CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2829|Reply: 7

Fakta Kegunaan Air Hujan Yang Mengejutkan Anda! Apa Je Tu?

[Copy link]
Post time 5-12-2017 12:47 PM | Show all posts |Read mode
Mesti ramai yang tertanya-tanya apa manfaat air hujan tu? Apa kegunaan air hujan dan macam-macam lagilah.




Foto: Rebloggy




Bagi menghurai keunikan air hujan itu sendiri ia pastinya membuat ramai orang terkejut. Banyak kepentingan air hujan kepada manusia yang anda tidak ketahui sebenarnya.



Memetik Instagram (IG) negeriakhirat, antaranya ialah:






Foto: parturikampaamo




1) Membuat rambut kelihatan bersinar serta menyihatkan

Menurut Water Rhapsody, orang Barat zaman dulu percaya air hujan dapat menyihatkan rambut serta membantu menyinarkannya. Sementara itu, Rainwater Connection menulis, air hujan mempunyai kadar peutralan PH yang hampir sempurna, bebas garam serta tiada unsur yang dapat merosakkan rambut. Maka, air hujan amatlah sesuai dijadikan material paling neutral untuk digunakan sebagai alat mencuci rambut. Unik bukan?



2) Terapi perubatan


Air hujan mengandungi H202 (Hidrogen Peroksida) yang dapat dijadikan holistic healing atau terapi perubatan. Kalau nak tahu, Indonesia  menggunakan teknik rawatan ini yang dikatakan bersifat anorganik.






Foto: trendfashion



3) Membantu proses kehamilan


Kandungan nitrogen dalam air hujan adalah faktor penting dalam penciptaan protein bagi genetik dalam tubuh badan manusia. Jadi,  meminum air hujan dapat mendorong sintesis protein dan penciptaan senyawa dan asid amino yang dapat mempengaruhi pertumbuhan, hormon, fungsi otak dan sistem kekebalan tubuh badan anda.






Foto: abahnews




4) Menghilangkan bau hamis


Pernahkan anda tahu bahawa air hujan lebih berkesan menghilangkan bau hamis ikau atau daging berbanding air sabun? Lepas ni bolehlah kumpul air hujan macam orang kampung dulu-dulu buat tu ya?




5) Menghilangkan toksin (racun)


Wah! Teknik bagi menghilangkan toksin dalam badan hanya dengan menggunakan air hujan. Caranya adalah dengan melarutkan garam dalam air hujan yang  segar, kemudian rendam kaki anda selama 15 minit.


Lakukan secara rutin apabila hujan turun agar anda dapat mengekalkan tubuh badan yang sihat.




Percaya atau tidak, air hujan juga dapat menghilangkan stress wanita dan juga lelaki di luar sana. Selamat mencuba! - CARI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2017 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu kt KL ni bfikir byk kali nk tadah. Kt kampung, ok je. Dl selalu je tadah, tapis n simpan dlm tempayan..msk umah cuci kaki dl.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 02:20 PM | Show all posts
mcm mengarut je
bukan ke air hujan ni paling byk toksik...kena kat besi terus naik karat, kalau kena kat kepala tak terus mandi nanti demam, kalau time kena ciken pop kena hujan sikit terus jadi kudis...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 09:20 AM | Show all posts
Pernahkan anda tahu bahawa air hujan lebih berkesan menghilangkan bau hamis ikau atau daging berbanding air sabun? Lepas ni bolehlah kumpul air hujan macam orang kampung dulu-dulu buat tu ya?


Ada ke orang basuh ikan/daging guna air sabun selama ni?
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 11:12 AM | Show all posts
blh pcya ke..
ak kalau kena ujan tu, cepat je demam.. lebih2 lg hujan rintik2.

kat kg nenek dlu kalau hujan lebat2 baru tadah buh dlm tempayan. wat basuh kaki sblm masuk rmh. tu pun if hujan lebat selepas setengah jam.. sb rse mcm bertoksik je air hujan di awal2 tu...  

so, acaner plk kajian kata air hujan ni bermanfaat? org nk elak kot kena ujan sb mudah demam?
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 11:13 AM | Show all posts
EncikRhoma replied at 6-12-2017 09:20 AM
Ada ke orang basuh ikan/daging guna air sabun selama ni?

iols is musykil jgk.................
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2017 11:27 AM | Show all posts
chinta89 replied at 6-12-2017 03:13 AM
iols is musykil jgk.................

wartawan cari je kot yg basuh ikan guna sabun. Sental guna sabun basuh  
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2017 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Oooooo...baru tahu {:laugh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:16 PM GMT+8 , Processed in 0.044075 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list