View: 3319|Reply: 10
|
[Pelbagai]
Apakah ciri-ciri " knowledge management center" yang ideal?
[Copy link]
|
|
Edited by seribulan at 14-9-2017 03:34 PM
Assalamualaikum semua,
Sham sedang mengumpul dan mencari maklumat berkenaan dengan ciri-ciri perpustakaan yang ideal dan releven bagi sesuatu organisasi tidak kiralah organisasi tersebut organisasi swasta atau kerajaan.
Sham percaya sebahagian besar rakan-rakan bekerja di organisasi swasta atau kerajaan. Sebahagian organisasi tersebut mempunyai perpustakaan atau "knowledge center" untuk para pekerjanya. Perpustakaan atau pusat ilmu pengetahuan yang diwujudkan di organisasi anda adalah dikenali sebagai perpustakaan khusus (special library). Perpustakaan khusus dan perpustakaan akademik yang terdapat di universiti, kolej, akademi dan lain-lain adalah tidak sama.
Diantara perbezaannya ialah perpustakaan khusus ditubuhkan khusus untuk staf-staf yang berkhidmat di organisasi itu manakala perpustakaan akademik lebih fokus kepada para pelajar, pensyarah dan sebagainya.
Justeru itu, Sham ingin meminta pendapat bernas, berkualiti dan terbaik dari rakan-rakan sekelian.
Jika syarikat atau organisasi ditempat anda bekerja akan membina pusat ilmu pengetahuan / pusat sumber maklumat untuk staf dan anda diberikan peluang memberikan pendapat, cadangan dan permintaan :
Apakah kemudahan, perkhidmatan, sistem / teknologi, bahan dan kelengkapan yang diperlukan dalam pusat tersebut?
Cadangan dan pandangan dari rakan-rakan mungkin berfaedah dan penting untuk persiapan dan persediaan temuduga kedua Sham yang akan diadakan beberapa minggu dari sekarang.
(Syarikat A bercadang untuk menubuhkan "knowledge management center". Mereka tidak mempunyai kemudahan ini sekarang.
Jadi, mereka bercadang untuk memulakan projek ini dengan mengambil seorang staff yang bertanggung jawab untuk merangka dari awal.
Panel temuduga memberitahu di akhir sesi temuduga pertama agar Sham bersedia dengan cadangan dan idea ciri-ciri "knowledge management center" yang ideal untuk syarikat itu.)
Terima kasih diatas pandangan dan maklum balas dari rakan-rakan semua.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Waalaikumsalam Sham...
Saya ni ex-information professional. Cadangan saya, Sham tanya soalan ni kat grup FB. Banyak organizations yang dah implement KM, termasuklah academic libraries. Mungkin mereka boleh (MOST probably they will) share their experience, knowledge, best practise & lesson learnt. Good luck! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
OK. Boleh bagi alamat group Facebook?
Thanks.
|
|
|
|
|
|
|
|
Based on pengalaman iols sebagai pengguna KMC dan a little bit experience on KM, cadangan seperti berikut:
1. Wide wifi coverage
- Walaupun ini basic tapi amat perlu coverage menyeluruh di segenap ruang KM itu sendiri. Sangat mengecewakan bila wifi hanya terdapat di certain areas and hanya laju di sebahagian tempat).
2. Conducive environment
- Perabut yang terkini dan ergonomic. Susun atur yang lapang dan bersesuai dengan fungsi area (ruangan membaca, ruangan surf internet, bilik perbincangan, etc). Ini ada effect dari segi psychology untuk menggalakkan orang datang ke KM dan juga for them to stay longer and fully utilise your facilities.
3. Plug charging everywhere
- Ini paling penting. Sangat menyusahkan tempat yang kita duduk tiada plug untuk charging your laptops/smartphones.
Contoh KMC yang i suka is Sasana Kijang Bank Negara. Tapi tempat charging dia agak limited so certain point rasa cam menyusahkan.
Lagi satu library Selangor environment memang best tapi yang buat tak bes wifi dia certain area je cover.
Hope my two cents help. All the best! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih KulitKayuManis for sharing information.
Maaf lambat reply sebab sibuk drive uber kat KL.
Ada tak contact number staff di Sasana Kijang BNM? Sham nak tanya maklumat dengan mereka.
Selain Sasana Kijang ada tak organisasi lain yang apply KM kat lib. mereka?
Sham blurr lagi konsep KM kat library ni.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
8 steps ni adakah official standards yang diguna pakai oleh lib yg apply KM?
|
|
|
|
|
|
|
|
sham159 replied at 25-9-2017 07:49 AM
Terima kasih KulitKayuManis for sharing information.
Maaf lambat reply sebab sibuk drive uber k ...
Tak de la fon number.boleh check website dorang. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|