View: 2858|Reply: 0
|
Romantis Bak Dalam Drama, Pasangan Bercinta Ayuh Ke Pulang Leebong Indonesia
[Copy link]
|
|
Mungkin ada yang tonton drama ini dan mungkin juga ada yang tidak. Tapi bagi peminat kisah romantik lakonan Remy Ishak bertajuk Kekasih Paksa Rela pasti anda terpesona dengan lokasi penggambaran drama ini yang bertempat di Pulau Leebong, Belitung, Indonesia.
Foto: Facebook
Pulau Belitung lebih popular kerana filem Laskar Pelangi yang berjaya mendapat tempat dalam hati semua peminat filem.
Bagi anda yang sukakan pulau dan mencari-cari lokasi percutian yang jauh daripada hiruk pikuk kebisingan kota, apa kata letakkan Pulau Leebong dalam senarai anda yang seterusnya!
4 Tarikan Pulau Leebong, Belitung
1. Pulau Gusong: Pulau ini merupakan sebuah gugusan pasir putih dan halus dan ia akan lenyap ketika air laut sedang pasang. Pulau ini dijaga dengan baik meskipun terapung ditengah laut dan diapit pulau-pulau kecil disekitarnya.
Sebuah rumah terapung turut disediakan di sini untuk anda berteduh dan berfoto sepuasnya. Anda juga boleh bersantai dan memesan kelapa muda dan berayun pada sebuah buaian yang turut disediakan di sini.
Foto: Facebook
2. Hutan Paya Bakau: Setibanya anda di pulau Leebong, pemandangan hutan paya bakau di sepanjang sisi pelabuhan bakal menanti anda. Hutan ini dijaga dengan rapi dan merupakan salah satu tempat yang paling menarik di Belitung.
Dari tempat ini anda hanya perlu berjalan kira-kira 300 meter ke pusat kegiatan pantai yang terdiri atas rumah-rumah kayu beratap daun.
Foto: Facebook
3. Rumah Pohon : Beberapa buah rumah pokok telah dibina ditengah Pulau Leebong. Rumah-rumah pokok ini sesuai untuk anda beristirehat dan menghabiskan watu dengan damai sambil melihat keindahan pantai.
Foto: Facebook
4. Sukan pantai: Bagi yang gemarkan sedikit aktiviti lasak, anda boleh cuba kayak, banana boat ataupun jetski. Pantai disini juga bersih dan anda boleh berenang sepuasnya.
Foto: Facebook
Tak sabarnya nak ke Pulau Leebong! Anda boleh ke sini dengan menaiki pesawat ke Palembang dan dari Palembang ke Pulau Belitung. Selamat mengembara! -CARI |
|
|
|
|
|
|
| |
|