CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3695|Reply: 2

Faedah Tidur Berbogel

[Copy link]
Post time 23-8-2017 04:45 PM | Show all posts |Read mode
LONDON, 21 Okt — Mungkin tidur berbogel bukan sebahagian budaya kita walau tidak dinafikan diam-diam setiap orang pernah berbuat demikian.

Jika bilik tidur di rumah kita tidak mudah diganggu ahli keluarga lain atau rakan rumah sewa, mungkin kita boleh tidur berbogel bagi meraih manfaat seperti disarankan akhbar The Telegraph.

Akhbar ini menyenaraikan tujuh tetapi kami memilih enam kelebihan tidur berbogel daripada laporan ini kelmarin, yang memetik ulasan pakar kesihatan dan tinjauan lepas.

Baca dulu. Jika bersetuju, boleh cuba malam ini!
1. Kualiti sperma lebih baik
Kajian Institut Kesihatan Kanak-kanak dan Pembangunan Insan Maryland, dan Universiti Stanford mendapati tidur dengan pakaian ketat, seperti seluar pendek “boxer” boleh mengganggu penghasilan sperma dan merendahkan peluang untuk mendapat bayi.
Memakai “boxer” yang ketat merupakan kesilapan utama—ia meningkatkan suhu kerandut buah zakar yang boleh menyebabkan kualiti sperma lelaki berkurangan.
Lelaki yang memakai seluar dalam yang longgar pada siang hari dan berbogel di sebelah malam meningkatkan 25 peratus kualiti sperma, menurut kajian tersebut.  
2. Tidur lebih lena
Kebanyakan pakar tidur bersetuju tidak berpakaian semasa tidur membantu mengatur suhu — menyebabkan tidur lebih baik, nyenyak dan menyenangkan.
Suhu badan menurun ketika tidur tetapi memakai seluar dalam atau baju tidur akan mengganggu proses ini.
3. Boleh kuruskan badan
Bukan main-main! Badan yang terlalu panas ketika tidur tidak dapat membebaskan banyak hormon pertumbuhan yang digunakan untuk membaiki sel.
Sebaliknya, tahap kortisol (hormon tekanan) anda akan kekal tinggi, menyebabkan kadar insulin naik pada waktu malam.
Akibatnya, badan anda kekal dalam keadaan “panik” dan bukannya dalam keadaan “penyembuhan”, lalu memilih untuk menyimpan lemak daripada membakarnya, kata pengkaji Universiti Warwick yang mendapati hubungan antara tidak cukup tidur dengan risiko kencing manis dan sakit jantung.
4. Kelihatan lebih muda
Hormon pertumbuhan yang membantu anda membakar lemak juga dikenali sebagai agen anti-penuaan. Dengan membaiki sel anda, ia membantu melicinkan luka kulit, bintik, dan malah kedutan.  
5. Mengelak jangkitan kulat
Memakai baju tidur atau “boxer” akan menyebabkan peluh. Tidur berbogel membantu kelangkang anda bernafas—menyebabkan anda dijauhi jangkitan kulat.
“Memastikan bahagian ini sejuk, kering dan ‘berudara’ pada waktu malam akan membantu mengurangkan panas yang menggalakkan kulat — terutamanya di musim panas,” kata Dr Sarah Brewer kepada portal berita Mail Online.
6. Percintaan yang lebih bahagia
Maaf, faedah ini mungkin bukan untuk yang masih bujang — tapi mereka yang berkongsi tempat tidur dengan orang tersayang setiap malam. Berbogel di tempat tidur boleh mengeratkan hubungan.
Berdasarkan tinjauan pada 1,000 responden, 57 peratus yang tidur berbogel dilaporkan lebih bahagia dalam hubungan berbanding 48 peratus yang berpakaian.
Mungkin tidak mengejutkan, kebahagian itu hasil sentuhan kulit pasangan yang membebaskan hormon “gembira” oksitosin. Hasilnya, anda berasa lebih bahagia, lebih rapat dengan pasangan, dan — ya — lebih berminat untuk hubungan intim.

Read more at http://www.themalaymailonline.co ... XQRSMyrQb8BtDVrq.99

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2017 11:22 PM | Show all posts
sometime hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2017 11:48 AM | Show all posts
kalau nak terus mimpi main...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:19 AM GMT+8 , Processed in 0.166188 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list