View: 4287|Reply: 5
|
TIGA KALI KE PENTAS AKHIR. TERENGGANU, PERAK SAMA KUAT
[Copy link]
|
|
Piala Malaysia sperti diketahui umum merupakan kejohanan bola sepak tertua di negara ini dan sekaligus menjulangnya menjadi idaman setiap pasukan yang bertanding dan 27 Oktober ini bertempat di Stadium Shah Alam, pasukan Perak akan berentap dengan Terengganu bagi merebut piala yang berprestij itu.
Pasukan Terengganu yang di pimpimpin oleh Irfan Bakti pastinya mempunyai ramuan dan taktikal yang pastinya akan menyekat dan meresap setiap serangan yang akan dilakukan oleh pasukan Perak.
Terdahulu pasukan Terengganu melangkah ke perlawanan akhir dengan penuh damatik apabila sekadar mencatat kemenangan tipis 1-0 menewaskan pasukan JDT pada peringkat separuh akhir pertama dan hampir-hampir tergelincir apabila ketinggalan pada babak awal perlawanan separuh akhir kedua di Larkin sebelum Tchetche Kipre meledak dua gol bagi membenam pasukan JDT seterusnya membolehkan Terengganu layak ke pusingan akhir bertemu Perak.
Berbeza dengan pasukan Perak, kemenangan 5-0 di Ipoh menjadikan bekalan selesa untuk pasukan Perak menghadapi separuh akhir kedua di Likas dan mencatakan keputusan seri 2-2 sudah cukup buat pasukan bimbingan Mehmet Durakovic melangkah dengan bergaya ke perlawanan akhir Sabtu ini.
kali pertama kedua-dua pasukan bertemu di pentas akhir ialah pada tahun 1998 dimana pada perlawanan tersebut Perak telah muncul juara setelah mencatatkan kemenangan 5-4 menerusi sepakan penalti setelah kedua dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat masa tambahan. Seterusnya mereka kembali bertemu di pentas akhir pada tahun 2001 dan pasukan Terengganu muncul juara setelah bangkit dari ketinggalan 1-0 hasil jaringan pemain pinjaman Perak dari pasukan Kedah, Rafdi Rashid pada babak awal perlawanan.
Kini kedua-dua pasukan akan bertemu sekali lagi di pentas akhir bagi mencari juara baru untuk Piala Malaysia edisi ke-92. bagaimana agaknya kehangatan perlawanan yang dipersembahkan oleh kedua-dua pasukan, sama-sama kita nantikan. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
salah board ni. pegilah bukak kt board bola |
|
|
|
|
|
|
|
semoga semuanya baik2 saja..taknak gaduh2 |
|
|
|
|
|
|
|
maaflah sy ni budak baru nak belajar menaip.. baru nak kenal website cari ni... tengok level pun baru level 1 je. terima kasih lah kerana "menegur" dengan "berhemah"
|
|
|
|
|
|
|
|
Miro_Amirul replied at 24-10-2018 08:41 AM
maaflah sy ni budak baru nak belajar menaip.. baru nak kenal website cari ni... tengok level pun b ...
harap2 nanti mod masuk boleh movekan la |
|
|
|
|
|
|
| |
|