Sebagai manusia biasa, yang pernah melalui kehidupan di bandar penuh kesesakan lalu lintas dan asap kenderaan, sudah pasti ada yang mengimpikan suasana aman tanpa menghidup udara kotor atau bunyi hon yang membingitkan telinga. Namun apa yang anda idamkan, belum tentu dapat direalisasikan kerana kini kita di era arus kemodenan dan teknologi. Mustahil untuk hidup tanpa kenderaan moden.
Namun begitu, tahukah anda, masih ada bandar yang tidak perlu melalui kehidupan seharian sebegitu? Tahukah anda masih terdapat bandar tidak menggunakan kenderaan seperti kereta atau bas sebagai pengangkutan seharian mereka tetapi kehidupan masih lancar seperti biasa. Wah! Hebat.
Maka, ini adalah senarai bandar tanpa kenderaan kereta atau bas yang memiliki suasana indah dan buat anda bikin anda jatuh cinta.
Giethoorn sebuah perkampungan yang indah dan unik tanpa jalan raya dan pengangkutan awam seperti kereta atau bas. Ia terletak 120 kilometer daripada bandaraya Amsterdem, Belanda dengan jumlah penduduk kira-kira 2600 orang. Apa yang menarik mengenai Giethoorn adalah menggunakan bot bisik atau whisper boats sebagai pengangkutan utama. Tempat ini juga dikenali sebagai tempat indah yang begitu mendamaikan. Bertapa beruntungkan kita, kalau dapat ke sini dan melihat kehidupan seharian penduduk di sini, mesti menarik bukan?
Musim-musim di Giethoorn. Ice skating di laluan air ketika musim salji. Imej dari internet.
Antara rumah-rumah di Giethoorn
Venice , Italy
Venice adalah sebuah bandar di utara Itali dengan jumlah penduduk lebih 270,000 orang. Ia merupakan sebuah bandar sangat tua yang menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia untuk melihat seni bina dan juga terusan-terusan (laluan air) yang unik dan menarik. Bandar ini terdiri daripada 117 pulau-pulau kecil yang dipisahkan oleh 150 buah terusan (laluan air). Penduduk di sini menyeberangi terusan-terusan ini melalui jambatan-jambatan yang kecil dan menaiki sejenis bot yang dipanggil gondola untuk melalui terusan. Tak mustahil lah andai bandar ini diperkatakan orang ramai sebagai salah satu bandar paling cantik di dunia.
Keindahan di Venice,Italy. Imej dari internet.
Pengangkutan utama di sini, iaitu Gondola. Kelihatan juga struktur bangunan merupakan perumahan penduduk di Venice. Imej dari internet.
Keceriaan lampu malam kelihatan setiap saat waktu hampir gelap. Cantiknyaa...
Mackinac Island, Michigan, US
Di sini, undang-undang tempatan melarang penggunaan mana-mana kenderaan bermotor di pulau ini membuatkan ia menjadi pulau yang unik. Penduduk di sini hanya boleh berjalan kaki, berbasikal, atau menaiki kuda sahaja kecuali beberapa pengangkutan tertentu dibenarkan, seperti kenderaan kecemasan, kerusi roda elektrik bagi mereka yang kurang upaya, kereta salji di musim sejuk, dan kereta golf untuk penggunaan tertentu sahaja.
Suasana di Mackinac Island. Kelihatan basikal, kereta kuda dan kereta salji sebagai pengangkutan utama penduduk di sini.
Waktu malam di Mackinac Island
Terletak di Laut Aegean, antara Saronic dan Argolic Gulfs. Hydra merupakan bandar Yunani klasik dengan seni bina berkonsep rumah putih yang meliputi bukit-bukit di kawasan itu. Lautannya yang bersih dan kawasannya yang indah membuatkan pulau ini menjadi antara destinasi pelancongan yang diminati. Apa yang disimpan di pulau ini dianggap sesuatu yang murni kerana undang-undang pemeliharaannya yang tidak membenarkan pemasangan bangunan-bangunan baru yang boleh menghilangkan penampilan asal bandar itu. Selain itu, Hydra juga tidak mempunyai kenderaan bermotor kerana jalannya yang terlalu sempit dan curam. Jadi, Hydra masih kekal berada dalam keadaan yang sama seperti 50 tahun yang lalu.
Terserlah ketenangan di kota Hydra Greece , Malah kawasan ini juga berlatarkan lautan biru.
Waktu malam di kota ini tiada kurangnya. Sesuai betul kepada anda yang ingin mencari ketenangan.
Indah betul tempat tanpa kenderaan bermotor ni kan? Rasa-rasa mana satu pilihan anda? - CARI
Sumber : skimackinac, Wikipedia/Hydra, businessinsider.com, metro.news, Wikipedia/Venice |