Hai korang... hari ni ak nak share tentang tempat-tempat menarik di Morocco. Ak pergi ke sana pada tahun 2011. Aku rasa x ramai yang pernah pergi ke sana. Student dekat Morocco ni pun x sampai 200 orang. Jadi andai kata korang ke sana nanti.. kemungkinan untuk berjumpa irang Malaysia ni sedikit je. Morocco ni terletak di utara Afrika. Bersempadan dengan benua Eropah.
j
Di Morocco ni ada beberapa buah negeri, antara yang biasa pelancong pergi seperti Casablanca, Marakesh, Tanger, Fes , tetouan dan banyak lagi. So aku akan list kan beberapa buah tempat menarik :
1) CASABLANCA
Aku rasa ramai pernah dengan nama Casablanca berbanding Morocco kan, tupun sebab ada filem casablanca, dalam beberapa tahun ni pun banyak drama-drama melayu yang shoot dekat sini. So ak mula kan dengan negeri ni dulu sbb flight kita biasanya akan mendarat di airport sini.
A) Aeroport Mohamed V
Ada je airport lain tapi dengar kata mahal.
B) HASSAN II MOSQUE ( RUMAH ALLAH DI PINGGIR LAUTAN ATLANTIK)
Masjid ni terletak di tepi laut dan merupakan masjid ke 3 terbesar di dunia. pemandangan dekat sini lawa. Klu nak bergambar pun cun.. Masjid ni sangat besar. klu tengok dalam gambar mcm kecik kan tapi bila dekat macam bangunan gergasi. Kalu musim panas, lantai masjid jadi sejuk.. bila musim sejuk lantai jadi panas. sekiranya tengok dari laut. masjid kelihatan seperti terapung di atas air. Ada student sane cakap ada satu ruangan dalam masjid di bawah air.
2) RABAT
Rabat ni adalah ibu negeri Morocco. PUsat pentadbiran semua dekat sini.
|