku masih suami isteri.
kau kalau tak boleh baiki keadaan, jangan kau rosakkan keadaan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Keyyra replied at 20-9-2016 05:31 PM
Samada ianya kawan TT mahupun keadaan keluarga TT sendiri, Ia tetap merupakan satu masalah yang migh ...
Terbaiklah cik keyyra punye nasihat |
|
|
|
|
|
|
|
miz_butcher replied at 21-9-2016 11:55 AM
Terbaiklah cik keyyra punye nasihat
Taklah. Biasa jjer |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by TravellingBear at 22-9-2016 01:55 AM
duri_durians replied at 21-9-2016 04:49 PM
aku anggap lah ni masalah kau.
aku pernah ada masalah ni beberapa tahun sudah. aku baca mesej dal ...
Fehh..... Kalau ada isu awak masih cantik. Tu exgepren....
Nak nak uol kata dah berpuluh tahun kawen. Mmg confirm ex zaman remaja theyol
Tapi iol mmg ter kagum dgn kematangan uol ...... |
|
|
|
|
|
|
|
macam masalah TT je ni
bwk berbincang |
|
|
|
|
|
|
|
duri_durians replied at 21-9-2016 04:49 PM
aku anggap lah ni masalah kau.
aku pernah ada masalah ni beberapa tahun sudah. aku baca mesej dal ...
Maksud kau tak perlu masuk campur hal mak ayh kau yg tengah masalah? Biar mereka setel sndri cmtu? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|