CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2133|Reply: 7

Cinta berputik ketika main RPG online, 'gamer' profesional terbang dari AS kahwi

[Copy link]
Post time 14-1-2019 02:33 PM | Show all posts |Read mode

Samra dan suaminya Triston Wallin akhirnya berkahwin kerana permainan video dalam talian.



        SEORANG wanita muda Filipina yang bekerja di Arab Saudi menarik perhatian media sosial selepas berkongsi kisah pertemuan dengan suaminya melalui permainan video dalam talian.
Menurut Filipino Times, Samra, 23, seorang pembantu domestik di Arab saudi hanya bermain permainan video RPG (role-playing game) pada masa terluang.
Bagaimanapun dia tidak menyangka pertemuannya dengan Triston Wallin, seorang lelaki berusia 21 tahun yang tinggal di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) berakhir dengan perkahwinan.



Selepas pertemuan awal mereka dalam dunia permainan video pada Jun 2017, mereka mula berbual dan berhubung antara satu sama lain setiap hari melalui panggilan video.
Hubungan mereka semakin mesra melalui permainan video yang mana Triston, seorang 'gamer' profesional sering memberikan wang dan barang-barang 'rare' kepada Samra.
Samra menceritakan bahawa selepas tempoh tertentu, Triston melamarnya tetapi dia tidak terus bersetuju kerana belum bersedia.



Bagaimanapun pada hari lahir Triston, dia memberikan hadiah paling manis apabila bersetuju untuk menerima cinta Triston.
Pada September tahun lalu, Triston mengajak Samra berkahwin melalui panggilan video dan pasangan itu berkahwin pada Disember lepas di Filipina.
Triston terbang dari AS dan Samra dari Arab Saudi untuk pertama kali bertemu di Filipina.
Sebaik tiba, Triston sekali lagi membuat lamaran di hadapan Samra dan dia setuju untuk memeluk Islam, agama yang dianuti Samra.
Pasangan itu mengadakan dua majlis perkahwinan, yang pertama mengikut perkahwinan Muslim tradisional dan yang kedua mengikut cara Barat.
Triston berkata dia merancang untuk membawa Samra ke AS yang mana dia akan membantu isterinya menjadi warganegara AS.
Kisah cinta mereka yang unik juga dipaparkan dalam program gaya hidup GMA-7, 'Kapuso Mo, Jessica Soho'. - gmanetwork




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2019 02:38 PM | Show all posts
untungla dek..main game je opsss sorryy esport hari hari
dah dapat mempercaiki keturunan
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2019 03:12 PM | Show all posts
akak main cariforum serata dunia lamar akak. kebanyakan kena reject sebab scam nigga
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Assalamuaikum & slmt mlm tt..saya rase thread tt yg nie lebih sesuai utk diletakkan di Bod Cinta & Emosi..tq
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Owh adakah ini bermaksud sy kena main game juga baru ketemu jodohnya

Tapi risau juga jodoh ditunggu
Bodoh pula yg datang
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 01:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Bru 21 tahun..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2019 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 14-1-2019 02:38 PM
untungla dek..main game je opsss sorryy esport hari hari
dah dapat mempercaiki keturunan

Kokesen tu yang repair keturunan uols.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 10:29 AM | Show all posts
cinta cyber "in-real"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 04:20 AM GMT+8 , Processed in 0.048362 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list