Hampir semua orang tertarik untuk membincangkan topik mengenai seks, tetapi hanya sedikt daripada mereka yang mampu menunjukkan minat terhadap topik berkenaan secara terang-terangan.
Menurut portal KOMPAS.COM, mereka menemukan lima fakta menarik berhubung seks yang pernah mereka kupaskan sejak setahun yang lalu.
Nak tahu apa fakta menarik mengenai seks yang dapat anda praktikkan ketika ingin mengadakan hubungan intim dengan pasangan? Jom lihat:
1. Cahaya lampu mempu merangsang libido lelaki
Menurut hasil kajian dari Universiti Siena, penggunaan lampu putih dapat menggantikan cahaya matahari yang dapat meningkatkan hormon testosteron hingga tiga kali ganda!
2. Kereta dianggap lokasi bercinta paling seksi
Sumber foto: Carian Internet
Sebuah kajian yang dijalankan Universiti South Dakota, lebih separuh responden mereka bersetuju bahawa mengadakan hubungan seks di dalam kereta memberi suatu sensasi berbeza dan lebih berghairah jika dibandingkan dengan lokasi lain.
3. Wanita anggap seks sebagai beban
Sumber foto: www.theodysseyonline.com
Sementara itu, Healthy Women’s WomenTALK mendapati wanita hanya melakukan hubungan seksual dengan suaminya hanya sekali dalam seminggu. Majoriti wanita beranggapan hubungan seksual adalah suatu beban dan tidak menikmatinya, malah mengatakan seks bukan suatu keutamaan kepada mereka.
4. Kebanyakan wanita tidak suka posisi seks 'reverse cowgirl'
Sedikit sebanyak, anda pasti terdedah dengan pengetahuan mengenai beberapa posisi seks yang boleh dilakukan, bukan?
Namun, anda harus tahu bahawa reverse cowgirl atau posisi di mana wanita membelakangkan suami ketika berada di atasnya adalah posisi yang paling tidak disukai wanita.
5. Awas! Wanita lebih rela 'menghadap' telefon bimbit daripada melakukan seks
Sumber foto: Carian Internet
Hairan ya, apabila sebuah aplikasi kecergasan, Life Time Fitness mendapati 64 peratus daripada 1200 responden menolak daripada mematikan telefon bimbit mereka manakala 60 peratus bersetuju untuk tidak melakukan seks selama sebulan demi menjaga tubuh.
Dalam pada itu, terdapat kajian lain menyatakan ada juga kaum lelaki yang beranggapan menonton bola lebih penting daripada melakukan hubungan seks.
Wah! Adakah fakta di atas sama dengan situasi yang anda hadapi ketika ini? - CARI |