CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3451|Reply: 10

Siapakah agaknya akan tercalon top 5 CARI Kdrama Awards tahun 2016 ini?

[Copy link]
Post time 12-12-2016 01:47 PM | Show all posts |Read mode
Edited by dauswq at 12-12-2016 02:05 PM


Agak-agak anda sapa calon-calon yang bakal menduduki top 5 CARI 2016 K Drama Awards pada edisi ini?

Penantian yang mendebarkan akan diketahui pada 25/12/2016 ini. Bagi peminat k drama dan pengikut anugerah tahunan, semestinya calon-calon yang bakal menghiasi top 5 bagi kategori-kategori tertentu sedikit sebanyak agak mendebarkan kerana pemilihan calon-calon ini adalah hasil daripada garapan review-review yang ditulis oleh sekumpulan rakyat Malaysia bermula pada awal tahun 2016. Lebih kurang 50 review telah dihantar setakat ini dan penganjur masih lagi menerima penghantaran review sehingga 20/12/2016 ini. Untuk makluman, Legend of Blue Sea, Entourage, Night Live, Weightlifting Kim Bok Joo, Goblin, dan Romantic Doctors Teacher Kim yang sedang rancak ditayangkan tidak dapat dinilai untuk tahun ini kerana tayangannya berakhir selepas tarikh tutup.


Jangkaan penulis: Reply 1988 bakal dicalonkan dalam “Drama of Year”. Park Bo Gum, Ra Mi Ran, dan Sung Dong Il masing-masing diramalkan oleh penulis dalam kategori Best Actor, Best Supporting Actress dan Best Supporting Actor.

Hasil daripada pemerhatian penulis setakat ini, berikut beberapa drama bakal menduduki top 8 “Drama of The Year”. Kategori “Drama of The Year” sangat-sangat ditunggu-tunggu kerana tahun ini terlalu banyak yang dikritik bagus dan juga drama popular yang meraih ratings tertinggi samada melalui cenel KBS, SBS, MBC mahupun tvN. Descendants of The Sun yang berjaya meraih rating lebih daripada 30% antara yang disebut-sebut tercalon secara automatik dalam kedua-dua kategori: Drama of The Year dan Favorite Drama. Descendants of The Sun bukan sahaja popular di South Korea tetapi juga di seluruh rantau Asia termasuk Malaysia sehingga membuatkan nama Song Joong Ki begitu sinonim di kalangan mereka. Namun, apakah review-review ditulis oleh rakyat Malaysia umumnya dapat memberikan jaminan bahawa drama ini dapat tercalon pada anugerah tahun ini? “Descendant of The Sun” yang menampilkan percintaan antara para petugas doktor dan tentera, telah memenangi “Daesang” di 51th Paeksang Drama Awards dan Asian Artist Awards. Selain itu, “Reply 1988” juga tidak kurang hebat  bakal memberi saingan sengit. Drama ini juga begitu popular di forum CARI dan telah berjaya membolot anugerah utama “Best Drama” dalam tvn10 Drama Awards. “Reply 1988” mengangkat tema semangat setiakawan dan kejiranan pada pada 80-an dikatakan siri terbaik berbanding siri Reply sebelumnya.  Di samping kedua-dua drama dinyatakan, beberapa drama lain yang mungkin bersaing merebut tempat dalam top 8 adalah Signal, Doctors, Moonlight Drawn By Clouds, Jealousy Incarnate, Drinking Solo, A Good Wife, Dear My Friend, W-Two Worlds dan Age of Youth . Kesemua drama berikut sememangnya mempunyai tarikan tersendiri. “Signal” dikritik sebagai drama yang terbaik pernah dihasilkan dalam beberapa tahun ini berkisarkan suspens misteri yang dibongkar melalui walkie-talkie daripada dua dimensi masa yang berbeza. Dibantu dengan penulisan yang sempurna sifatnya, teknik pengarahan yang dinamik dan sinemotografi yang agak mengujakan, drama ini ditunggu-tunggu untuk merebut beberapa kategori penting top 5. Moonlight Drawn By Clouds pula berkemungkinan besar tercalon kerana kehangatan drama ini masih terasa di kalangan Malaysia dan Park Bo Gum baru sahaja menjejaki Kuala Lumpur kelmarin. Walaupun dikritik kerana terlalu merapu, namun review yang ditulis setakat ini agak membantu dalam pencalonan awal top 5. Penulis juga tidak melupakan juga  “Jealousy Incarnate”, antara drama kegemaran penulis tahun ini, yang mengisahkan tentang hubungan cinta yang didasarkan melalui kecemburuan. Pencapaian “Jealousy Incarnate” telah menaikkan nama Jo Jung Suk kerana berjaya membawa watak lelaki yang sepatutnya dibenci tetapi disukai.


Antara lakonan paling digemari tahun ini, Seo Hyun Jin ("Another Oh Hae Young") telah meninggalkan impresi mengagumkan melalui watak Oh Hae Young yang gila-gila dan menepati realiti.


Penulis tinggalkan kategori “Best Screenplay” dan “Best Director” untuk penilaian anda dan fokus pula kepada calon-calon acting. Umum diketahui bahawa Jo Jin Woong (“Signal”)  bakal menduduki calon top 5 “Best Actor” buat pertama kali kerana beliau baru sahaja memenangi Daesang pada  tvn10 drama Awards dan 1st Asian Artist Awards. Tetapi, mampukah Jo Jin Woong meraih top 5 “Best Actor” dan menyailang nama-nama hebat lain seperti Song Joong Ki, Lee Jun Ki, Park Bo Gum, Jo Jung Suk, Jang Hyuk, Lee Je Hoon, Kim Rae Won, Lee Jong Suk, Eric Moon, Park Shin Yang dan Seo In Guk ? Siapa tak kenal watak sojar Yoo Shi Jin yang menjadi viral dan ikutan peminat Malaysia, Song Joong Ki mampu meletakkan dirinya dengan mudah di dalam senarai top 5 kali ini setelah beliau meraih daesang dalam APAN Drama Awards baru-baru ini.  Mungkinkah peluang kali ini beralih pada Jo Jung Suk daripada Jealousy Incarnate, yang pernah mendapat pencalonan sebelum ini melalui kategori Best Supporting Actor? Ataupun Lee Je Hoon meraih pencalonan Best Actor buat pertama kali sejak memenangi Best Supporting Actor dalam 3rd CARI Kdrama Awards? Tetapi, jangan diduga kemampuan Jang Hyuk yang lebih kuat dengan karakter doktor tak berperasaan yang dilakonkannya dalam Beautiful Mind.


Nam Goong Min ("Remember") telah berjaya melakonkan watak Nam Gyun Man yang begitu psikotik dengan penyakit ‘narcissist disorder’ yang dhidapinya membuatkannya sangat dibenci kerana betapa jahat dan sadisnya dalam drama berkenaan.

Kita meneroka kategori “Best Actress” pula.  Kategori “Best Actress” tahun ini paling kompetitif sejak CARI K Drama Awards dianjurkan. Masakan tidak, aktress yang terkenal melalui filem sebelum ini turun padang membintangi drama-drama tv menjadikan persaingan top 5 “Best Actress” paling ketad sejak beberapa tahun ini dan mereka yang tercalon adalah terbaik daripada semua aspek. Bermula dengan  Kim Hye Soo melalui Signal, Kim Hye Soo berjaya menunjukkan dua personality yang ketara akibat perbezaan masa. Lakonannya menyebabkan dia menyapu bersih “Best Actress” di 51th Paeksang Drama Awards dan tvn10 Drama Awards. Nama-nama lain yang disebut adalah Jeon Do Yeon (“A Good Wife”), Seo Hyun Jin  (“Another Oh Hae Young”), Han Hyo Joo (“W”) , Song Yun Ah (“K2”), Kim Go Eun (“Cheese In The Trap”), Gong Hyo Jin (“Jealousy Incarnate”), Han Ye Ri (“Age of Youth”), UEE (“Marriage Contract”), Kim Yoo Jung (“Moonlight Drawn By Clouds”), dan Song Hye Gyo (“Descendants of The Sun”). Untuk rekod, Han Hyo Joo meraih Best Actress di 5TH Apan Drama Awards.


Song Joong Ki ("Descendants of The Sun") yang begitu sinonim dengan peminat Malaysia berkemungkinan besar akan tercalon sekali lagi merebut TOP 5 Best Actor, yakni merupakan pencalonan ke-2 beliau sejak memenanginya pada 1st CARI Kdrama Awards.


Bagi kategori supporting pula, “Best Supporting Actor” bakal dipelopori oleh pelakon Nam Goong Min sekali lagi menerusi drama “Remember”. Beliau gagal memenangi anugerah ini pada tahun lepas setelah tewas pada Jo Jae Hyun (“Punch”). Kemungkinan besar calon supporting kali ini akan didominasi oleh pelakon-pelakon dari drama “Reply 1988”. Nama-nama seperti  Sung Dong Il, Choi Mo Sung dan Ryu Jun Hyeol bakal memenuhi slot. Yoo Jae Myung (“Mrs Temper & Nam Jung Gi”), Kang Ha Neul (“Scarlet Heart: Ryeo”) , Go Jung Pyo (“Jealousy Incarnate”), Jin Goo (“Descendant of The Sun”), Kim Eui Sung (“W”) dan Ma Dung Sok (“38 Police Unit”) juga disebut-sebut . Untuk rekod, Nam Goong Min, Kim Eui Sung dan Jin Goo menunjukkan kecemerlangan kerana tercalon dalam beberapa anugerah dan menang menerusi 5th APAN Drama Awards.

Calon “Best Supporting Actress” akan menyaksikan kelainan. Calon-calon muda akan menghiasi pencalonan kali ini. Siapa dapat lupakan acik ‘cheetah’ , Ra Mi Ran dalam “Reply 1988” dan acik sewel, Ye Ji Won dalam “Another Oh Hae Young” yang mampu untuk menempatkan mereka dalam top 5. Tak dilupa juga, Kim Ji Won (“Descendants of The Sun”), Lee Sung Kyung (“Cheese In The Trap”) , Kim Hye Ja (“Dear My Friends”), Nana (“A Good Wife”), Park Eun Bin (“Age of Youth”), dan Oh Yeo Soo (“Please Come Back Mister) yang mampu menidakkan mereka untuk tersenarai.

Selesai penulis mengemukakan calon ramalan, anda pula bagaimana? Apakah calon-calon anda ramalkan bakal duduki top 5? Apapun, penilaian calon top 5 di atas ditentukan oleh anda sebagai peminat Malaysia menerusi review-review yang ditulis. Jangan lupa untuk menghantar review sebelum 20/12/2016. Untuk pengguna forum CARI, cara untuk menghantar review adalah dengan menjawab surveysheet dilampirkan dalam kotak berwarna biru dalam setiap muka depan thread drama di forum CARI . Bagi yang bukan pengguna forum CARI, anda boleh klik terus link di bawah untuk melihat senarai drama untuk anda menghantar ulasan. Anda yang tentukan calon berhak menduduki top 5 tersebut! Pencalonan kategori popular juga masih dibuka sehingga 20/12/2016.

(Disclaimer: Penulis belum menonton drama Age of Youth, Dear My Friend, Drinking Solo, 38 Ploice Unit, Neighborhood Lawyer Jo Deul Ho, Scarlet Heart:Ryeo  tetapi diramalkan berdasarkan kupasan-kupasan positif oleh peminat k drama dan anugerah-anugerah penting k drama dimenangi sebelum ni. Ramalan penulis tiada kaitan dengan results top 5 CARI 2015 K Drama Awards kerana results diuruskan auditor-auditor yang mengira markah berdasarkan review-review yang anda hantar.)

Kemasukan Review: KLIK SINI
Untuk Pencalonan Kategori Popular:
TENTATIF ANUGERAH: http://kmania.org/undian-5th-cari-kdrama-awards-dibuka/


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-12-2016 01:58 PM | Show all posts
@wima  @Syik_Gojet   @qis13 @alien88 @annisa_kyra @ohnoLia @gerbera.memopad @idakamaruddin  @ rukia2  @YoonArang  @rei_fiesya  @thafly  @nadie90 @WeAiNe  @olnkrm @wanzulina   @idadae  @spankee_fili  @Yoongie @nada89  @pauliza  @chippotato  @bdhia @mayutaka @mushroomsup
@runaway_dida

Tarikh tutup 20/12/2016 untuk submit review & pencalonan popular.
Link untuk pencalonan boleh dirujuk di atas.




Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2016 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah best best pom pom pom pom
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2016 02:12 PM | Show all posts
ohnoLia replied at 12-12-2016 02:11 PM
Wah best best pom pom pom pom

sila antar sblm Selasa minggu depan.


Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2016 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
scarlet heart ryeo tetap mempunyai tempat spesel di hati meols..
biarpun tak letak harapan menggunung, sekadar berharap dapat tengok lee junki di red carpet pun memadai..
diriku tidak mampu move on and turn away from 4th prince wang so...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2016 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Descendants of The Sun & Doctor Crush!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-12-2016 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
dauswq replied at 12-12-2016 01:58 PM
@wima  @Syik_Gojet   @qis13 @alien88 @annisa_kyra @ohnoLia @gerbera.memopad @idakamaruddin  @ rukia2 ...

Utk pencalonan popular tu kalu kurang dr 5 pencalonan blh ke?...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2016 05:57 PM | Show all posts
bdhia replied at 14-12-2016 05:51 PM
Utk pencalonan popular tu kalu kurang dr 5 pencalonan blh ke?...

boleh saje

klu tak letak langsung utk sesetengah kategori tertentu pun tak per.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2016 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
dauswq replied at 14-12-2016 05:57 PM
boleh saje

klu tak letak langsung utk sesetengah kategori tertentu pun tak per.

Ok...nnt iols antr..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2016 09:24 PM | Show all posts
remember (nam goong min) tu drama mana pulak yer? aku mcm konpius antara remember you (seo in guk, park bo gum dan ada nam goong min jgak ke?), remember (yoo seung ho kot?)  eh entahla tu tahun bila punya ntah.. pastu remember yg ni pon ada nam goong min lagi..?
mcm menarik.. aku suka lakunan ahjussi nam goong min ni.. tp mcm tak sempat nak tengok sebelum award..

review pun tak hantar2 lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2016 10:33 PM | Show all posts
Aku cuti kdrama tahun ni. Aku mudah give up/menyampah bila dah ramai sgt Kpop Kdrama fans in my social circle yg perangai over mcm tak pernah tgk jantan dahi licin . Biarlah skrg aman2 dulu dgn hero dr negara Doraemon je

Kalau Jang Nara or Han Ji Min ada drama next year, blh la aku terjebak blk.


Anyway, mcm 2 kdrama je aku tgk this year. One More Happy Ending (Jang Nara) & Baek Jee Has Returned (Kang Yewon). So, tak layaklah nak mencalonkan sesapa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:24 PM GMT+8 , Processed in 0.066244 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list