View: 25577|Reply: 8
|
Cara Memancing Ikan Siakap
[Copy link]
|
|
Cara memancing siakap liar atau barramundi yang paling mujarab dan terbaik adalah akan saya bincangkan kali ini. Siakap atau barramundi adalah antara ikan liar sasaran popular di kalangan kaki pancing. Pelbagai cara, teknik , tips dan kaedah memancing siakap digunakan oleh kaki-kaki pancing untuk menumpaskan spesies siakap atau baramundi samada siakap liar atau siakap kolam. Bahkan ia tiada beza yang ketara dalam cara memancing siakap kolam.
Namun begitu bukan semua kaki pancing siakap yang dapat memenuhi hajatnya. Ianya banyak bergantung kepada usaha, pengalaman, teknik dan juga rezeki.
Di sini saya kongsikan sedikit info dan pengalaman untuk panduan kita semua. Ini pun saya peroleh dari pembacaan, pengalaman dan perkongsian dari rakan-rakan pemancing. Mungkin kita dapat kongsinya untuk pengetahuan bersama dalam memperbaharui tips, cara, kaedah atau teknik memancing siakap yang paling mujarab dan terbaik samada siakap kolam ataupun siakap liar.
Habitat Ikan Siakap
Siakap Putih atau Siakap atau Kakap juga Universalnya disebut Barramundi. Ikan Siakap bentuknya sangat gagah dan kekuatan tarikannya sangat hebat dan sangat menguja ketika melayan tarikannya. Habitat Siakap adalah pada kedalaman air sekitar 2-8 meter kawasan berbatu-batu/karang, struktur konkrit , sekitar kayuan serta buluh atau disekitar akar-akar bakau yang tepat sekali adalah di kuala sungai dan tepi laut. Untuk kedalaman 10 meter masih biasa dihuni oleh Siakap asalkan ada struktur besar seperti kapal karam, jambatan, jeti dan sebagainya. Pilihlah lokasi terbaik yang mungkin kita sedia maklum di mana siakap selalu dinaikkan oleh kaki pancing. Siakap selalu mendiami muara sungai dan kawasan pokok bakau atau pokok nipah.
TEKNIK PANCING SIAKAP
Muara sungai atau kuala sungai serta sungai yang berdekatan dengan laut juga, antara tempat atau kawasan yang disukai terutamanya oleh ikan-ikan Siakap Muara atau kuala yang berukuran besar. Sungai yang bermuara terus ke laut adalah lah tempat mereka bersarang dan bertelur. Ikan ini juga dikenal sebagai ikan yang susah dipancing karena terlalu sensitif dan sangat berhati hati dengan kehadiran manusia.
Masa Sesuai Pancing Ikan Siakap
Waktu makan Siakap biasanya bermula dar jam 4.00pm hingga ke 6.00pm sahaja dimana angin laut mulai meredup, kemudian angin berubah menjadi angin darat sebentar kemudian angin timur. Selama angin tidak terlalu kencang Siakap masih mau makan. Sekitar jam 11.00pm -12.00 saat angin berubah Tenggara sehingga Siakap berhenti makan sampai angin dari timur muncul lagi sekitar jam 03.00-04.00 sampai jam 8 mlm.
Faktor Air Pancing Ikan Siakap
Keadaan air juga mempengaruhi factor pemakanan siakap. Saat air pasang naik Siakap senang makan. Ketika air pasang penuh Siakap mulai kurang ghairah untuk makan. Ketika air mulai turun dan max pada titik bawah Siakap mulai makan lagi. Pada keadaan air bertahan (ada lapisan lumut/plankton tipis di permukaan ) Siakap jarang ada yang mau makan. Ini disebabkan oleh bahan yang bergerak akan menimbulkan semacam sinar di permukaan yang membuat Siakap menjauhkan diri.
Umpan Ikan Siakap Terbaik
Umpan Ikan Siakap Terbaik yang paling mujarab adalah Udang Putih. Selain lebih kuat berenang dibanding Udang kelabu, udang putih matanya akan menyala di dalam air pada waktu malam hari. Ada juga yang menggunakan ikan Belanak tapi ini harus full kontrol karena ikan ini suka masuk ke struktur batuan atau reba. Umpan Belanak biasa nya diggunakan diwaktu malam yang mempunyai cahaya bulan.
TEKNIK PANCING SIAKAP LIAR
Cara memancing Siakap secara tradisional dengan menggunakan umpan udang putih biasanya dengan kekuatan joran sekitar 7' bisa yang carbon atau fiber. dah haruslah Fast Action. Tali mono standard 25lb. Mata kail, kalau Mustad Saltwater gunakan lah yang no. 1 atau 2. Ikat mata kail dengan perambut sekitar 15-20cm. Tusukkan mata kail pada sisi ruas ekor sampai tembus ke pinggang. Tidak perlu diberi pemberat kecuali mancingnya di reba kayu atau keadaan arus agak deras baru boleh diberi ladung kecil sahaja.
Umpan yang sering digunakan oleh kaki pancing biasanya udang hidup, ikan belanak gewang sama ada melalui kaedah lontaran atau tundaan. Selalunya kaedah tundaan selalu membuahkan hasil. Kalau memancingnya pakai reel maka pagar reel (bail arm) harus selalu dibuka. Ini karena tali harus terus terkeluar bebas mengikuti udang yang berenang. Lepaskan tali keluar dengan menggunakan jari. Akan lebih mudah jika menggunakan kelongsong. Berhati-hatilah dalam mengawal tali yang yang keluar ini, tidak boleh terlalu kuat kerana semasa udang disambar Siakap, tali ini akan keluar terlalu pantas.
Karakter Siakap semasa menyambar udang biasanya umpan akan terus dibawa lari, tapi udang masih dikepit di bibir dengan posisi kepala di dalam mulut ikan tersebut. Kalau semasa sambaran pertama tali sedikit sangkut oleh jari, udang ini akan terus dilepaskan oleh Siakap, dan jika ini terjadi gantilah udang tersebut dengan udang yang baru. Ketika Siakap pertama kali menyambar udang, pedang udang itu akan dipatahkan. Menurut pengalaman, Siakap tidak lagi tertarik untuk menyambar udang dengan pedang yang telah patah.
TEKNIK PANCING IKAN SIAKAP BESAR
Jadi tekniknya ulurlah tali semasa sambaran pertama dari Siakap. Sebentar kemudian, atau lebih kurang 5-15 saat uluran akan berhenti. Siakap berhenti untuk memasukkan seluruh udang ke dalam mulutnya/mengunyah. Saat ini kita dengan sangat pelan-pelan menggulung tali dan ditarik tali tidak terlalu kendur. Setelah udang masuk mulut, Siakap akan berjalan lagi. Saat inilah yang paling tepat buat menyentak dan terus mengepam joran.
Kadang kala ada Siakap yang menyambar dan terus membawa lari umpan tanpa henti. Tunggu dulu dalam waktu sekitar 5-15 saat kalau ikan tidak berhenti terus sahaja menyentak joran. Waspada juga, kebanyakan cara makan Siakap besar. Dia akan menyedot dengan rakus dan keras sekali, tapi hanya berenang pendek. Kemudian dia jalan lagi tapi pelan-pelan. Bersiap-siaplah untuk berlawan atau melayan tarikan dalam waktu yang agak lama.
Gewang Pancing Ikan Siakap
Memancing dengan menggunakan gewang minnow. Pilihlah minnow jenis deep diver yang berbadan slim. Biasanya minnow untuk Siakap bentuknya sedikit melengkung kebawah seperti udang. Contoh gewang rapala barra, x-rap, Rapala Husky, Husky Jerk, Original Floating, Countdown, Shad rap, Nils Master Invisible, spearhead, Rebel Minnow dan lain-lain boleh digunakan tapi pilihlah gewang mengikut kesesuaian, seperti keadaan air dan sebagainya. Sesetengah orang berkata pemilihan warna gewang dan air juga memainkan peranan.
GEWANG IKAN SIAKAP
Selain memancing Siakap di laut, Siakap juga boleh dipancing di sungai atau tambak. Memancing di sungai hampir sama dengan mancing di laut. Dalam hal ini sungai yang banyak ikan adalah sungai yang banyak reba atau berupa cerucuk atau pohon bakau.Semasa mancing di tambak, yang perlu diperhatikan adalah waktu pasang naik. Siakap akan selalu berada di sekitar pintu air saat air masuk.
Sekian entri serba ringkas dan padat dari saya berkenaan cara dan kaedah pancing siakap liar atau barramundi yang paling mujarab. Semoga entri tips atau teknik memancing siakap liar atau barramundi yang paling mujarab ini dapat membuahkan hasil serta menambahkan ilmu pembaca dan pemancing-pemancing di luar sana. Sebenarnya banyak lagi yang perlu lagi dibincang di lain waktu tentang tips, cara, kaedah atau teknik memancing siakap atau barramundi yang paling mujarab samada siakap kolam atau liar.
Wassalam.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pernah pi muara sungai kat Terengganu. ....depa ternak siakap dlm sungai. .siap ada rumah terapung. ..best gila siap berkelah di situ. .. |
|
|
|
|
|
|
|
Area bagan lalang ada satu port yg byk siakap liar ni...dari jeti wak sempuh tu terus je ikut sampai abis jln tar tu lpas tu ada kubur lama jln lg smpi jmpa jalan tanah dpn tu ada pintu air..cuba waktu air pasang...pernah dpt 5 ekor kt situ paling besar size 4 kilo.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
MRX, kawasan kubur tu kereta boleh masuk ke? Tgk laluan cukup untuk motor je..
Area bagan lalang nk cari udang hidup tang mana ye? Boleh bg lokasi ? TK
|
|
|
|
|
|
|
|
kulit replied at 12-2-2019 09:44 PM
MRX, kawasan kubur tu kereta boleh masuk ke? Tgk laluan cukup untuk motor je..
Area bagan lalang ...
Boleh.. Ikut je jln tar tu smpi habis.. Jln tu akan mati dpan skit dr pintu air tu.. Udang hidup leh beli kt jeti wak sempuh tu atau kt kedai pancing sg pelek stu murah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ok MRX nnt kita try weekend ni...biasa siakap ptg baru cari mkn ye..pukul brp ikan ni selalu berkeliaran?
Btw Rumah rakit Wak Sempoh tu kluarga boleh bermlm ke?
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kulit replied at 12-2-2019 10:03 PM
Ok MRX nnt kita try weekend ni...biasa siakap ptg baru cari mkn ye..pukul brp ikan ni selalu berke ...
Paling sesuai waktu air start pasang tp klu boleh jgn tghari sbb situ kawasan lapang xde pokok.. panas terik..byk rumah rakit kt sna leh kata semua mesra family |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kat mana tempat ni?? Nak g la nanti..
|
|
|
|
|
|
|
|
paling best aku guna rapala shad rap yg ada kaler merah di sisi tu..fuh, sentap terus.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|