|
Edited by ipes2 at 18-7-2017 06:55 PM
Antibodies (Ab) adalah sejenis protein. Ianya berbentuk Y. Jika dibandingkan dengan banyak-banyak protein dalam plasma*, Ab ni dikira bagak jugaklah. (*Plasma adalah cecair kuning yg kuar dari darah bila darah dah beku tu..). Ab ni ada nama sains nye, kita panggil dia Immunoglobulin (Ig).
Ig ni ada 5 jenis, lihat gambar dibawah. Ada IgG, IgA, IgM, IgE & IgD. IgG paling banyak, IgD paling sikit. IgM tu sbenarnya, macam 5 IgG combined je.
Ig dibuat oleh cell darah putih* yang bernama B-Lymphocytes yang sudah marah. (*Cell darah putih ni ada beberapa jenis, eg: Neutrophils, Eosinophils, Basophils, Monocytes, T-Lymphocytes, B-Lymphocytes etc). Kita panggil B-lymphocytes ni sebagai B cells je, senang sy nak type. Bila virus ke, bacteria ke, serpihan DNA ke, serpihan protein, cacing malaria ke atau apa apa saja yg masuk kedalam darah, ie kira ''penjahat'' (mari kita panggil penjahat dalam darah ini sebagai ''Antigen''), ..maka Antigen ini akan dikelilingi oleh Neutrophils dan lymphocyes. Semua cells tadi akan report kepada B cells. B cells lalu ''marah'' (ya, kalau kita tgk transformasi dia, fizikal dan sebagainya, memang macam marah, mari kita kata ''activated'' agar ada bunyi sains sikit). Activated B cells ini lalu membiak, dan sebahagian nya lalu bertukar menjadi ''Plasma Cells'' (sebahagia lain akan menjadi ''memory'' B cell dan dia akan kenal Antigen ini dimasa depan, biarpun dah berpuluh thn). Plasma cells inilah yang membentuk Ig untuk melawan Antigen (Ag) tadi. Bila sudah dikenal bentuk Ag tadi, maka satu sahaja Plasma cell ini yg akan membiak dan akan membentuk IgG untuk melawan Ag tadi. Di hujung cabang Y IgG ini akan fit elok elok je dengan bentuk Ag tadi. Macam kunci gitu. Maka, hanya seekor ''memory'' B cells tadi sahaja yg akan kenal Ag yg ini, dan DNA dia akan tersimpan elok elok dalam badan kiat..penting ni memory B cells sebegini.
Di masa depan, bila Ag yg sama masuk kembali kedalam, memory B cells yang berDNA sama, akan membiak dan jadi Plasma cells utk buat Ig yang sama utk lawan Ag tadi.
Inilah concept vaccination..kita bagi cebisan polio sebagai Ag kat B cells seorang budak, B cells cium bau dia mcm anjing cium baju penjahat, bertukar menjadi memory B cells, dan bila budak ni kena virus polio, memory B cells dia akan activated, tukar jadi Plasma cells, dan membiak, sambil membuat Ig terhadap polio Ag tadi. Maka, budak tadi pon taklah kena polio.
Sequence: B cells-> activated B cell->Plasma cells & memory B cells; Plasma cells=> Antibodies (iaitu Ig)
Untuk ingat: Ab, Ig, Ag, cell darah putih, B cells, plasma cells.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|