Edited by NmeeraR at 11-10-2018 09:25 PM
Seperti yang kita tahu, setelah Sulawesi Tengah dilanda gempa dan Tsunami, penduduk Sulawesi sekali lagi diduga dengan letusan Gunung Berapi Sotupan yang berstatus siaga (siap sedia) atau alert. Kini, isyarat kepada penduduk telah dikeluarkan untuk tidak aktif beraktiviti di semua kawasan yang berhampiran dengan gunung dalam jarak empat kilometer.
Berikutan dengan fenomena yang mencetus ini, ini adalah sedikit info mengenai gunung ini dan juga rahsia keindahannya serta daya tarikan sebenar Gunung Berapi Sotupan yang sebelum ini menjadi kawasan tumpuan pengunjung.
- Soputan telah berkali-kali meletus, yang terakhir pada tahun 2012. Jenis letusan Soputan adalah letupan kubah lava, aliran piroklastik, dan aktiviti strombolian.
2. Gunung Soputan merupakan salah satu kawasan kunjungan yang popular di Indonesia dan menjadi tumpuan pelancong di serata dunia.
3. Mendaki Gunung Soputan dari Kampung Tumaratas ke tapak perkhemahan hanya lima kilometer jauhnya.
Sasaran para pendaki tentu saja landskap semulajadi. Salah satu pemandangan yang paling disukai di Gunung Soputan, ialah hutan pinus. Malah, menjadi lokasi sebagai tempat untuk tujuan pre-wedding.
4. Mengambil masa berjam-jam berjalan kaki atau 35 minit sahaja menggunakan motor trail.
5. Sepanjang perjalanan anda akan ditemani panorama indah, bahkan ada sebuah air terjun yang cantik
6. Gunung Soputan mempunyai ketinggian 1,784 meter di atas paras laut, dengan suhu sekitar 15-20 darjah Celcius.
r.
Kini, tempat kunjungan pelancong ini masih lagi menjadi kawasan larangan, berikutan dengan letusan gunung berapi Soputan. - CARI
|