Puas hati dengan senarai game yang dipertandingkan setakat ini?
Bulan lalu, Razer telah
mengumumkansebagai salah satu rakan kerjasama untuk esports di temasya sukan dwitahunan terbesar rantau Asia Tenggara, Sukan SEA 2019 di Filipina — sekaligus mengesahkan yang acara esports buat pertama kalinya akan dikira dalam senarai pungutan pingat.
Pada ketika itu, hanya Mobile Legends: Bang Bang yang diumumkan sebagai salah satu game yang dipertandingkan. Terbaru, Jawatankuasa Penganjuran Sukan SEA Filipina (PHISGOC) dan Razer telah mengumumkan empat lagi game yang bakal dipertandingkan.
Game-game tersebut ialah:
PC
Dota 2 (Valve)
StarCraft II (Blizzard)
Mobile
Mobile Legends: Bang Bang (Moonton)
Arena of Valor (Tencent)
Konsol
Tekken 7 (Bandai Namco)
Belum diumumkan
Seperti yang dapat kita lihat dalam senarai di atas, 2 game akan ditampilkan bagi setiap platform, iaitu 2 di PC, 2 di mobile dan 2 di konsol. Juga, hanya 1 game dibawakan dari 1 pembangun.
Pihak penganjur mengesahkan yang kesemua game esports ini tidak akan dipecah-pecahkan kategorinya mengikut jantina. Bermakna, lelaki dan wanita boleh bertanding bersama-sama dalam kesemua acara ini. Selain itu, mereka turut mengatakan yang pemilihan game ini memperlihatkan kepelbagaian genre.
Topik yang menjadi perbualan hangat sekarang, apakah game terakhir yang akan mengisi satu lagi slot di konsol? Menurut
ESPN, game keenam dan terakhir itu akan didedahkan dalam beberapa minggu akan datang.
Sebagai peminat game bola sepak, pastinya penulis mahukan FIFA atau PES dipertandingkan dalam temasya sukan ini. Agak janggal sebenarnya jika salah satu game bola sepak ini tidak dipertandingkan dalam kejohanan sebesar ini.
Korang pula mahukan game apa?
Sama-sama kita nantikan.
URL ringkas:https://www.jomgaming.my/SoOBD