CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27870|Reply: 13

Pemuda ini kongsi step by step nak hilangkan JERAWAT

[Copy link]
Post time 8-9-2017 10:18 AM | Show all posts |Read mode
PEMUDA INI KONGSIKAN CARANYA STEP BY STEP




Pada 5 September lalu, Aslan Rathy melalui akaun facebooknya telah sudi mengongsikan rahsia beliau berjaya menghilangkan jerawat dalam 4 bulan. Berikut ialah perkongsian dari beliau:


Dah ramai share cara masing-masing hilangkan jerawat durjana kat muka, meh nak share mcm mana saya hilangkan jerawat keji ni dari muka saya dalam masa 4 bulan. (Saya start pakai products ni since May 2017 dan August 2017 dah recovered! - tapi parut jerawat ada sikit)
Sebelum consume these products, mesti jumpa doc dulu, mintak suggestions. Kadang-kadang kulit muka kita tak sama, lelaki lain, perempuan lain, ada yang berminyak, ada yang kering. Lepastu kenali dulu jenis jerawat korang, biasa ke teruk je apa ke, kalau biasa pakai cleanser je, kalau teruk kena pakai cream acne.
Jaga pemakanan! Korang nak cantik nak muka licin, pakai products ni tongeng terbalik berbulan2 tapi melantak macam hape! kurangkan minyak, makanan yg boleh naik kan jerawat. Kalau korang jaga mungkin tempoh nak recover lagi cepat.
AND KALAU KORANG DAH TRY PAKAI PRODUCTS NI SEMUA TAPI TAK ELOK JUGAK TU BUKAN SALAH PRODUCTS NI, TU SALAH MUKA KAU YANG KEJI SANGAT. JANGAN NAK CONDEMNED SANGAT. ORANG LAIN PAKAI ELOK JE.
Disclaimer: saya tidak disponsor oleh mana mana products yang saya pakai ni okay, haha. Products ni boleh beli kat pharmacy atau any drugstores Watson pun ada. Setiap cara saya tulis kat setiap gambar. 🙂
Kalau korang berminat nak beli products ni tapi tak tau kat mana nak dapat murah, boleh dm saya kat twitter/instagram. (Twitter: @aslandelrey Instagram: @aslanrathy) Messenger takde sorry.

Sebelum tu kena kenal pasti dulu korang jerawat jenis apa, macam saya ni kira teruk jugak la sampai berdarah. Hina betul. Ni jenis jerawat sekampung lol. Yang ni sebelum saya guna products ni lagi. Memang macam firaun.

Ni tadi :3 ada parut sikit yelah parut lambat nak elok!




Ini lah product yang paling PENTING kalau nak hilangkan jerawat keji kat muka korang, ini lah ibu pertiwi yang harus kita utamakan, kalau takde ni maka tak complete lah nak muka licin balik! Yang ini utk kulis biasa/semua jenis kulit kecuali berminyak. Kalau korang ada masalah banyak kulit berminyak beli yang oil cleanser punya, brand sama tapi mahal sikit.

Mula mula saya pakai memang breakout! Dalam 1 minggu, lepastu dah start faded, jerawat dah tak muncul2! 1 minggu awal tu jerawat tu keluar habis habisan! Kalau dah 2 minggu masih ada jerawat, mungkin kulit korang yang tak sesuai dgn product ni, bukan salah product ni.

CARA GUNA: pakai pagi dengan sebelum tidur, boleh guna air ataupun tak guna air. Kalau tak guna air mesti kena lap dgn wet tissue! Jangan tinggalkan mcm tu je!

HARGA: RM60 (500ml)
HARGA SAYA BELI: RM35 (masa promotion ;))







Ni cleanser harian, banyak review cakap cleanser ni bagus! Lagipun ada turmeric memang elok utk acne.

CARA PAKAI: pakai bila rasa muka tu berminyak, tak bersih, atau bila korang mandi. Sama macam cetaphil tapi yang ini bila cuci tu rasa bersih sikit sebab cetaphil takde buih, rasa tak puas! Jangan risau dua dua product ni organic so takde la rasa takut pakai dua cleansers.

HARGA: RM33 (150ml)
HARGA SAYA BELI: RM28 (200ml) -- sebab selalu beli kat pharmacy dia bagi discount.







INI UBAT HILANG JERAWAT PALING MUJARAB! tapi susah nak dapat sebab banyak pharmacy dah stop supply product ni since product ni agak bahaya. Tapi it works! Kalau nak cepat pakai la ubat ni, tapi tak boleh pakai lebih dari 2 weeks!

HARGA: RM45








VERY RECOMMENDED! Ubat ni tak berminyak lansung! Lepas sapu cepat je kering, oh ini utk jerawat biasa ok, bukan jerawat yang bernanah/berdarah. Kalau jerawat bernanah tu pakai Dalacin T/Tidact.

KALAU NAK FREE PEGI KLINIK KERAJAAN!

CARA GUNA: sapu kat jerawat at least 2 kali sehari.

HARGA: RM14
HARGA SAYA BELI: RM8











Ini antibiotic, DOXYMYCIN. Sebelum beli ubat ni kat pharmacy make sure jumpa doc dulu, ubat ni pun kena habiskan dalam masa tertentu ikut dos doc. Setengah org makan sehari sekali, ada yang makan sehari dua kali. Ikut masalah jerawat korang.

---- KALAU KORANG NAK FREE PEGI MINTAK KAT KLINIK JE. HARITU SAYA SAVE RM40 hehe mintak kat klinik je. Makesure klinik kerajaan.

HARGA: RM6 sepapan.





ini serum parut jerawat, pakai waktu malam je. Siang boleh tapi eloknya malam la.
MAKE SURE JERAWAT KORANG DAH ELOK BARU PAKAI NI. KALAU JERAWAT KORANG MASIH MENAPAK TEGUH KAT MUKA KORANG JANGAN GATAL PAKAI.

Hati hati, dia ada dua tau, serum dengan gel, make sure amek serum. And pastikan warna HIJAU. dia ada 5 colors, warna orange utk semua jenis scars, warna hijau utk acne scars.

HARGA: RM35-40
HARGA SAYA BELI: RM35




Ini cream parut. Pun sama mcm EDEN T tapi murah sikit. Ada vitamin E memang sesuai utk muka. Kalau nak murah sikit beli yang 1,000 i.u

HARGA: RM28-RM30
HARGA PROMOSI: RM25



INI PALING AJAIB, makeup remover aka toner pon boleh hahaha. (GAMBAR BOTOL LAMA)

Sebelum korang letak cream jerawat atau lepas cuci muka pakai cetaphil/himalaya, korang cuci dgn micellar ni. Agak mahal kalau botol besar. harga dalam RM30. Beli yang kecik je pun boleh RM15-20. Seeloknya beli yang botol biru.






Haaaa ni best gila pakai! Bukan setakat hilangkan parut, boleh hilangkan daki daki hitam kat muka korang! Harga dalam RM30. Tak nak pakai brand ni takpe boleh pakai brand FACE SHOP. Tapi make sure original sebab ada yang fake. Kalau harga RM10 tu sah sah fake.



FEBUARY 2017. Muka mintak penyepak.



MARCH 2017 masa ni dah start ada kesedaran sivik nak hapuskan jerawat.



APRIL 2017.

Abaikn makhluk kat belakang tu. Masa ni jerawat macam berperang perang nak berebut spot kat muka tu. Hmm





MAY 2017

Dah start pakai. Happy la sikit.






MAY 2017

Benda apa ni?






Dah hilang sikit. Dah takde darah/nanah.





JUNE 2017

Jerawat makin kering!






Dah tak nampak sangat!





JULY 2017

Masa ni jerawat tetiba datang balik tapi nasib baik cepat bertindak gituhhh






AUGUST 2017

Tinggal parut!!!






OH LUPA NI SCRUB! make sure pakai yang green tea sebab apricot tu bijik2 dia besar sikit.

Pakai selang sehari tau, jgn hari hari.

HARGA: RM20
HARGA PROMOSI: RM14








Akhir kata dari saya, dalam tempoh recovery ni korang masih boleh kelihatan cantik walaupun jerawat macam ladang biji togeh kat muka, guna lah apps ini. Lol.




Untuk berkenalan dan follow Aslan, boleh ke post asal beliau, di sini.








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2017 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Dalacin T tu buat jerawat tinggal parut hitam..
Klu umo 30 ke atas, parut tu lmbt hilang..

Selain nye rosa T iols pakai masa remaja xde effect..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
ramai yang share skincare apa untuk elak jerawat tapi tak ramai yang share camne nak differentiate jerawat..sebab hormon ke sebab pemakanan ke sebab kulit sensitif ke
pastu kena kenalpasti kulit tu sejenis apa dulu baru boleh berani pakai

macam meols ada kulit kombinasi..based on skincare yang dia tunjuk,

1) cetaphil - tak sesuai
2) delacin t - memang guna, alhamdulillah jerawat kering tapi kadang2 skin jadi kering
3) himalaya neem wash - tak sesuai sangat..kulit jadi kering, tegang..tak.selesa
4) st ives tea tree scrub - love it tapi somehow lepas scrub kulit jadi kering pulak
meols memang pengguna setia st ives scrub..ada suggestion scrub yang best sikit tak
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau tak jumpa dalacin t, boleh try topicil solution..murah berganda uols

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 12:30 PM | Show all posts
above of all, its doxymycin that make his  well.
stop the doxymycin, then the acne will relapse.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2019 10:04 AM | Show all posts
i pakai Oxy 5 ada kandungan benzoyl peroxide. Pkai pagi, tghri ptg muka da merenyam gatal. malam tak insaf pakai lagi sket. esok pagi muka da naik merah2 and bengkak. Makan ubat farmasi tak jalan. semalam pergi klinik cucuk. Baru teringat last 3 years pon pernah pakai T3, sama jgk kes tapi tu memang tak bagi warning terus bengkak satu muka.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-10-2019 10:10 AM | Show all posts
gummygummy replied at 8-10-2019 10:04 AM
i pakai Oxy 5 ada kandungan benzoyl peroxide. Pkai pagi, tghri ptg muka da merenyam gatal. malam tak ...

sian nya
smoga cpt sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah try cetaphil tu.for me biasa2 saje.
Kulit x sama kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2019 04:31 PM | Show all posts
cleanser himalaya neem tu i pakai, it works for me.  tapi kategori jerawat i tak la extreme, occasional je. kekadang salah try skincare ke salah makan ke, kompem naik.
any cream yang ada benzoyl peroxide macam t3 oxy semua tu, tak menjadi for me.
pakai bija cica gel innisfree, awal2 tu bagus cepat kering jerawat. lama2 dah tak lut
so far paling okay i pakai TO salicylic acid & niaciamide la, memang puas hati. tapi skang terputus bekalan sebab dah taktau nak beli kat mana yang authentic.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 08:32 AM | Show all posts
beloomberk replied at 8-9-2017 12:30 PM
above of all, its doxymycin that make his  well.
stop the doxymycin, then the acne will relapse.

Totally agree with you, even the strongest drug (Accutance) will not guarantee long lasting result.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2019 01:55 PM | Show all posts
utk kes jerawat extreme, kalo dah terok sgt better jumpa skin specialist.

dulu i penah kena jerawat batu satu muka, pakai mcm2 product mmg tak jalan.
masa tu tak mampu nak jumpa specialist sbb kat masih belajar kat uni.

once dah grad, i gi interview keje kena tegur ngan HR manager. huhu dia kesian tgk muka i terok giler, then dia bawak gi klinik Ranjit Skin Specialist, dapat ubat antibiotic and krim sapu. mmg berkesan uols, after few months jerawat dah hilang, muka kurang berminyak. agak pricey but oklah sbb nak bagi muka elok kan.

lepas tu i stop antibiotic, cuma guna krim sapu tu je. yg ni lama jugak, nampak nak naik jerawat je i terus sapu. then just need to maintain pakai any suitable skincare products.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 02:34 PM | Show all posts
prego replied at 21-10-2019 01:55 PM
utk kes jerawat extreme, kalo dah terok sgt better jumpa skin specialist.

dulu i penah kena jeraw ...



Bole tau bape ranjit charge u masa memula visit & seterusnya.TQ
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2020 12:30 AM | Show all posts
aku pakai minyak zaitun brand olivie 30x. jerawat bole kecut dlm 3 hari. even membantu pudarkan parut. Mata jerawat tu akan keluar sendiri so tak yah picit. korang bole try olivie 30x tu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
beloomberk replied at 8-9-2017 12:30 PM
above of all, its doxymycin that make his  well.
stop the doxymycin, then the acne will relapse.

Setuju. Masa belajar dulu2 akak farmasi suggest. Memang hilang. Kawan lain pun ikut. Skrg susah nak beli. Dah strict.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:30 PM GMT+8 , Processed in 0.393408 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list