|
Hai, semua.
Disebabkan Bilis terharu dengan usaha gigih kamu semua, maka, saya buatkan teka teki baharu
Carikan saya:
- Sebuah piring putih yang berisi mee berwarna-warni. (tengah-tengah gambar)
- Sebuah cawan yang berisi aiskrim (ala-ala sundae) dengan sehiris sunkist, sepotong rollcake dan beberapa biji m&m sebagai topping (kanan gambar)
- Di kiri gambar ada sebuah cawan kecil (ala-ala cawan one shot) yang diletakkan di dalam gelas berisi ais. Dalam cawan kecil, ada cecair berwarna hitam, mungkin sos coklat. Saya kurang pasti Di sekeliling mulut cawan one shot, ada manik manisan yang berwarna warni
- Di belakang cawan, ada kek kecik. Juga dihias secara berwarna-warni.
- Di bahagian belakang gambar, ada piring bercorak merah putih, di atasnya ada aiskrim beserta cone (dan hirisan strawberry mungkin, atau manisan berbentuk hati, saya kurang pasti kerana gambar blur.
- ada juga kelihatan jug/ gelas ala-ala overnight oat punya jar (gambar separuh je)
- gambar fokus dekat mee dan aiskrim sundae. Yang lain semua out of focus
- tema warna warni, senang cerita
- background (alas meja) warna ungu
Keyword:
Bahasa Inggeris
Empat Patah Perkataan
Nama Tempat
_ _ _ A _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ A _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ A _ _ _ _ _
Harap keyword ni membantu.
Selamat cuba dan jaya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|