View: 3450|Reply: 14
|
[Pelbagai]
Invention and Evolution
[Copy link]
|
|
2044 siap self repair kohkohkoh
|
|
|
|
|
|
|
|
Berdasarkan kepada Kamus Dewan Edisi Keempat, Inovasi membawa maksud sesuatu yang baru diperkenalkan yang meliputi kaedah, sistem, adat dan lain-lain.
Dalam ertikata lain ia menjurus kepada kaedah atau usaha mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi dan kehidupan masyarakat.
Idea-idea tersebut boleh diperolehi dari dalam dan luar atau melalui proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebagai idea baharu atau disesuaikan untuk digunapakai mengikut keperluan jabatan/agensi. Idea-idea ini boleh merangkumi apa-apa perubahan dalam bentuk sistem dan prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi. Inovasi yang dihasilkan hendaklah berupaya menambah nilai output semasa serta membawa transformasi atau perubahan kepada amalan sedia ada. Secara prinsipnya, inovasi boleh dihasilkan dalam bentuk produk, perkhidmatan, proses dan teknologi |
|
|
|
|
|
|
|
Gasing Plastik
Antara produk yang berjaya ditemui oleh pihak Yayasan Inovasi Malaysia dan telah berjaya dipasarkan adalah gasing plastik hasil ciptaan Pak Ngah Jais atau mana sebenarnya Mohd Jais bin Rozali yang berasal dari Kg. Sanggang, Temerloh. Produk tersebut lahir setelah Pak Ngah Jais memikirkan kaedah terbaik dalam penghasilan gasing sedia ada yang diperbuat daripada kayu kepada gasing moden yang lebih praktikal.
Atas faktor tersebut, Pak Ngah Jais memperkenalkan gasing plastik yang merupakan satu bentuk inovasi kerana berjaya menghasilkan pembuatan gasing plastik bagi menggantikan gasing kayu yang semakin sukar diperolehi. Dalam masa yang sama gasing plastik lebih selamat, lebih kukuh dan lebih ringan, sekaligus ianya memudahkan kepada golongan kanak-kanak untuk membawa ke mana-mana dan tidak mudah pecah berbanding gasing kayu.
Hasil ciptaannya telah melayakkan beliau terpilih sebagai pemenang "National Grassroots Innovator Award (Open Category) anjuran Yayasan Inovasi Malaysia ( YIM ) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang telah disampaikan semasa Majlis World Innovation Forum (WIF) Kuala Lumpur pada 3-7 November 2012 |
|
|
|
|
|
|
|
tema sambutan Hari Pekerja 2017 iaitu, “Pekerja Kreatif Pencetus Inovasi” |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|