CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fly_in_d_sky

[Buku] Saya sedang baca buku (Bah. 3)

[Copy link]
 Author| Post time 21-10-2024 03:13 PM | Show all posts
dah habis baca Runcing II
menarik .. cuma agak slow sikit
part lawan dengan harimau jadian
dengan part kena busung tu
tidak imaginasi sangat takut nightmare


Kepulangan Hambali ke Batu Pahat bersama sebuah harapan. Ada hajat yang ingin ditunaikan. Namun, takdir ALLAH telah tertulis. Hadirnya bukan untuk menyulam kasih, tapi untuk melihat Seri Bakawali terus hidup. Permainan mistik ini harus ditamatkan walau apa pun yang terjadi. Kiai Shamsudin mesti dibantu! Biarlah lara perkasihan ini terus berlalu dibawa bayu.

“Seri Bakawali, maafkan aku! Aku terpaksa memadam namamu dari kamus hidupku." - Hambali -

Sepeninggalan Hambali, Longkai menjadi huru-hara. Sahak kembali untuk menuntut haknya. Kemunculan harimau dan kehilangan beberapa penduduk kampung menimbulkan misteri. Sahak sudah lama menunggu peluang untuk melunaskan dendamnya. Namun, Sahak tidak tahu. Membunuh Hambali bermakna dia perlu berhadapan dengan Yusof!

"Yusof, kutinggalkan tasbih ini di tangan kananmu. bukti aku adalah gurumu." - Kiai Shamsudin -

“Hambali! Kau akan mati di sini!” - Sahak -

"Sahak, manusia tidak akan dapat melebihi ALLAH dan Rasul. Kau akan terima pembalasan." -Yusof

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-10-2024 03:14 PM | Show all posts
ADLI DAN ADIKNYA ADIM adalah anggota Cawangan Khas bahagian anti keganasan atau unit E8. Dalam satu operasi menangkap kumpulan pengganas Harakat Islamiyat Mutashadida, Adli dan Adim telah bertindak melulu sehingga menyebabkan kematian orang awam. Setelah dipecat dari PDRM, mereka mengalami kesukaran menyesuaikan diri dengan kehidupan sebagai orang awam kerana begitu lama bergelumang dalam dunia kepolisan.

Apabila Pak Hussin mengupah Adli untuk menyelamatkan anak perempuannya, Liza yang dilarikan ke Hatyai oleh sindiket pelacuran yang dikenali sebagai Nang Lek, Adli telah mengajak Adim untuk melaksanakan tugas itu.

Usaha Adli dan Adim untuk menyelamatkan Liza umpama menjolok sarang tebuan apabila ketua Nang Lek iaitu Conan telah memburu Adli dan Adim sehingga ke Malaysia. Bimbangkan keselamatan keluarga mereka, Adli dan Adim tidak punya pilihan dan terpaksa meminta bantuan dari musuh lama iaitu kumpulan Harakat Islamiyat Mutashadida dalam usaha menghadapi bahang maut dari Hatyai.


ni best action pack
bersangkut paut ...
abaikan part minum arak ...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2024 03:16 PM | Show all posts
Beberapa tahun lalu, tujuh orang kanak-kanak telah hilang entah ke mana. Usaha mencari mereka, menemui kegagalan. Siasatan yang dijalankan pihak polis hanya menemui jalan buntu. Akhirnya ia terkubur begitu sahaja.

Namun, insiden itu berulang kembali apabila beberapa orang kanak-kanak hilang tanpa dapat dikesan lagi. Ternyata rahsia hitam yang menghantui penduduk kawasan perumahan Taman Balqis berulang kembali.

“Benda tu tak mengacau, cuma dia suka tunjukkan diri. Itu hari kena dah si Munirah. Kata Munirah, ada perempuan dalam rumah kami, menangis.”
“Ada lembaga perempuan muncul?”
“Ha’ah!”
“Biasanya permainan sihir tak macam tu. Ni macam ada benda lain ni.”
“Benda lain apa pula, imam?”
“Rumah kau ada hantu tak, Din?”

Munirah, seorang ibu tunggal, bersama anaknya, Hisham, telah diterima bekerja sebagai pembantu rumah oleh Mak Som dan Pak Din. Namun, sejak berpindah ke rumah Mak Som, pelbagai perkara aneh yang dialami mereka.

Seolah-olah kehadiran Munirah dan Hisham telah mencetuskan semula suatu kejahatan yang tersembunyi di Taman Balqis.




yang ni pun best
like i can see dead people, mom ...
dan takkan sangka ada kegilaan membunuh ...


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2024 03:18 PM | Show all posts
Zaiful, seorang jurutera yang berkhidmat dengan syarikat Gonda Inc, terpaksa pulang ke Malaysia apabila menerima berita kematian ibunya. Sewaktu mahu pulang ke Malaysia, dia bertemu dengan Doktor Yusuyuki Uchida, seorang saintis yang juga berkhidmat dengan syarikat Gonda Inc.

Doktor Yusuyuki Uchida bersama anak saudaranya, Καί juga mahu ke Malaysia. Namun anggota keselamatan dari Gonda Inc telah memburu mereka. Doktor Yusuyuki Uchida telah meminta Zaiful membawa Kai bersamanya ke Malaysia dan berjanji akan bertemu dengan mereka sebaik tiba ke Malaysia.

Tiga pihak iaitu Gonda Inc, firma keselamatan Minotaur dan pihak tentera dari China kini memburu Zaiful dan Kai. Mereka mahukan Kai kerana kanak-kanak itu dikatakan ada kaitan dengan satu projek rahsia Gonda Inc yang dinamakan PROJEK KYOTO. Namun seringkali usaha mereka gagal kerana setiap kali mereka cuba menangkap Kai, akan muncul satu raksasa yajuu yang melindungi Kai.

Siapakah Kai sebenarnya dan apakah PROJEK KYOTO?


tengah baca
masih tertanya raksasa yang bunuh orang tanpa had
bunuh dengan kejam ..


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2024 10:32 PM | Show all posts
Tengah baca balik buku ni.. dah lama baca dulu.. ingat-ingat lupa jalan cerita dia  
Novel ini menggunakan konsep cerita dalam cerita. Jangan Baca Novel Ni adalah buku pertama dari trilogi Jangan Baca Novel Ni, dan novel sekuelnya bertajuk "Tiada Tajuk" dan "Akhir".



Kemudian keluar pula kesinambungan nya dalam Set Trilogi Seruan yang ada 3 novel kesemuanya .



Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2024 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sakinahxpdc at 22-10-2024 05:53 AM

Ikutkan terlalu banyak buku dalam list TBR
hahaha tak sempat nak baca macam dulu-dulu dah..
rajin membeli tu ada la ..bacanya idokk jugak .
Tsundoku Syndrome

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-10-2024 12:40 PM | Show all posts
Blurb – Sesuatu Yang Kembali

Dalam keadaan darurat begini, dinding kemanusiaan turut sama runtuh bersama pintu kepercayaan. Maka akan menjelmalah manusia-manusia yang selama ini bertopeng.

Suaminya hilang tanpa pesan, tanpa jejak.

Tetapi apabila muncul mesej terakhir daripada Ibra, Mikha mula reda. Penantian terhenti. Harapan mula hilang.

Namun itu disaat dia merelakan, takdir membawa mereka bertemu dalam sebuah Bunker Mall.

Bunker Mall – Sebuah gedung membeli belah yang dibina sebagai sebuah bunker kepada golongan elit. Sebaik saja wabak melanda, bunker itu diaktifkan secara tiba-tiba menyebabkan Mikha dan Farid terperangkap di dalamnya.

Di situlah bermula segalanya …
Skandal terbongkar …
Rahsia dipendam terburai …

Dan …

Nyawa menjadi taruhan.

Harapan adalah nyawa kehidupan. Jika hilang harapan … kosonglah jiwa.






ingat tak ingat sesuatu yang hilang
malas nak geledah cari balik dan baca
belasah baca buku no 2 terus
nanti ingatlah balik kot ..
baru 3% baca ...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2024 02:32 PM | Show all posts


Blurb ~ Khalisa gadis janitor yang bukan biasa-biasa. Rayyan pula seorang doktor yang diselubungi dengan misteri keluarga. Kedua-duanya punya ego dan prinsip yang ingin dipertahankan. Namun kerana sebuah _rubik's cube,_ mereka bertemu. Satu kejadian telah mendekatkan mereka. Satu persoalan telah merapatkan mereka. Dan kerana satu janji, kedua-duanya saling terikat dalam keterpaksaan. Khalisa setuju untuk membantu Rayyan mencari sebuah kebenaran yang selama ini disembunyikan oleh keluarga Rayyan. Rayyan pula terpaksa menerima bantuan itu kerana itulah permintaan terakhir arwah ayahnya. Mereka merentas dunia, menjelajah zon masa demi mencari jawapan kepada persoalan tersebut. Teka-teki terakhir perlu diselesaikan demi meraih sebuah jawapan. Namun, semakin dalam mereka menggali rahsia yang lama terkubur, semakin rumit dirasakan.

“You crack the code, I’ll get the answer...”



*** Buku ni menarik lah juga. Macam main treasure hunt, ada klu semua untuk dapatkan jawapan kepada soalan Rayyan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-11-2024 02:51 PM | Show all posts
Sesuatu yang Sempurna
Blurb:-

Kita perlu bertahan!

Mereka belum selamat. Cabaran hebat sedang menanti. Namun demi meneruskan hidup dan bertemu insan tersayang, sesukar mana pun ujian mereka akan bertahan!

Ibra tiada pilihan, dia terperangkap dalam perjanjian yang menyebabkan dia terpaksa melukakan hati si isteri. Rahsia itu biar kekal menjadi rahsia. Itulah misinya. Namun apabila wabak melanda, mungkinkah rahsia itu akan terpendam selamanya?

Jangan benci sangat. Bahaya. Nanti cinta sampai mati.- Ibra

Bagi Mikha ini mungkin kifarah. Dia reda namun dalam masa yang sama membenci suami yang dicintai bukan perkara mudah. Huru-hara hatinya ini sama seperti huru-haranya keadaan negara yang sedang diserang wabak. Apatah lagi saat dia tahu si suami merahsiakan sesuatu daripadanya.

Untuk memiliki sesuatu yang sempurna dia perlu melupakan segala kesakitan.

Namun … mampukah dia melakukan?

Benci dan dendam tidak akan menjadikan kita manusia. – Mikha




OMG saya memang marathon baca trilogi Sesuatu yang
tajuk macam hmmm tapi jalan cerita
best gila .. tak boleh nak letak
sehari habis untuk 2 buku


' Nafsunya terjerat di sangkar dosa dan noda... '

Bara
Di lembah yang penuh dosa dan noda ini, terhidang dendam kesumat yang disembunyikan dalam longgokan nikmat yang membahang. Antara kebenaran dan nafsu yang tidak pernah mengenal Tuhan, keseronokan digandar... dijunjung bersama keegoan yang membuta tuli. Rezekinya daripada lendir yang hanyir, di pesta dunia yang beriramakan nafsu yang meloyakan. Diiringi gendang dan tarian gila yang mengkhayalkan. Kuasa menjadikan mereka leka di dalam memburu kekayaan dan keseronokan dunia. Rangkaian-rangkaian haram dijalankan... dan lorong-lorong hitam menjadi pilihan. Ranjang menjadi santapan nafsu yang tidak tahu memilih halal dan haram. Kepuasan menjadi sasaran. Lalu kematian mengakhiri dendam... dan pembelaan ini terbayar juga akhirnya.


Ilustrasi Kulit : Fazrul Arhan
Tipografi / Rekabentuk : Aen

Cetakan Pertama : 2006
Cetakan Kedua : 2007

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2024 02:55 PM | Show all posts
Hati Salama berbelah bahagi. Adakah dia patut kekal di Syria untuk membantu mangsa tercedera atau pergi untuk menyelamatkan kakak iparnya yang sedang sarat mengandung. Dia sudah kehilangan seluruh keluarganya dan terus-menerus dihantui Khawi sebuah halusinasi yang muncul tatkala dia dihimpit kengerian. Setiap hari, traumanya menjadi bahan permainan Khawf. Dia dipaksa untuk segera meningalkan Syria.

Digelumang kematian dan kekerasan, Salama kagum melihat kekuatan rakyat Syria. Anak-anak kecil di ambang kematian masih mampu tersenyum. Tentera Pembebasan Syria yang kehilangan anggota badan enggan menyerah selagi kudrat mereka masih ada. Pekerja perubatan bekerja keras meskipun hari mereka sentiasa ditemani oleh mayat yang bergelimpangan dan kecederan yang lebih menakutkan daripada ajal.

Bagi Salma, dia tidak akan pernah bahagia di sini, sehinggalah dia bertemu Kenan. Seorang jejaka muda yang sangup mambahayakan nyawanya demi Syria. Kenan masih memandang Syria sebagai sebuah negara yang dihiasi pelbagai rona kehidupan. Baginya, kebahagiaan tidak mustahil. Dialah sumber harapan Salama.

Namun, hidup di sebuah negara dalam peperangan bukanlah mudah. Setiap hari ada sahaja yang perlu dirisaukan. Mereka bagaikan hidup di dalam neraka dunia. Jadi, bagaimana putut mereka melalui kehidupan tatkala dikhianati kerajaan sendiri? Mampukah mereka terus cekal berjuang.


jalan cerita agak slow
dan korang terpaksa imaginasi background perang
memang rasa mmm trauma sikit sebab perang bukan nya main bola sepak
so korang akan jumpa watak Salama - Khawft, Layla dan Kenan ...
then ada Lama dan Yusuff dan Am dengan Samar
just go with the flow
and seriously korang akan surprise


cerita ni ada selit masalah mental .. depression .. khayalan ... trauma
and sikit sweet sweet part between Salama dan Kenan ...


kalau negara dilanda peperangan adakah patut kita lari atau stay?
adakah bila lari makna kita pengecut dan enggan defend negara sendiri?
kalau stay dikatakan wira?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2024 02:58 PM | Show all posts
10 tahun telah berlalu semenjak Jagat Suci dan Raja Bersiong ditumbangkan. Insan yang digelar sebagai Nirnama telah lama tidak menggunakan gelaran tersebut. Namanya telah didedahkan 10 tahun lalu kepada umum saat diangkat sebagai Laksamana Utama bagi Kerajaan Semutar Putih. Kerajaan Semutar Putih sekarang memerintah seluruh Tanah Semenanjung sehingga ke sempadan Segenting Kra.

Kerajaan Ayutthaya tidak berpuas hati dengan penguasaan Kerajaan Semutar Putih ke atas wilayah-wilayah tinggalan Raja Bersiong. Lantas perseteruan dilancarkan. Saban tahun serangan demi serangan dilipat gandakan, mengganggu perbatasan Kerajaan Semutar Putih. Sehinggalah berlaku satu peristiwa hitam yang menggegarkan semua.

Pada saat Tanah Semenanjung kembali bergolak, seorang pendekar muncul membantu orang ramai yang memerlukan. Tiada siapa tahu akan gerangan dirinya. Dia tidak menzahirkan wajah, juga tidak pernah berkata-kata.

Orang ramai mula menggelarkan pendekar itu sebagai Nirnama.


lama buat pekasam ..
so lepas habis Selagi Pohon Lemon Tumbuh
kita pick Nirnama 2 ..
hmmm menarik ... Nirnama 2 ada selit gambar
tertanya Nirnama ni Tuah ke atau orang lain ...


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2024 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
fly_in_d_sky replied at 4-11-2024 02:51 PM
Sesuatu yang Sempurna
Blurb:-


Masih belum rasa nak beli anna lee punya trilogi ni. Sebab berkait2 kan. So nak kena ingat yang first punya cerita balik. Ke takde kaitan? ????

Bara, mcm biasa penulisan ARA tak dinafikan. Al-fatihah untuk beliau.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2024 05:34 PM | Show all posts
masterudeng82 replied at 4-11-2024 05:12 PM
Masih belum rasa nak beli anna lee punya trilogi ni. Sebab berkait2 kan. So nak kena ingat yang fi ...

ada kaitan sesuatu yang hilang, sesuatu yang kembali dan sesuatu yang sempurna
baca lah
hehehe best
ada zombie ... opppssss
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2024 11:54 AM | Show all posts
Roman Tetralogi Buru mengambil latar belakang dan cikal bakal nation Indonesia di awal abad ke-20. Dengan membacanya waktu kita dibalikkan sedemikian rupa dan hidup di era membibitnya pergerakan nasional mula-mula, juga pertautan rasa, kegamangan jiwa, percintaan, dan pertarungan kekuatan anonim para srikandi yang mengawal penyemaian bangunan nasional yang kemudian kelak melahirkan Indonesia modern.

Roman bagian pertama; Bumi Manusia, sebagai periode penyemaian dan kegelisahan dimana Minke sebagai aktor sekaligus kreator adalah manusia berdarah priyayi yang semampu mungkin keluar dari kepompong kejawaannya menuju manusia yang bebas dan merdeka, di sudut lain membelah jiwa ke-Eropa-an yang menjadi simbol dan kiblat dari ketinggian pengetahuan dan peradaban.

Pram menggambarkan sebuah adegan antara Minke dengan ayahnya yang sangat sentimentil: Aku mengangkat sembah sebagaimana biasa aku lihat dilakukan punggawa terhadap kakekku dan nenekku dan orangtuaku, waktu lebaran. Dan yang sekarang tak juga kuturunkan sebelum Bupati itu duduk enak di tempatnya. Dalam mengangkat sembah serasa hilang seluruh ilmu dan pengetahuan yang kupelajari tahun demi tahun belakangan ini. Hilang indahnya dunia sebagaimana dijanjikan oleh kemajuan ilmu .... Sembah pengagungan pada leluhur dan pembesar melalui perendahan dan penghinaan diri! Sampai sedatar tanah kalau mungkin! Uh, anak-cucuku tak kurelakan menjalani kehinaan ini.

"Kita kalah, Ma," bisikku.

"Kita telah melawan, Nak, Nyo, sebaik-baiknya, sehormat-hormatnya."

"Pramoedya Ananta Toer, adalah seorang guru cemerlang dalam mengislahkan setiap liku-liku emosi, watak, dan pelbagai semangat yang penuh rumi." - The New York Times
"Penulis ini berada sejauh separuh dunia daripada kita, namun seni-budaya dan rasa kemanusiaannya sedemikian halus menyebabkan kita langsung merasa sudah lama mengenalnya - dan kita sudah pun mengenal kita - pada sepanjang usia kita." - USA Today
Bumi Manusia adalah buku pertama daripada tetralogi yang dianggap antara adikarya Pramoedya Ananta Toer mencakupi kejadian pada tahun 1898 sehingga 1918, ketika tempoh getir Kebangkitan Nasional Indonesia.

Tempoh ini adalah masa yang hampir-hampir tidak pernah dijamah oleh sastera Indonesia kerana sifat radikalnya dan fasa awal pertumbuhan organisasi-organisasi moden yang juga bererti kelahiran demokrasi berpolakan Revolusi Perancis.

Dan sudah tentu sosok yang diingati; Minke anak peribumi cemerlang yang melawan ketidakadilan tidak kira berupa kolonial atau kasta kebudayaan Jawa.
-ilhambooks




sebenarnya dah few times try baca
tapi macam tak dapat masuk
tapi kali ni boleh ..
baca versi Bahasa Malaysia under biblio press

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2024 02:22 PM | Show all posts
Edited by masterudeng82 at 16-11-2024 02:26 PM



BLURB
Tular di FYP TikTok tentang keindahan sebuah rumah inap desa tepi sungai yang terletak di kaki Gunung Jerai, membuatkan Misha teruja untuk ke sana. Dia mengajak Edrina, Anita dan Lily untuk turut serta. Tetapi baru saja menjejakkan kaki, Edrina sudah berasa tidak sedap hati. Dia merasakan ada yang misteri tentang tempat itu.
"Batu-batu sungai ni diikat dengan rambut..." - Anita
Percutian yang menyeronokkan bertukar tragedi apabila fenomena kepala air melanda secara tiba-tiba. Edrina dibawa hanyut arus deras dan dianggap mati lemas oleh penduduk sekitar. Badrisyah, pengurus rumah inap itu rasa bertanggungjawab dan berusaha untuk mencari.
"Orang dulu panggil sungai ni dengan nama perenggang ada sebabnya. Dikatakan
aliran sungai ni tak ubah seperti putaran jam, berpusing dari angka dua belas bertemu angka dua belas semula. Hulu bertemu dengan hulu semula. Ruang sama tapi masa terpisah." - Badrisyah
Berjayakah Edrina ditemui? Benarkah gadis itu sudah meninggal dunia atau sebenarnya hanyut ke dunia lain?
"Orang sebelah sana tak boleh datang ke sini. Bapak cakap kita hanya berkongsi sungai
tapi bukan tanah.” - Nyiur

*** Dah terminat dengan anuar darwisy punya style. Tapi tengok juga cerita tu bukan seram. Yang ni cuma masuk dalam dua dunia berbeza. Tak meleret, tak pening. Jalan cerita buat kita tak leh nak stop baca. Banyak juga ilmu2 yang penulis bagi. Best!

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2024 10:08 AM | Show all posts
masterudeng82 replied at 16-11-2024 02:22 PM
BLURBTular di FYP TikTok tentang keindahan sebuah rumah inap desa tepi sungai yang terletak di kak ...

macam buku Bunian
2 dunia .. manusia dan bunian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2024 09:25 AM | Show all posts
fly_in_d_sky replied at 18-11-2024 10:08 AM
macam buku Bunian
2 dunia .. manusia dan bunian

Betul, start bunian tu yang boleh beli sang dewi pulak ni, tapi dah terbeli ngauman cindaku pulak semalam. Tapi belum baca, sekarang tengah baca buku Selamat Datang ke Kedai Buku Hyunam-Dong. So far best. Tapi baru suku buku.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2024 10:58 AM | Show all posts
Enam sahabat telah memilih Pulau Sibu sebagai destinasi percutian mereka bersempena dengan cuti semester yang baru bermula. Sedang mereka menikmati pelayaran kapal persiaran mewah Aizzer Cruise, tanpa diduga sebuah bahtera lanun datang menyerang! Semua penumpang lelaki dibunuh dengan kejam! Aina dan Dira berjaya diculik oleh lelaki berpakaian besi manakala yang lain-lainnya terpelanting dibawa arus lautan. Dalam tidak sedar, mereka telah melangkaui garisan waktu antara dua zaman!

Pertemuan Shira dengan seorang lelaki soleh bergelar Panglima Bayang mengubah segala-galanya. Senyuman pendekar itu berjaya menambat hati kasarnya. Tidak ada sebab untuk dia menolak lelaki itu hadir dalam hidupnya. Dalam diam, cintanya dipahat kukuh untuk lelaki itu. Panglima Bayang adalah seorang lelaki satu dalam sebilion!

Malangnya, sesuatu yang tidak diminta datang melanda. Hati gadis cantik itu luluh melihat kesungguhan Panglima Bayang mempertahankan dirinya sehinggakan sekujur tubuh pahlawan itu rebah bermandikan darah akibat disantau! Sang penyembah syaitan berjaya menculik Shira!

Sementara itu, Hang Jebat telah menemui bangkai kapal persiaran mewah daripada masa hadapan di perairan Selat Melaka. Hakim, kekasih Shira berasa teruja apabila mengetahui cinta hatinya masih hidup di Langkasuka. Hang Tuah Lima Bersaudara memutuskan untuk bergabung dengan Panglima Bayang di Langkasuka bagi menghapuskan kegiatan lanun bertuhankan iblis di rantau mereka. Namun, dalam kegelapan malam, perjalanan mereka disekat oleh sekumpulan harimau jadian yang laparkan jantung manusia!

“Andai takdir masa terhenti, bulan di langit saksi segala. Dialah yang teratas, Dialah pilihan selamanya. Engkaulah yang pertama, engkaulah yang terakhir. Shira, laksana kejora, kau seri hatiku.”

Dapatkah Shira diselamatkan? Siapakah Panglima Bayang? Berjayakah Hakim menemui Shira? Cinta Dua Zaman antara Panglima Bayang dan Hakim, hanya Shira yang boleh putuskan!




tengah baca buku ni
my reaction isk watak Yusuf ni dalam alim-alim suka usik Shira
ajar Shira macam mana nak siang ikan
sweet ...
ada ler action pack ...
pertembungan Yusuf dan Raja Sular
nanti akan tahu siapa Raja Sular sebenarnya


buku ni ala-ala Laksamana Sunan
untuk Sunan .. watak dia gentleman and warak ..  
dan cara Sunan tawan hati pemaisuri nya dengan guna ayat "Sebagai manusia, aku menyayangimu"
waduhhh ...


tapi untuk watak Yusuf .. lebih pada budi pekerti .. cara layanan .. gurau senda yang dijaga batasnya  
tambah lagi watak Shira yang manja nakal .. tak sure kata gedik
ala anak orang kaya gitu kot ..


and yes penulis ada selit bab agama sikit .. sejarah
so balance lah kot
and for sure rasa menyampah dengan watak Sultan Melaka
dah ko kenapa .. ko ingat ko Sultan banyak besar nak pancung orang
hanya sebab orang tak dengar cakap ko
akal pendek .. rugi betul Tun Teja kahwin dengan ko
rugi sokmo ...


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.725401 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list