View: 4645|Reply: 4
|
Teknik menangani masalah cookies
[Copy link]
|
|
KEBANYAKAN tapak Web dikendalikan badan komersial atau bukan komersial yang dibiayai menerusi iklan baner yang mesti ditayang. Apabila pengiklan mahu iklannya ditonton sebanyak mungkin, maka pemilik tapak Web perlu tahu profail pelawatnya - pelawat kali pertama, kedua atau seterusnya - supaya mereka boleh menayangkan iklan berlainan mengikut profail tersebut. Objektif ini cuba dipenuhi menerusi cookies yang dibina dan disimpan dalam PC anda, biasanya dalam bentuk: [email protected].
Jika anda temui cookies seperti "[email protected]", ini bermakna pelayan (server) "pasaraya" sahaja boleh meminta cookies tersebut. Jika PC anda tiada cookies yang sepadan dengan nama "domain" tersebut, maka anda ditafsirkan sebagai pelawat kali pertama dan cookies baru perlu dihantar kepada PC anda untuk disimpan (selalunya dalam direktori C:\WINDOWS\Cookies\). Jadi, setiap kali anda kembali ke tapak Web tersebut, cookies ini dibaca dan dikemaskini supaya tapak itu tahu anda adalah pengunjung tetap atau tidak.
Sebenarnya, cookies hanya fail teks semata-mata yang terdiri daripada pasangan "nama-nilai" (name-value). Fail ini dibaca dalam pengkalan data tapak Web dan berfungsi berdasarkan kepada ID pengguna (user ID) - milik anda yang unik. Biasanya pasangan nama-nilai itu terdiri daripada ID pengguna yang berupa angka menokok atau rantaian aksara yang dihasilkan pelayan Web. Jika fail cookies itu dipadam, maka anda akan mendapat ID unik lain apabila anda mengakses tapak Web tersebut di lain ketika, dan begitulah seterusnya.
Selain mengandungi data asas yang dinyatakan tadi, fail cookies - terutamanya yang melibatkan tapak Web beli belah dalam talian - mungkin menyimpan beberapa data tambahan. Antaranya: ID pengguna; penyedia perkhidmatan; sistem operasi (OS); jenis pelayar Web; resolusi dan warna skrin; jenis pemproses atau CPU; pelayan "proxy"; alamat IP anda; tapak Web terakhir yang dilawati (rujukan). Jika cookies dipadam, anda biasanya diminta "log on" semula bagi menerima salinan lain cookies dengan ID pengguna yang sama.
Data dalam cookies yang ditulis pada pemacu keras hanya boleh diminta tapak Web berkenaan sahaja dan tapak Web lain tidak boleh meminta data tersebut. Tetapi dengan syarat, pilihan 憃nly allow cookies to be sent to originating server |
|
|
|
|
|
|
|
ish,ish,ish..panjang lebo hang punya xplanation, w/pun tak brapa paham, tapi akak pahamkan jugak dan akak memang tak larat ngan SPAM ni, penuh dlm junk e-mail akak. so, akak akan try petua yg hang bagi tu..selamat mencuba untuk akak n TQ... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau Fly selalunyer kalau byk surfing
Fly delete offline cookies dulu
pastu select cookies maner nak buang
so yg tinggal cookies utk site yg selalu masuk ...
pastu Fly budget amount of space .. dlm 250mb
so takde masalah ......
kalau nak lagi senang ... delete all cookies .......
then extra stuff to do .. gune spyware s/ware utk detect unwanted spyware s/ware tertempel dlm hard disk
|
|
|
|
|
|
|
|
aku guna Ad-Aware SE je untuk delete cookies yg tak berguna dan menyusahkan... boleh gak pakai Spy sweeper.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pakai
Disk Cleaner... cepat, mudah dan berkesan.. bukan setakat cookies jek.. cekodok, kuih-muih dan yg sewaktu dgnnye..
Download kat sini:
http://www.xs4all.nl/~mp2004/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|