CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3409|Reply: 8

[Idea] Professor Ungku Aziz vs Cendekiawan Najis

[Copy link]
Post time 3-6-2017 12:31 AM | Show all posts |Read mode
Aminuddin Kadir was feeling missing.
1 June at 20:23 ·
Professor Ungku Aziz vs Cendekiawan Najis
By Dean Kadeer
Professor Di Raja Ungku Aziz membuat teori,kegagalan orang Melayu berfikir adalah kerana British.British yg menjajah Melayu tidak mahu orang Melayu banyak bertanya,menjadi pandai dan akhirnya boleh "membawa masalah".

Ana bersetuju dgn sebahagian pendapat tersebut dlm ruang lingkup kolonialisme.Tapi selepas British pulang ke kampung mereka,kenapa Melayu masih kekal menjadi jaguh kampung dan malas bertanya?Mahukah kita menyalahkan British sebagai punca utama kegagalan Melayu?

Bagi ana,kejahilan Melayu dan kegagalan mereka berfikir serta bersoal jawap adalah sumbangan agama warisan mereka dan tatacara hidup serta kepercayaan karut yg byk diamalkan dlm hidup Melayu.Sikap "takut bertanya" juga byk dijana dari sistem feudal monarki yg berakar umbi dari zaman berzaman.

Melayu tidak suka berkonfrontasi.Tidak yakin dgn pemikiran sendiri dan pendapat sendiri.Suka cakap-cakap belakang dan tikam dari belakang.Sensitif tak bertempat.Terlalu submissive dgn "manusia yg beragama" dan menganut fahaman feudal yg pekat.

Melayu terlalu takut dianggap derhaka samada derhaka kpd "agama",derhaka kpd ulama,derhaka kpd ketua parti dan derhaka kpd bangsa .Contoh mudah,dua parti umat Melayu terbesar saban tahun melaungkan slogan "taat setia menyokong ketua" atau "walaq".Ini semua adalah hasil takut bertanya,takut berfikir,takut berkonfrontasi dan takut berpendapat.Hidup tak ubah spt lembu yg dicocok hidung.

Ana petik sedikit sejarah kejatuhan dunia intelektual Islam di zaman Khalifah Abbasiyah apabila amalan "tidak suka bertanya dan kurang menggunakan lojik dan rasional" mula berleluasa.

Pusat Intelektual agung dunia(Baitul Hikmah-House Of Wisdom) yg pernah wujud di Baghdad(Iraq) pada zaman Khalifah Al Mansur dan diikuti oleh 4 khalifah selepasnya adalah bukti kpd perkembangan ilmu dan nilai intelektual orang Islam di zaman tersebut .Ana copy paste kan sumber dari Wikipedia;
"The House of Wisdom flourished under al-Ma'mun's successors al-Mu'tasim (r. 833–842) and his son al-Wathiq (r. 842 – 847), but considerably declined under the reign of al-Mutawakkil (r. 847–861).Although al Ma'mun, al Mu'tasim, and al Wathiq followed the sect of Mu'tazili(Muktazilah), which supported mind-broadness and scientific inquiry, al-Mutawakkil endorsed a more literal interpretation of the Qur'an and Hadith.The caliph was not interested in science and moved away from rationalism, seeing the spread of Greek philosophy as anti-Islamic."

Baitul Hikmah adalah Harvard atau Oxford pada zaman tersebut.Hub Intelektual dimana semua cendekiawan dunia datang untuk menimba ilmu.
"Books written in Greek, Latin, and Persian in the fields of medicine, alchemy, physics, mathematics, astrology and other disciplines were also collected and translated by Muslim scholars at that time".

Malahan scholars Yahudi dan Kristian digaji utk bekerjasama melakukan kerja-kerja penterjemahan sumber ilmu kepada bahasa Arab atas dasar keagungan nilai-nilai ilmu itu sendiri.

Apa yg ana ingin sentuh ialah petikan dibawah ;
"Al Ma'mun, al Mu'tasim, and al Wathiq supported mind-broadness and scientific inquiry, while al-Mutawakkil endorsed a more literal interpretation of the Qur'an and Hadith.The caliph was not interested in science and moved away from rationalism, seeing the spread of Greek philosophy as anti-Islamic."

Apabila kerajaan di bawah khalifah(raja/PM) yg tidak meminati sains,tidak suka bertanya,tidak suka lojik akal dan menggunakan rasionalisasi,sebaliknya lebih meminati penterjemahan Quran dan Hadis sptmana yg diamalkan oleh Melayu skrg(secara literal),maka perkembangan ilmu akhirnya merosot dan mati.Akhirnya datang tentera Mongol dibawah pimpinan Hulagu Khan yg menghancurkan Baghdad dan seluruh institusi keilmuan pada waktu tersebut.

Inilah yg terjadi kpd institusi keilmuan Melayu dan Islam sehingga skrg.Anak-anak Melayu disuruh bersekolah bukan utk berfikir dan agresif bertanya,tetapi utk "mendengar cakap cikgu dan ostad".Cikgu disekolah pula bukan mahu murid-murid berfikir dan bertanya tetapi mahu mereka taat setia,berdisiplin dan mendapat markah yg bagus.Ostad-ostad Melayu pula hanya mahu pelajar Melayu "tahu mengaji,boleh menghafal ayat Quran,boleh solat,boleh puasa dan akhirnya boleh menikah". Jgn tanya lebih-lebih nanti batal iman dan akidah.

Orang Melayu melihat ilmu dgn pandangan yg sempit.Ini sama spt Khalifah Al Mutawakkil yg menganggap ilmu dari Greek adalah anti Islam.Contohnya ilmu muzik dikatakan siulan syaitan dan melalaikan.Lalu instrumen muzik diharamkan oleh ulama Islam kerana dikatakan aksesori syaitan.Walhal muzik adalah salah satu terapi yg paling ampuh utk jiwa manusia.

Ramai Melayu menghantar anak2 mereka "belajar agama" dan mengharapkan anak2 mereka "beragama"(dilihat memakai simbol agama dan mampu bercakap beberapa patah bahasa dan doa Arab).Tapi adakah label "beragama" yg dipakaikan ke tubuh Melayu ini membawa perubahan kpd masyarakat?Semestinya tidak kerana mereka hanya belajar utk "menjadi lebih Islam",bukan menjadi lebih baik dan kritis.

Cuba bergaul dgn Melayu dan tanya mereka tentang hidup,agama dan objektif sesuatu ibadat.Tekan minda mereka dengan soalan-soalan yg mencabar terutama tentang amalan agama yg dilihat tidak praktikal.Akhirnya mereka akan menggolongkan anda dlm golongan sesat,kafir dan terkeluar dari Islam.Inilah teras pemikiran Melayu.Bertanya dan mencabar minda mereka secara automatik akan meletakkan anda dlm kategori "musuh Islam".Dan anda layak diperangi.

Jangankan bertanya tentang mazhab atau tauhid dan akidah,bertanya tentang soal pemakaian tudung pun anda boleh di cop sbg musuh Islam.Anda boleh didakwa "tidak mendapat hidayah",sesat dan mencabar Islam.

Takut bertanya atau terlibat dgn soalan-soalan yg mencabar minda mmg sudah menjadi akar umbi kpd disiplin hidup Melayu.Agamawan paling pantang ditanya soalan2 yg mencabar amalan dan kepercayaan mereka.Mereka hanya mahu didengar dan dipatuhi.Pernah suatu ketika dahulu,Mahathir mahu Quran ditafsir semula,lalu bertempik lah agamawan dan lembu-lembu Melayu menjaja kisah Mahathir yg sudah hilang akal dan dilihat "menentang Islam".(Ana pun sewaktu itu turut terlibat menuduh Mahathir kafir lol).

Cuba tanyakan kpd orang Melayu,berapa potongkah ayat Al Quran yg mereka tahu maksudnya?Ana boleh katakan dgn yakin,90% Melayu hanya tahu maksud Bismillah,Alhamdulillah,Subhanallah dan Allahuakbar.Malahan Al Fatihah yg dibaca 5 kali sehari pun mereka tidak faham intipati dan penjelasan ayat tersebut.Inilah bukti betapa enggan nya Melayu mencintai ilmu.Mereka berpuas hati hanya dengan "memeluk agama yg suci" dan tahu ada 7 jenis najis dan 7 jenis air.Selainnya adalah "ulamak lebih tahu-jadi follow saja".

Ana yakin 100% bahawa kegagalan Melayu berfikir sebahagian besarnya adalah berpunca dari sistem agama yg diajar.Kepercayaan kpd sistem "dengar dan patuh" bukan saja wujud dlm agama,malahan disebar luaskan ke dlm sistem pendidikan dan strata sosial Melayu dimana orang2 tua dianggap lebih pandai dan tau semuanya,jangan melawan cakap tok guru dan terma "derhaka dan sesat" boleh dipalitkan dgn mudah jika anda berfikir dgn lebih jauh atau lebih kritikal.

Sumbangan paling besar yg membodohkan Melayu ialah apa saja manuskrip lama yg bercirikan agama wajib "dipatuhi" tanpa boleh ada diskusi terbaru atau pentafsiran baru atau soalan-soalan yg dilihat mahu mencabar minda dan kandungan manuskrip tersebut.Alasannya mudah,"ulama dulu lebih mengetahui".Betul ke?

Agamawan takut utk membuka pentas perbincangan(Q & A) kpd masyarakat umum.Mereka lebih suka agama menjadi statik dan kekal dlm ruang kekuasaan mereka.Bukankah agama ini suatu platform yg berbentuk "bebas"?Cuba perhatikan kpd ayat-ayat Quran apabila tuhan menyampaikan sesuatu hukum,ianya bermula dengan ayat; "WAHAI ORANG-ORANG YG BERIMAN".Jika anda tidak mahu beriman,itu hak anda.Tuhan tidak pernah memaksa anda utk percaya kepadanya,kenapa agamawan bertindak sbg "lebih sudu dari kuah"? Dan akhirnya seluruh bangsa Melayu terpengaruh dengan fahaman "hollier than thou" yg akhirnya memalukan bangsa dan negara.Mereka jadi bangsa penghukum dan akhirnya melilitkan bom dipinggang dan membunuh orang-orang awam yg tidak berdosa.Inilah akibat besar dari sikap "tidak boleh bertanya" yg di paterikan dlm jiwa-jiwa Melayu dan Islam.

Ana akhiri artikel ini dengan serangkap pantun;
Terimakasih daun keladi
Lepas baca LIKE sekali
Kami Melayu tak minat duniawi
Cepat mati cepat dapat bidadari


https://www.facebook.com/DeanKadeer/posts/465334653810629

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2017 02:13 AM From the mobile phone | Show all posts
pada akhirnya...geng urban dok.bandar dgn lobai dok kg ade satu persamaan...masing2 paksa org ikut ckp dia..tu yg aku perasan dri dlu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2017 03:22 AM | Show all posts
I sangat suka pendapat yang disampaikan oleh Aminuddin Kader. Tepat dan jelas dengan kondisi masyarakat Melayu yang sangat takutkan perubahan untuk menjadi lebih baik atau mencari yang lebih baik.

Apa yang I boleh simpulkan melalui penulisan di atas ialah mengimarahkan ilmu merupakan satu kewajipan namun ilmu tidak akan dapat diimarahkan jika akal dihimpit ketakutan sehingga menjadikan manusia itu malas untuk berfikir dan bertanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2017 02:58 AM | Show all posts
Terima kasih buat supermod Seribulan sebab banyak bagi credits. Thank you so much.

cc: @seribulan



Comments

No prob.  Post time 9-6-2017 06:11 AM
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2017 08:13 AM | Show all posts
terima kasih tt atas perkongsian penulisan yang hebat ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2017 09:08 AM | Show all posts
bagaimana untuk merubah cara pemikiran sesuatu bangsa..walaupun dihantar
mecari ilmu ke negara2 luar tetapi bila balik ke pangkuan bangsa nya, ia akan
kembali pada yg asal..cuba la untuk menyuarakan pendapat akan digelar lupa diri atau sesat.
bagi kalangan pemimpin sudah tentu mahu bangsanye hanya angguk kepala saja.
mungkin kita perlu pemimpin yang berani dan berwawasan untuk memajukan pemikiran bangsa
bukan sekadar mengaburi dengan wang tetapi pemikiran bangsa masih ditakuk lama...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-6-2017 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Melayu tidak suka berkonfrontasi.Tidak yakin dgn pemikiran sendiri dan pendapat sendiri.Suka cakap-cakap belakang dan tikam dari belakang.Sensitif tak bertempat.Terlalu submissive dgn "manusia yg beragama" dan menganut fahaman feudal yg pekat.

Very true indeed. I couldn't agree more!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2017 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
momomikomiki replied at 9-6-2017 09:08 AM
bagaimana untuk merubah cara pemikiran sesuatu bangsa..walaupun dihantar
mecari ilmu ke negara2 lua ...

Betul..ramai je melayu yg mahukan perubahan  tp sbb suara ditindas mereka bertindak dlm diam. Tak semestinya x bersuara x berbuat apa2. Ada juga yg dah migrate sbb rs xde harapan nk ubah masyarakat di sini. Jgn terlalu underestimate minda melayu  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 03:45 AM GMT+8 , Processed in 0.056338 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list