Intel VS AMD Ryzen
CUSTOM PC BUILD / DIY PC BUILD terma standard untuk PC yang komponen dia kita pasang sendiri berbanding beli yang dah siap kat kedai cam brand DELL, HP, IBM, dll... "Bro, yang saya beli kat Lowyat tuh custom PC ke?" - sama laa tuh, asalkan bukan yang ready made pc yang berjenama atau branded mcm sy sebut td (macam komputer lama yang casing warna putih tu haa). Dedulu custom pc nie popular ngan nama komputer Cap Ayam.. kalo ikutkan 'cap ayam' nie considered/lebih kureng 3rd Party laa merchandise laa (teringat tv jenama CC org dok panggil TV cap ayam masa awal 2000 dolu-dolu kala).
Intel core processor Generasi ke-8 dengan codename Coffee Lake baru jerr launching Sep 2017 aritu. Kesinambungan drpd processor terdahulu; Sky Lake (Aug 2015) & Kaby Lake (Aug 2016) yg share arkitektur 14nm yang sama. Kata Intel, nak 'fight' dengan processor AMD Ryzen (codename Zen) yg spt kita tau adalah processor 'budget-friendly-tapi-ada-ummphh' mcm iklan Teh Boh... terutama kpd contain-creator kat luar sana.
Itu belom lagi dengan kegilaan lampu RGB kat sana-sini... menyala-nyala warna-warni cam lampu lip-lap time raya tu haa (RGB ke lampu tuh?). Semua komponen derang skang nak letak RGB. Latest, RGB kat power supply (kegilaan apakah nie.. hahaha). Before tu plak, few months back... pengguna pc marhaen seantero donia kena jangkitan virus Tempered Glass kat casing komputer (menatang nie laa yang masyarakat kat Msia suka panggil CPU! ).
Tempered Glass case + RGB peripheral
Masa kegilaan-kegilaan kat atas tadi belum muncul, pc user lama penah gak dapat jangkitan 'Case Mod' dengan 'Neon' kabel... Mod nie kependekkan drpd perkataan 'Modified' atau 'McGuyver'... casing kena tebuk, gerudi & gergaji depan-belakang konon nk bagi airflow lebih masyukkk... ye laa, dulu mana ada casing yg bley taruk banyak kipas nie. Apatah lagi casing yg ada tingkap transparent mcm skrg... bila dah kena gergaji, nampak bahagian dalam... tak cantik laa plak sebab kabel SATA warna merah laa, kabel power supply warna-warni 'merah-kuning-htam' laa (warna cam sos ketchup-mustard-kicap )... mula laa pakai Neon coating/kabel buat deco... bila tutop lampu, casing ko nyala haa warna color-block...
Neon cable
Semua benda2 kat atas tadi, cuma wujud kat dunia custom PC je... Branded 'ready-made' komputer takde benda2 tuh. Sebab tu some pc user, taksub dengan mod-mod nie (ingat vaper je ke ada mod).
|