>>> kmania.info
Drama sageuk SBS berjudul “Nokdu Flower” atau “Mung Bean Flower” dikarang oleh Jung Hyu Min (“KBS Jeon Do Jeon”,”KBS Assembly”) . Drama ini dibintangi oleh Jo Jung Suk, Yoon Shi Yoon, Han Ye Ri dan ramai lagi.
Jo Jung Suk dan Yoon Shin Yoon akan menjadi adik-beradik kandung berlainan ibu yang hidup semasa perang dinamakan sebagai , “Battle of Ugeumchi” sekitar tahun 1894 yang tercetus akibat pemberontakan oleh kumpulan rakyat kelas bawahan Dong Hak. Jo Jung Suk akan membawakan watak Baek Yi Kang, yakni merupakan anak luar nikah kepada wanita yang dianggap sebagai hamba kepada keluarga ayahnya manakala Yoon Shi Yoon pula sebagai adik kandungnya, Baek Yi Hun yang dijadikan sebagai pewaris tunggal kerana dilahirkan rahim ibunya, isteri rasmi keluarga bangsawan tersebut.
Han Ye Ri akan memainkan watak Song Jin, yakni merupakan anak tunggal kepada Song Bong Il, berketurunan Jeolla-do. Luarannya seperti tenang, tapi sebenarnya dia mampu menggertakkan musuh dengan hanya mengalihkan bom di tangannya tanpa sekelumit rasa gentar. Song Jin dikatakan akan tersepit di antara pertelingkahan Baek Yi Kang dan Baek Yi Hun.
Baek Yi Kang merupakan seorang yang agak misteri disebabkan perwatakannya yang dingin dengan mata yang tajam menikam, sehingga digelar ‘bomoh’ Jeolla-do Gobuja manakala Baek Yi Hun pula seorang agak lemah-lembut, memikili fizikal yang mengancam mata dan juga pandai bermadah hasil daripada belajar di Jepun. Kedua-duanya dijangka bertembung sewaktu pemberontakan Dong Hak ini disebabkan masing-masing memimpin kumpulan kelas bawahan dan bangsawan.
“Nokdu Flower” akan bersiaran dirangkaian ONE HD Ch 393 mulai 27 April, setiap Sabtu dan Ahad, jam 6.10 petang selepas berakhirnya drama “Hot Fiery Priest”.
|