CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2271|Reply: 11

ALIRAN PEMIKIRAN BARU

 Close [Copy link]
Post time 8-2-2017 02:02 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 8-2-2017 06:26 PM

GERAKAN ALIRAN PEMIKIRAN BARU DAN CABARANNYA KEPADA UMAT ISLAM



Sumber: MUHAMMAD ’UTHMAN EL-MUHAMMADY


Yang dimaksudkan ’gerakan aliran pemikiran baru’ dalam nota ini ialah aliran pemikiran yang merangkumi pemikiran-pemikiran sama ada yang datang dari Barat zaman moden, atau yang baharu muncul di Dunia Melayu, ke dua-duanya dikirakan ’baru’ bagi kawasan Dunia Melayu ini, khususnya Malaysia.

Dan yang dimaksudkan ’cabaran’ itu ialah antaranya sebagaimana yang didapati dalam ’Kamus Dewan’: 1.’hasil mencabar (mempersoalkan, mempertikaikan’), 2.’ajakan (untuk berlawan dsb); 3.’sesuatu (unsur, faktor, dsb) yang mencabar (menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi dll) – (Kamus Dewan, DBP, 2007 hlm 232); -mencabar: ’menyatakan keraguan akan kesahan atau kebenaran sesuatu,mempersoalkan, mempertikaikan (Kamus Dewan hlm 231); ’mengajak berlawan, (bertanding, berkelahi) menentang, menyuruh melakukan sesuatu kalau berani; ’menguji kemampuan dan ketabahan seseorang dll (bkn pekerjaan, tugas, usaha dsb) (Kamus Dewan, hlm 232.)




Antara cabaran-cabaran itu ialah cabaran kepada agama aliran arus perdana umat ini-yakni Ahlissunnah wal-Jamaah; ertinya ialah cabaran terhadap akidah, yang merosakkannya; termasuk ke dalam erti ini ialah cabaran kepada hidup kerohanian, yang  memusnahkannya, menjadikannya tidak ada, atau tidak berkesan; – cabaran terhadap akhlak dan moral; ringkasnya – cabaran terhadap agama yang menjadinya kurang atau  tidak berkesan amalannya dalam hidup masyarakat.



  • Antaranya cabaran masyarakat yang terlalu bersifat kebendaan yang      berlebihan kerana budaya ’konsumerisme’, dengan – masyarakat ’consumerist culture’ yang melihat hampir-hampir semua perkara dianggap sebagai ’barangan’;
  • cabaran kepada keselamatan umat dan negara
  • cabaran kepada perpaduan umat Islam yang sepatutnya menjadi contoh perpaduan, yang menjadi berpecah belah akibat fahaman yang pelbagai jenisnya yang bercanggah dengan pemikiran arus perdana Islam dan yang menggugatnya;.
  • termasuk ke dalamnya ialah cabaran menjayakan ’al-din al-nasihah’ sebagaimana yang dihuraikan dalam pemikiran arus perdana Islam, yang banyak terbengkalai dan tidak terlaksana, seolah-olah gantinya ialah ’al-din al-’adawah’ (’agama ialah bermusuh’)
  • cabaran terhadap institusi-institusi umat Islam yang dipertikaikan oleh kerana gerakan NGO-NGO luar yang mempengaruhi setengah NGO-NGO dalam negera secara negatif, kalau dulunya institusi-institusi ini tidak berani disentuh

Bentuk-bentuk cabaran itu antaranya yang berupa gerakan seperti yang berikut :



Islam Liberal:


Islam Liberal yang sedang mengancam keberadaan agama Islam beraliran arus perdana di Malaysia dan di Dunia Melayu.

Aliran ini antaranya boleh dilihat elemen-elemennya dalam buku suntingan Leonard Binder ’Islamic Liberalism’, buku suntingan Charles Kurzman, ’Liberal Islam A Source Book’; ia juga boleh dilihat dalam himpunan tulisan-tulisan seperti ’Islam Liberal dan Fundamental Sebuah Pertarungan Wacana’, yang di dalamnya ada karangan-karangan oleh Abdurrahman Wahid, Mustafa Bisri, Haidar Baqir, Ulul Abshar Abdalla, Goenawan Mohamad, dan Benny Susetyo.

Dalam pendahuluannya kepada buku ’Liberal Islam’ Charles Kurzman menyebut tentang ’modes of Liberal Islam’ (hlm 13-26) dengan menggariskan beberapa ’unsur’nya seperti ’Syariah yang liberal’, ’Syariah yang senyap’ dalam hubungan dengan perkara-perkara yang Syariah ’senyap’ tentangnya, penentangan terhadap ’theodicy’, atau perlaksanaan Syarak sebagai hukum Tuhan, ’Syariah yang ditafsirkan’ dengan menekan Syariah yang ditafsirkan oleh manusia; walaupun ia berasal dari sumber rabbani, ia tafsiran manusia; oleh itu tidak sunyi daripada tersilap.

Ini disusuli dengan penerangan tentang penentangan terhadap ’theodicy’, sokongan terhadap demokrasi Barat, hak-hak wanita secara Barat, hak-hak bukan Islam, kebebasan berfikir, dan akhirnya kemajuan.




Kalau pendekatan Leonard Binder ialah membentangkan pemikiran beberapa tokoh Timur Tengah (terutamanya Mesir) dalam penentangannya terhadap Barat, Charles Kurzman mengambil pendirian menonjolkan beberapa tokoh liberal dalam Islam yang menentang Islam itu dari dalam Islam itu sendiri, sebagaimana yang dinyatakannya dalam pendahuluannya.(halm. 13).



Di Dunia Melayu, kita boleh melihat elemen-elemen Islam Liberal antaranya dalam tulisan Ulil Abshar ’Menyegar kembali Pemahaman Islam’ dalam buku suntingannya Islam Liberal & Fundamental’.

Di dalam tulisannya beliau menyatakan dengan terang bahawa yang dikehendakinya ialah ’penafsiran Islam yang non-literal, substansial, kontekstual, dan sesuai dengan denyut nadi peradaban manusia yang sedang dan terus berubah’ (hlm 8), Juga ia ’(penafsiran) yang dapat memisahkan mana unsur-unsur di dalamnya yang merupakan kreasi budaya setempat, dan mana yang merupakan nilai fundamental.

( NOTA SAYA : lihat elemen religio ethics :manifestasi : alah  ini budaya arab , menutup aurat tu budaya aurat zaman arab  dulu kan...inilah yg penulis cuba nak bawa dalam perenggan di atas yg ditegur oleh Dr Muhammad El Muhammady )



Kita harus bisa membedakan mana ajaran dalam Islam yang merupakan pengaruh kultur Arab dan mana yang tidak’ (hal.8).
( nota : yups tulisan liberal muslim di atas as exactly )

Seperkara lagi ialah beliau mahu supaya ’umat Islam hendaknya tidak memandang dirinya sebagai ’masyarakat’ atau ’umat’ yang terpisah dari golongan yang lain.

Umat manusia adalah keluarga universal yang dipersatukan oleh kemanusiaan itu sendiri…’ (hal. 8).
Natijahnya boleh kita lihat dalam kenyataannya sendiri bahawa ’Segala produk hukum Islam klasik yang membedakan antara kedudukan orang islam dan non-Islam harus diamademenkan (yakni diubah –uem) berdasarkan prinsip kesederajatan universal dalam tataran kemanusiaan’ (hal.9).

( NOTA SAYA : ini scarry dan sangat salah !!! kan elemen liberal ini )


Berikutnyta beliau menyatakan bahawa ’kita membutuhkan (yakni memerlukan –uem) struktur sosial yang dengan jelas memisahkan mana kekuasaan politik dan mana kekuasaan agama.
Agama adalah urusan peribadi; sementara pengaturan kehidupan publik adalah sepenuhnya hasil kesepakatan masyarakat melalui prosedur demokrasi.’(hal.9)

Dengan itu katanya ’tidak ada yang disebut ’hukum Tuhan’ dalam pengertian seperti dipahami kebanyakan orang Islam [termasuk yang difahami oleh imam-imam mujtahidin, dan ulama, bahkan failasuf seperti ibn Rushd dengan ’Bidayatul-Mujtahid’nya,  serta yang terkandung dalam teks-teks seperti ’al-Fiqh ’ala l-madhahib al-arba’ah’ oleh al-Jaziri dan ’al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh’ oleh al-Zuhaili itu-uem]. Katanya ’Misalnya hukum Tuhan tentang pencurian, jual beli, pernikahan, pemerintahan, dan sebagainya …’(hal.9). Dengan ini seluruh hukum Islam yang diijmakkkan dalam umat terbatal semuanya.

Subhana’Llah.

(NOTA SAYA: sounds familiar right , tentang unsur manifestasi pemikiran mereka  yg selalu mengenepikan pandangan tradisi kelilmuan yg berusia 1 000 lamanya - so sebab tu thinsg like hadith or  whant not depa sceptics )




Sebagai natijah daripada pendekatan ini juga, Ulil mengaitkan Nabi saw dengan ’mitos yang dikagumi’, lalu ia menyatakan pendiriannya: ’Rasul Muhammad saw adalah tokoh historis yang harus dikaji dengan kritis (sehingga tidak hanya menjadi mitos yang dikagumi saja, tanpa memandang aspek-aspek beliau sebagai manusia yang juga banyak kekurangannya) … (hal.9-10).

Pandangan nabi saw ’yang banyak kelemahan-kelemahannya’ bercanggah dengan Quran, sunnah dan ijma’; apa lagi bila diingatkan para anbia dengan sifat ma’sum mereka sebagaimana yang ada dalam pendirian arus perdana Islam.



Natijahnya juga padanya ialah bahawa ’setiap nilai kebaikan , di manapun tempatnya, sejatinya adalah nilai Islami juga.Islam-seperti pernah dikemukakan oleh Cak Nur dan sejumlah pemikir lainnya adalah ’nilai generis’ yang bisa ada di Kristian, Hindu, Budha, Konghucu, Yahudi, Taoisme, agama dan kepercayaan lokal, dan sebagainya. Bisa jadi, kebenaran ’Islam’ bisa ada dalam filsafat Marxisme.’(hal.11). Katanya ’Saya tidak memandang bentuk tetapi isi…’

( NOTA SAYA : lihat Cak Nur ? yes ini tokoh liberal islam di indonesia )


Tentang wahyu, yang disederetkan sama dengan pemikiran manusia, sebagai wahyu ’nonverbal,  katanya ’Bagi saya. Wahyu tidak terhenti pada zaman nabi; wahyu terus berkerja dan turun kepada manusia.Wahyu verbal memang telah selesai dalam al-Qur’an, tetapi wahyu nonverbal dalam bentuk ijtihad akal, manusia terus berlangsung’ (hal.10).



Inilah setengah daripada pendirian-pendirian ’Islam Liberal’ yang ada di Dunia Melayu yang bercanggah dengan Islam arus perdana yang menjadi pegangan rantau ini dari dulu sampai sekarang. Nampaknya ’Islam Liberal’ yang ada di Dunia Melayu ini benar-benar terpengaruh dengan nuansa ’Islam Liberal’ yang ditaja oleh tokoh-tokoh seperti Leonard Binder dan Charles Kurzman.




Syiah

Dalam hubungan dengan gerakan Syiah, walaupun ia terlarang di Malaysia melalui fatwa resmi, ia berkembang secara senyap; ia mempunyai akidah yang pada pokoknya berlawanan dengan arus perdana aqidah Islam. Antaranya aqidah imam ma’sum yang menyatakan bahawa ’para imam (Syiah) itu mempunyai makam yang terpuji, darjah kerohanian yang tinggi dan kedaulatan memerintah alam semesta (khilafah takwiniyyah) yang tunduk kepada otoritasnya atau kekuasaannya semua atom-atom alam ini’ (Khumeini, al-Hukumah al-Islamiyyah, hal 52); dan para imam itu tidak tersalah dan tersilap, dan darjah mereka sedemikian tinggi sehingga tidak tercapai oleh malaikat muqarrabin dan nabi yang mursal (melainkan nabi Muhammad saw).


Aqidah tentang kafirnya para Sahabat juga merupakan aqidah mereka.Ini antaranya ternyata dalam teks klasik Syiah yang masih menjadi rujukan sampai sekarang iaitu ’Rijal al-Kashshi’ (’Rijal al-Kashshi’ oleh Abu Jaq’far Muhammad bin al-Hasan al-Tusi, jilid 1 riwayat ke 12 bertajuk ’Salman al-Farisi’). Di dalamnya dinyatakan bahawa ’para Sahabat murtad (irtadda’n-nas) selepas wafat Rasulullah saw melainkan tiga’ iaitu Salman al-Farisi, Abu Dharr al-Ghifari dan Miqdad bin al-Aswad.
Mereka menganggap Sahabat-sahabat seperti Abu Bakar, Umar dan Uthman – Allah meredhai mereka – dengan permusuhan yang sebesar-besarnya.

Implikasi daripada pegangan ini ialah ia meruntuhkan Islam itu sendiri sebab para Sahabat adalah pemimpin umat yang menyampaikan kepada mereka Quran dan Sunnah serta maklumat tentang sejarah awal Islam. Ini gambaran yang sehabis-habis berat tentang Rasulkullah saw juga, sebab ia menggambarkan bahawa baginda gagal melahirkan manusia yang beramanah dalam sejarah Islam.


Aqidah tentang Quran Siti Fatimah (Mushaf Fatimah) juga menjadi pegangan Syiah Imamiah yang ada sekarang ini. Mereka mempunyai pegangan bahawa Quran yang lengkap tiga kali ganda besarnya daripada Quran Mushaf Uthmani; Quran itu ada pada imam ghaib mereka yang akan dikeluarkan bila ia datang ke dunia. Sekarang imam itu berada dalam ghaibah kubra. Sekarang mereka sedang menanti kemunculan imam yang ghaib itu untuk memberi kepada mereka Quran yang lengkap sempurna itu. (Lihat ’al-Kafi’ fil-Usul’ kitab al-hujjah bab berkenaan dengan sebutan al-sahifah wal-jafr, edisi Tehran, jilid 1 hal.239-241).


Aqidah raj’ah merupakan satu daripada pegangan mereka. Maksudnya sebelum berdirinya kiamat manusia dihidupkan semula (raj’ah), untuk dihukumkan kerana, misalnya mereka tidak menjadikan Ali rd sebagai khalifah selepas nabi Muhammad saw. Maka para sahabat dan orang-orang Ahli Sunnah akan dihukum oleh imam Mahdi mereka –Muhammad bin Hasan al-Askari- oleh kerana jenayah yang besar ini yang menyebabkan mereka menjadi kafir. Na’udhu billahi min dhalik. (Lihat ’Butlan ’Aqa’idal-Shi’ah’ oleh al-Tusnawik, hal. 103-104.)


Seperkara lagi ialah sikap mereka yang tidak mengakui keabsahan kerajaan Islam, melainkan kerajaan zaman Ali rd dan kerajaan imamiah yang ada sekarang. Ketaatan mereka kepada pemerintahan itu hanya kerana kepentingan duniawi; kerajaan yang sah ialah kerajaan di bawah imam Syiah (Shiah super-state).


Amalan taqiyyah merupakan satu rukun dalam pegangan mereka. Taqiyyah ialah sikap berpura-pura dalam menjalankan kehidupan. Misalnya kalau mereka boleh memendamkan kebencian terhadap orang Ahlus Sunnah dan sembahyang di belakangnya sebagai taqiyyah, itu amat besar pahalanya di sisi mereka.


Mereka juga mengamalkan kahwin mut’ah atau kahwin kontrak, yang boleh berlangsung dalam masa yang pendek atau masa yang panjang; misalnya untuk sehari, sebulan, tiga bulan, setahun dan seterusnya. Ini boleh berlaku tanpa wali dan saksi. Habis masanya mereka berpisah menuju haluan masing-masing dengan tidak ada apa-apa tanggungjawab. Dalam teks Khumeini ’Tahrir al-Wasilah’ kahwin ini boleh dibuat dengan isteri orang sekalipun, hanya ini makruh katanya.

Subhana’llah.


Akidah ini sedang berkembang secara senyap di negeri ini. Ia mesti diwaspadai supaya Muslimin yang Ahlissunnah hendaklah jangan terikut-ikut dengan ajaran ini kerana ia memusnahkan agama dan juga menjadi ancaman kepada keselamatan negera .



Wahhabiah

Gerakan Wahhabiyyah juga merupakan satu gerakan yang mencabar Ahlissunnah dan keselamatan negara. Secara ringasnya antara elemen-elemen ajaran ini adalah seperti berikut:

  • Huraiannya tentang ’la ilala illa’Llah’ yang tidak mengikut arus perdana umat.
  • Ini kerana diterangkan bahawa seseorang itu selamat nyawanya dan hartanya hanya bila ia memenuhi lima syarat dalam menunaikan syahadahnya, iaitu dengan mengucap la ilaha illa’Llah …’ dua dengan memahami maknanya, tiga dengan berikrar tentangnya, empat dengan menyeru tidak kepada yang lain sebagai Tuhan melainkan Allah, lima dengan kufur terhadap yang lain yang disembah selain daripada Allah.
  • Bila ke lima-lima syarfat ini ditunai baharulah seseorang itu selamat tidak dibunuh dan hartanya tidak diambil. Huraian yang seperti ini tidak ada dalam Ahlissunnah.
  • Sebab itu nyata dalam kisah seorang sahabat bahawa ia dimarahi oleh Rasulullah saw bila ia membunuh seseorang yang mengucap ’la ilala illa’Llah’, katanya orang itu mengucap hanya kerana takut kepada pedang.
  • Sikapnya yang menganggap Adam dan Hawwa alaihimassalam syirik dalam ketaatan (’al-shirk fi’t-ta’ah) dalam hubungan dengan ayat yang bermaksud ’maka mereka berdua menjadikan baginya sekutu-sekutu kerana ni’amat yang dikurniakan kepada mereka berdua’ ( al-A’raf:189); yakni ditafsirkan bahawa Adam dan Hawwa bersikap syirik terhadap Allah bila Allah kurniakan kepada mereka berdua anak yang selamat dengan mereka berdua menamakan anaknya Abdul Harith. Harith ialah nama Syaitan.
  • Ini terdapat dalam Kitab al-Tauhid oleh Muhammad bin Abdil Wahhab.
  • Sikap orang Wahhabi yang menganggap al-Busiri penggubah kitab ’al-Burdah’ itu sebagai syirik antaranya kerana ada bait seperti (yang bermaksud) ’Siapakah lagi wahai penghulu orang yang kamu boleh minta perlindungan pada hari bila kebencanaan turun atas semua (tanpa kecuali)?’ walhal yang dimaksudkan ialah syafaat al-uzma yang diharapkan oleh makhluk sewaktu menanti hisab di Mauqif di Mahsyar.
  • Memang sikap golongan ini terkenal dengan mudahnya mereka mengkafirkan atau mensyirikkan dan membidahkan orang lain yang tidak sealiran dengan mereka.


Mereka membahagikan tauhid kepada tiga –tauhid rububiyyah, uluhiyyah dan asma’ wassifat, yang dipisah-pisahkan antara satu dengan yang lain-lainnya.

Dengan itu mereka menganggap Abu Jahal dan Abu lahab adalah ikhlas dalam tauhid mereka, iaitu tauhid kategori rububiyyah, walhal dalam seluruh sejarah Islam, apa lagi zaman salaf, tidak ada ulama yang menganggap Abu Lahab dan Abu Jahal sebagai ahli tauhid yang ikhlas, walau apapun jenis tauhidnya itu!


Dan ayat yang mereka gunakan untuk memberi dalil tentang perkara ini adalah meleset (Ankabut:65) dan yang sepertinya, kerana ayat itu ayat memperli golongan itu (darb mina’t-tahakkum) (ضرب من التهكم); yang dikatakan ikhlas mereka itu hanya pada rupa lahir sahaja bukan sebenarnya; kalau ikhlas sebenarnya mereka tidak mungkin dibawa oleh syaitan menyembah berhala semula sebagaimana yang disebut di hujung ayat itu. Pembahagian tauhid yang sebeginilah yang membawa mereka kepada perbuatan menentang Othmaniah dalam sejarah itu dan membunuh Muslimin yang tidak berdosa. Subhana’Llah. (Ini jelas dalam ’Tarikh Najdin’ oleh ibn Ghannam dan ’Unwan al-majdi’ oleh Uthman ibn Bishr al-Najdi).


Akibat daripada penafsiran agama begini timbullah sikap ’anti-establishment’ yang ada pada golongan ini. Kalau mereka berkembang menjadi kuat dan berpengaruh negara tidak selamat.
  Dalam Ahlissunnah wal-Jamaah tidak ada sikap ’anti-establishment’; yang ada ialah ’al-din al-nasihah’.


Selain daripada itu ialah sikap mereka senang membid’ahkan orang lain kerana amalan-amalan seperti ’talqin’, berselawat beramai-ramai, berdoa dan mengaminkan doa beramai-ramai lepas sembahyang, wirid beramai-ramai lepas sembahyang, tarekat dan tasawwuf, tahlil arwah, dan yang sepertinya.

Ini semua telah diputuskan dalam tahun lima puluhan lagi dalam ’Muzakarah Ulama Se Malaya’ waktu ulama-ulama yang sangat kanan, masih hidup. Dan tidak timbul penentangan terhadap amalan-amalan itu. Tetapi golongan ini tidak menghormati siapapun. Saya menyebut ini adalah ’intellectual cowboyism’. Subahana’Llah.



Kita perlu pastikan bahawa fesyen berfikir dan memahami agama yang bukan arus perdana ini tidak berkembang di kalangan kita. Biarlah ia berada dalam negerinya sendiri; sebagaimana yang disesbut oleh Imam Abu Zahrah rh dalam bukunya ’Tarikh al-madhahib al-Islamiyyah’ kalau aliran ini ada pada negerinya, itu tidak menjadi masalah, tetapi bila ia berkembang di negeri-negeri lain timbul masalah. Yang menjadi keleliruan besarnya ialah mereka anggap merekalah Ahlissunnah yang sebenarnya, yang lain tidak.




Pemikiran secara sekular

  • Pemikiran secara sekular maksudnya ialah mereka yang terpengaruh dengan cara berfikir memisahkan agama daripada ruang awam (bukan hanya politik); ini perlu difahami dengan cermat dan tepat sebab Ahlissunnah berpendirian tidak boleh sesiapa mengkafirkan orang Islam walaupun kerana dosa besar, kecuali kerana kufurnya itu sendiri.
  • Semua perkara masih terkawal di bawah hukum yang lima.
  • Kita tidak boleh meninggalkan pengkategorian amalan dan sikap manusia di bawah hukum yang lima ini dan menggantikannya dengan ’ini sekular’, ini ’Islam’ dengan begitu sahaja tanpa memperincikan perkara itu dari segi hukum yang lima itu.
  • Dan istilah sekular dan sekularisme itu hendak digunakan dengan merujuk kepada teks-teks asal di Barat sebab itu muncul dari kalangan mereka; bila kita camkan ertinya yang asal dengan penggunaannya baharulah kita fahamkan kedudukannya dengan membandingkannya dengan kerangka intelektuil yang ada pada kita. Dan kerangka hukum lima itu kita gunakan, sebab ia daripada nas Islam asal.
  • Yang lain itu mendatang kemudian.
  • Tambahan lagi: bila British datang menjajah di negeri-negeri Melayu mereka membawa ’administrative arrangement’ (susunan pentadbiran ala mereka yang baharu) dan bukan membawa ’philosophical secularism’ atau sekularism sebagai falsafah, misalnya sebagaimana yang baharu diungkapkan oleh Holyoake dan Breslaugh di Barat.






Orientalisme:



  • Orientalism dengan unsur-unsurnya yang memberi pandangan yang tidak adil dan tepat tentang Islam dan umatnya serta sejarahnya (termasuk sumber-sumbernya) yang sekarang masih berjalan hendaklah ini diwaspadai. Memang ada di kalangan Orientalis yang objektif dan tepat atau hampir tepat betul pengamatannya.
  • Yang penting ialah kewaspadaan intelektuil, rohani dan moral di kalangan kita. (Kisah bengkel penyeliaan yang didedahkan dengan hanya teks-teks Barat kontemporari sebagai contoh penulisan ilmiah yang unggul dengan meninggal warisan intelektuil Islam klasik, yang menimbulkan rasa rendah diri intelektuil yang amat berat).



Sikap kebendaan

Faham kebendaan atau sebenarnya sikap terlalu kebendaan dalam hidup yang memalapkan kesedaran rohani dan moral yang tinggi di kalangan kita; ini menimbulkan gejala sosial dengan pelbagai contoh tabiat dan perbuatan anti-sosial. Gerak kesedaran moral dan akhlak perlu dilakukan dengan segera berteraskan ajaran Ahlissunnah secara berkesan.

Konsumerisme, budaya selebriti, dan ’trivialization of culture’

Hidup yang terfokus kepada konsumerism dan budaya ’consumerist’ yang memandang semua perkara sebagai ’barangan’, dengan kesannya yang sangat parah kepada hidup masyarakat dan budaya. Ini kerana budaya ini menyebabkan manusia membeli dan mengguna barangan bukan kerana pentingnya benda itu, tetapi kerana hendak menunjuk-nunjuk; alangkah malahnya budaya menunjuk-nunjukkan ini. Selain daripada kesannya kepada ekonomi dan hidup sosial (dengan korupsi yang berikutnya) ia merosakkan hidup manusia dan membahayakan negera; (ibn Khaldun rh dalam ’al-Muqaddimah’ memberi huraian tentang bahaya hidup seperti ini kepada integriti umat dan negara. Berkaitan dengan ini ialah apa yang boleh disebut sebagai -’budaya selebriti’ atau ’celebrity cult’ menggantikan budaya ’uswah hasanah’ yang diberikan peringatan kepada kita tujuh belas kali sehari semalam dalam ’al-fatihah’, tetapi kesannya tidak kelihatan. Dan berkaitan dengan ini juga ialah budaya hiburan yang kelihatan berlebihan yang merupakan ’trivialiation of culture’ ataupun memanisfasikan budaya secara penonjolan perkara-perkara yang ’trivial’ dengan melupakan perkara-perkara yang besar-besar yang memberi kesedaran kepada manusia dalam hidup budaya yang sebenarnya. Kita memerlukan keseimbangan dalam hidup supaya budaya tidak menurun kepada paras yang semakin lama semakin rendah, sebab trend ini membahayakan kita sendiri.





Globalisasi:

Secara ringkasnya pensejagatan dalam maksud yang dibawa oleh Barat perlu difahami hakikatnya yang sebenar supaya perkara-perkara positif daripadanya dapat diambil dan bahaya-bahaya daripadanya boleh dielakkan. Komunikasi yang pantas, pemindahan maklumat dan ilmu secara segera, penyimpanan maklumat dan pengembaliannya yang pantas, pengurusan yang pantas dalam konteksnya itu, keberadaan maklumat dan pengetahuan yang seolah-olah tidak ada batasnya, itu mesti dimanafaatkan, dan Muslimin perlu menggunakan media ini secara proktif untuk memprojekkan wajah Islam dan umatnya yang ’rahmatan li’l’alamin.

Yang negatifnya hendak dielakkan: penghakisan prinsip-prinsip dan nilai-nilai Islam dalam perhubungan dengan pelbagai budaya dengan kehadhirannya di mana-mana, pengurangan hubungan manusia secara berdepan dan langsung yang terlalu banyak dimenengahi oleh alat-alat komunikasi baru yang mengurangkan sifat kemanusiaan dalam perhubungan, demikian seterusnya; hegemoni budaya lain yang melemahkan kekuatan budaya sendiri; keselamatan dan kekuatan agama yang tercabar; demikian seterusnya. (Penerangan di atas yang lebih lanjut boleh didapati dari kertas saya yang berjudul ’Ajaran Ahlissunnah wal-Jamaah dan Pendekatan Muhammad bin ’Abd al-Wahhab: Satu Penilaian Awal’ dalam laman web:


Langkah-langkah yang perlu diambil:


  • mempelajari Islam arus perdana Ahlissunnah (cf keputusan-keputusan dalam seminar-seminar YADIM Oktober 2008, Disember 2008, dan yang setahun dua sebelumnya yang membuahkan resolusi-resolusi) supaya ajaran yang dijamin benar dan kekal sampai kiamat ini dimengerti dan berfungsi menjadi neraca intelektuil, akhlak dan rohaniah.
  • Perlu juga dicapai keyakinan dalam aliran ini supaya tidak timbul keraguan-keraguan di dalamnya’; kalau timbul keraguan ia perlu      diselesaikan secara ilmiah)
  • gerakan dakwah yang menyeluruh dilakukan untuk semua golongan oleh      badan-badan kerajaan dan NGO-NGO Islam
  • memasukkan fahaman Ahlissunnah yang menyeluruh dalam sistem pendidikan (akidah, epistemologi, dan kerangka peradaban) – ini boleh berjalan selari dengan Islam Hadhari).
  • pendedahan tentang aliran-aliran yang mencabar Islam arus perdana kepada semua lapisan masyarakat Islam, terutamanya golongan terpelajar dan organisasi-organisasi dakwah dan NGO Islam melalu seminar-seminar, bengkel-bengkel, dan penerbitan bercetak atau elektronik.

Demikianlah Islam arus perdana sedang mendapat tentangan dan cabaran antaranya sebagaimana yang boleh diperhatikan dalam perbincangan di atas. Maka amatlah perlu sekali pendedahan tentang Islam arus perdana itu diberi kepada semua pihak berserta dengan alirah-aliran yang mencabarnya. Perlaksanaan Islam arus perdana Ahlissunnah wal-Jamaah ini perlu diteruskan demi menjaga kebenaran hakiki agama Islam, demi mencapai keseragaman dalam pegangan dan cara berfikir, demi kestabilan intelektuil, rohani dan etika, serta juga demi menjaga kerangka membina peradaban di kalangan Muslimin dan jiran-jiran mereka yang sepatutnya mendapat faedah yang sebesarnya dari perlaksanaan agama rahmatan lil-’alamin ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2017 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Bless him, i kagumi almarhum . Tengok kan, beliau dah sedari ini pun.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2017 02:54 AM | Show all posts
okay ini bukunya :

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2017 02:55 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 11-2-2017 02:58 AM

Menolak fahaman liberalisme dan pluralisme agama
NIZAM YATIM


http://www.utusan.com.my/rencana ... isme-agama-1.442717


BUKU ini ditulis oleh pakar dalam bidang pemikiran Islam, Allahyarham Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady dan kata pengantar oleh Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad.


Topik utama yang disentuh oleh buku ini adalah mengenai perlunya umat Islam di Malaysia menolak sepenuhnya fahaman yang cuba diterapkan oleh golo-ngan liberalisme dan pluralisme agama.

Golongan itu walaupun mengakui beragama Islam dan percaya adanya Allah SWT tetapi telah membuat tafsiran ajaran agama berkenaan berdasarkan hawa nafsu semata-mata.


Turut terpengaruh dengan fahaman liberalisme dan plura-lisme agama adalah sesetengah komuniti dakwah dan cendekiawan Islam di Malaysia.


Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2017 02:56 AM | Show all posts
Pada mulanya mereka ini sentiasa melaungkan slogan untuk memperjuangkan Islam sebagai satu cara hidup dan menegakkan negara Islam Di Malaysia.

Bagaimanapun, dengan taktik licik pihak tertentu dari Barat, aktivis dakwah berkenaan perlahan-lahan menjadi rapat de-ngan pemikiran dan falsafah yang sama sekali berbeza dengan ajaran Islam sebenar.

Untuk menunjukkan kesetiaan kepada pemikiran dan falsafah baharu yang dianuti itu, para aktivis dakwah berkenaan sedikit demi sedikit meninggalkan slogan-slogan seperti Islam yang syumul (menyeluruh), Islam satu cara hidup dan Negara Islam.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2017 02:57 AM | Show all posts
Mereka menggantinya dengan slogan-slogan baharu seperti Islam Demokrat dan Demokrasi Liberal.

Mereka mengusung ideologi baharu itu dengan penuh bangga masuk ke dalam masyarakat Islam di Malaysia yang berpegang kepada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Antara ciri-ciri golongan liberalisme itu adalah percaya setiap individu memiliki kemampuan untuk berfikir dan membuat tafsiran terhadap ajaran agama tanpa perlu bergantung kepada pandangan yang diberikan oleh ulama.

Golongan pluralisme pula meyakini bahawa semua agama di dunia ini sama taraf, sama benar dan diterima oleh Allah SWT belaka.

Tokoh Maal Hijrah 2005 itu menulis, untuk menangkis serangan golongan berkenaan, umat Islam perlu mempunyai ilmu pe-ngetahuan mengenai usuluddin.

Usuluddin merujuk kepada ilmu yang membicarakan mengenai akidah (kepercayaan) agama Islam yang berhubung kait de-ngan ketuhanan, kenabian dan perkara-perkara ghaib seperti hari akhirat, syurga dan neraka.

Akidah yang dipegang adalah berdasarkan tafsiran yang dibuat oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah daripada aliran Asyairah dan Maturidiyah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-2-2017 02:57 AM | Show all posts
Aliran yang dipegang oleh majoriti umat Islam itu diketuai oleh dua ulama besar yang pakar dalam bidang usuluddin, Imam Abu Hasan al-Asyari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi.

Akidah yang dimaksudkan adalah menyentuh mengenai Rukun Iman yang mengandungi enam perkara iaitu percaya akan Allah SWT, malaikat-malaikat, kitab-kitab, para nabi dan rasul, hari akhirat serta takdir yang baik dan buruk.

Menurut Muhammad, fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah daripada aliran itu tetap relevan dan mesti menjadi pegangan umat Islam sampai sekarang dan seterusnya sehingga ke akhir zaman.

“Hanya huraian-huraiannya mungkin memerlukan tambahan-tambahan maklumat dan contoh-contoh untuk menjelaskan isu-isu yang dibicarakan.

“Kebenaran-kebenarannya (tafsiran akidah aliran Asyairah dan Maturidiyah) terus diperlukan untuk menyelamatkan manusia secara hakiki.

“Ringkasnya, doktrin aliran ini mesti kekal menjadi pegangan umat (Islam) dengan huraian-huraian tentang soal-soal ketuhanan, kerasulan dan alam ghaib,” tulis beliau.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2017 02:57 AM | Show all posts
Jelas beliau, perbezaan akidah yang dipegang oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan golongan liberalisme dan pluralisme agama adalah fahaman yang dijadikan sandaran oleh majoriti umat Islam itu telah menentukan bahawa erti-erti dalam akidah kekal tidak berubah daripada dahulu sampai sekarang.

Tulis beliau lagi, fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah juga berbeza dengan pendirian golongan li-beralisme dan pluralisme agama yang menolak perkara-perkara yang mempunyai kaitan dengan alam ghaib dan mukjizat atau kejadian luar biasa yang menunjukkan kelebihan seseorang nabi.

“Pendirian mereka berbeza kerana menolak kebenaran-kebenaran yang kekal abadi, sebab kata mereka, semuanya berubah-ubah mengikut imaginasi sosial,” jelasnya.

Dalam pada itu, penulis turut memberi penjelasan mengenai isu bertawassul iaitu berdoa kepada Allah SWT melalui suatu perantara, baik perantara itu berupa amal baik kita ataupun melalui orang soleh yang dianggap mempunyai kedudukan lebih dekat dengan Allah SWT.

“Dalam ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah bertawassul adalah harus, sama ada pada orang yang hidup atau sudah meninggal dunia.

“Tidak perlu dijadikan ma-salah bila ada setengah kalangan yang menganggap itu adalah syirik, sebab yang diminta (secara bertawassul) adalah daripada Allah SWT.

“Berdoa di makam (orang soleh) adalah amalan yang bukan dilarang dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah walaupun ada pihak-pihak yang melarangnya seperti Muhammad Abdul Wahab (pengasas fahaman Wahabi),” tulis beliau.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2017 06:06 AM | Show all posts
well...this is cool guys  - look a book about  prof naquib al attas




Dr Nazrin officiate the launching

hmm sapa dah baca? or dah dapat special edition boleh share?
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2017 03:37 AM | Show all posts
__________________
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2017 03:38 AM | Show all posts
______________
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2017 10:13 PM | Show all posts
Sekularisme dan liberalisme telah membentuk worldview Barat, banyak ilmu perlu dikuasai oleh seseorang untuk membolehkannya memahami dan menilai dengan baik dan tepat. Kerana itu orang awam dan penuntut ilmu perlu berguru dan mendapat bimbingan Ilmuwan besar agar ia tidak terkeliru.


Malangnya wujud sebahagian orang Islam, termasuk yang bergelar ustaz, yang tidak mengendahkan hakikat ini lalu cuba untuk merungkai persoalan besar ini mengikut kefahamannya yang cetek dan pembacaannya yang tidak menyeluruh dan mendalam akibatnya ia keliru dan mengelirukan orang ramai.
Kebatilan itu akan dipromosikan oleh penganutnya dengan tipu daya agar hakikat sebenar terselindung dan tidak diketahui orang.


from: Prof Madya Khalif Muammar
https://www.facebook.com/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 09:30 PM GMT+8 , Processed in 0.335115 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list