CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5770|Reply: 5

Harganya Cuma Seringgit, Tapi Boleh Bantu Anda Kurus Dengan Jayanya

[Copy link]
Post time 28-12-2018 06:36 PM | Show all posts |Read mode


Semua orang tahu, bukan senang nak kurus. Nak kena bersenam, nak kena diet. Diet juga perlukan modal. Menu diet pun bukannya murah-murah. Jadi macam mana yang kata boleh kurus dengan RM1 je?

Sebenarnya, ada satu bahan yang sangat bermanfaat untuk mereka yang nak kurus. Bahan ni baik untuk tingkatkan kadar metabolisme badan dan seterusnya membantu membakar lemak dengan lebih berkesan dan harga bahan ini cuma RM1 je.

Ha, bagi yang nak tahu apa bahan tu. Jom baca perkongsian daripada Sarifa Redzuan II di bawah.



KURUS DENGAN RM1 SAJA
Pernah dengar biji jemuju? Ala, yang dok buat muruku tu?

Nama melayu dia Jemuju/Lemuju. Nama inggeris dia carom seed. Nama Tamil dia omam.

Meh, Cikgu nak cerita sikit. Bukan saja sedap makan muruku tapi biji jemuju ni bagus untuk turun berat badan.

Jemuju meningkatkan kadar metabolisme, yang mengakibatkan pembakaran lemak dengan itu membantu dalam kehilangan berat badan.
Ramai orang tak tahu rahsia ni lagi.

Jom cikgu kongsi cara nak buat air kurus guna jemuju. Ada pelbagai cara mudah nak guna jemuju dalam menurunkan berat badan

1. CARA PERTAMA
  • 25g jemuju direndam ke dalam satu gelas air semalaman.
  • Masukkan sedikit madu
  • Minum Selama 20 hari untuk dapat kesan yang menakjubkan.

2. CARA KEDUA
  • Kunyah jemuju pada waktu pagi sebelum sarapan juga memberi kesan untuk menurunkan berat badan.

3. CARA KETIGA
  • 1/2 sudu teh jemuju
  • 1/2 sudu teh halia serbuk
  • 1 Sudu Besar Madu
  • Masukkan semua bahan setelah air panas dan kacau sebati. Biarkan suam dan minum.
  • Air ni juga boleh menyembuhkan masalah gas dalam perut dan perut kembong.


4. CARA KEEMPAT
  • 1 Sudu kecil jemuju
  • 1 Sudu Kecil jintan manis
  • 2 Ulas bawang putih diketuk
  • Rebus dengan 4 cawan air sehingga mendidih.
  • Tutup api dan biarkan sejuk masukkan dalam cawan dan tambah sedikit madu dan air jus lemon.
  • Minum setiap hari Selama 15 hari. In Sha Allah, badan rasa sangat segar. Berat pun turun.

5. CARA KELIMA
  • 3 Sudu Besar jemuju di rebus dengan 2 cawan air hingga mendidih.
  • Biarkan sejuk, tapis dan minum airnya setiap hari.

MANFAAT AIR JEMUJU
  • Baik untuk masalah gas, gastrik dan keasidan.
  • Baik dalam menyembuhkan dan merawat masalah pencernaan.
  • Ia membantu membersihkan pundi kencing.
  • Untuk ibu hamil kerana ia membantu dalam mengubati banyak masalah
    berkaitan dengan kehamilan.
  • Merawat kembung.
  • Menghilangkan batuk serta kahak.
  • Merawat sakit telinga.
  • Baik untuk masalah migrain.
  • Ia membantu mengurangkan kesakitan yang disebabkan oleh masalah arthritis.
  • Baik untuk merawat gangguan pernafasan.
  • Kurangkan berat badan.

Bestkan? So lepas ni rajin-rajin beli jemuju ni. Kat mydin ada jual. Murah jer.
Ada satu petua dari India bagus untuk masalah jantung dan buang angin dalam badan.
  • 100g Jintan Putih
  • 100g Jintan Hitam (Habatussauda)
  • 100g Jemuju
Setiap bahan digoreng asing-asing tanpa guna minyak selama 20 minit dengan api yang perlahan sehingga naik bau.
Masukkan semua bahan goreng tu ke dalam satu bekas kedap udara.
Cara makan, 1 Sudu teh selepas makan 3 kali Sehari.

Apa-apa pun niat la untuk kesembuhan. Kita ikhtiar sahaja.
Sebenarnya orang-orang lama memang ada amalkan air jemuju ni. Memang sangat bagus.
Okaylah, selamat mencuba semua.

NOTA KAKI
  • Nak cepat turun berat badan tu rajin juga la kasi berpeloh seperti buat senaman ringan.
  • Makan tu pantang la sama.
  • Minum air secukupnya.
Jamu atau apa saja supplement ni hanya membantu proses penurunan berat badan. Usaha semua atas diri sendiri.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2018 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
xde jemuju ni mmg xrase muruku lah..
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2018 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Oo ni ke kat ig  
Kurus dengan hanya rm1
Sila klik instastory utk maklumat selanjutnya
Jibai
Igt org ada masa nak tgk klik sana sini ka
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2018 10:03 PM | Show all posts
Kat terengganu ada jual air jemuju.
Jemuju ni di rebus dan wapnya diambil untuk minum. Cara macam buat air suling. Baik untuk masalah angin/gastrik.
Tapi rasanya memang pedas.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2019 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebijik cam ketumbar
Sama ke lain
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2019 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku kalau gastrik menyerang mmg amik air jemuju. Dulu tak tau air jemuju ni dibuat dari apa sbb rasa dia yg tengit pedas tu. Skang baru tau dari kumpulan herbs rupanya hahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 02:16 PM GMT+8 , Processed in 0.057153 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list