View: 6820|Reply: 7
|
Uniknya, Bermain Dengan Air Pasang Di Taman Negara Johor Tanjung Piai
[Copy link]
|
|
Bagi penduduk di sekitar Johor, fenomena air pasang di Taman Negara Johor Tanjung Piai sudah menjadi kebiasaan untuk mereka. Fenomena ini boleh dikatakan berlaku setiap hujung tahun sejak beberapa tahun yang lalu lagi. Bahkan kini, kawasan ini sesuai untuk bermandi-manda apabila terjadinya air pasang di sini.
Dari Berita TV9
Sumber dari internet
Air pasang besar ini berlaku disebabkan oleh air dari Laut Selat Melaka yang melimpah masuk ke dalam kawan taman negara kerana kawasan ini berada di pesisiran pantai. Air pasang sekitar kedalaman bawah paras sederhana ini akan berlaku hanya 2 jam sehari sekitar pukul 11.00 pagi dan 1.00 tengah hari. Walaupun hanya seketika, ia cukup memberi kepuasan kepada pengunjung yang datang untuk melihat dan merasai sendiri pengalaman air pasang besar di pintu masuk taman negara hutan paya bakau itu.
Sumber dari internet
Menurut pengurus TNJTP, fenomena air pasang ini memang dinanti-nantikan orang ramai untuk bermain ibarat di taman tema air, seperti mana tahun-tahun sebelumnya yang mana kawasan ini akan berlaku air pasang besar.
Pihak TNJTP akan membuka laluan masuk berasingan kepada para pengunjung yang ingin beriadah ke sini. Mereka juga akan memaklumkan kejadian ini tiga bulan lebih awal melalui akaun Facebook Taman Negara Johor. Untuk itu, dimaklumkan air pasang besar tahun ini sedang berlaku sejak 24 Disember dan dijangka akan berakhir pada Khamis ini.
Menurut TNJTP lagi, disebabkan kejadian ini, mereka menerima pengunjung kira-kira 5,000 orang setiap hari.
Namun begitu, pihak TNJTP juga harus menitikberatkan 2 faktor dalam satu masa iaitu faktor keselamatan pengunjung, yang mana pihaknya memastikan pengunjung bermain air di bawah pengawasan kakitangan yang terlatih.
Seterusnya, mengenai air pasang yang terjadi telah memberi kesan kepada TNJTP kerana setiap tahun keluasan tanah akan makin berkurang akibat daripada hakisan pantai yang kritikal. Untuk itu, pihak TNJTP sentiasa menjalankan usaha untuk mengatasi masalah ini melalui program penanaman pokok bakau di sekitar kawasan taman negara.
Sungguh menarik bukan? Ada yang pernah sampai ke sini untuk merasai fenomena unik ini? - CARI
Sumber : www.astroawani.com, www.utusan.com.my |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dh bersesak2 mcm tu nk beriadah apanya?? |
|
|
|
|
|
|
|
mak oi penuh orang. air cethek saja pun, ..mesti banyak indun datang selpie |
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya nak pergi sne xbest sebab lalu kebun sawit n jalan kampung..laki aku yg memang asal orang serkat pun jarang g sana ngan parking n masuk tg piai kne bayr asing2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tanjong piai ni pegi sekali cukup, so dh smpi ke penghujung benua asia, sbb lain xde |
|
|
|
|
|
|
|
sonok fenomena air pasang ni
dulu penah merasa kt area gelang patah..jakunnnn |
|
|
|
|
|
|
|
Giler sesak.. Idoklah temannn{:run |
|
|
|
|
|
|
|
masa pi dulu takda pulak air pasang ni. |
|
|
|
|
|
|
| |
|