Arsene Wenger memuji usaha pemainnya membantu Arsenal melangkah ke saingan suku akhir Liga Europa selepas meraih kemenangan ke atas AC Milan dengan keputusan 3-1, awal pagi tadi. “Kami meraih kemenangan dalam dua perlawanan dan menamatkan aksi kedua dengan keyakinan sebagai satu pasukan mantap.
“Kesukaran sentiasa ada ketika anda mahu menyelesaikan sesuatu kerja namun apabila anda meraih keputusan yang membanggakan pasti membuatkan segala usaha anda berbaloi,” kata pengurus Arsenal, Wenger. Dalam perlawanan kedua 16 akhir menentang AC Milan itu menyaksikan tiga gol Arsenal hadir menerusi dua jaringan daripada Danny Welbeck pada minit ke-39 hasil gol penalti dan pada minit ke-86 manakala satu lagi dihadiahkan oleh Granit Xhaka pada minit ke-71. Gol tunggal AC Milan dijaringkan oleh Hakan Calhanoglu pada minit ke-35. Arsenal melangkah ke saingan suku akhir Piala Europa dengan agregat 5-1 selepas meraih kemenangan dalam aksi pertama 2-0.
|