Kau hadir tanpa diundang,
Kau pergi tanpa ucapkan selamat tinggal.
Kenapa begitu,
Hina sangatkah aku di mata mu..
Andai diberi peluang untuk ku putar segala kenangan,
Pasti kehadiran mu awal2 lagi kutolak
Apa yang tinggal kini hanya sisa duka yang berkuntum dalam jiwa
Sendu rindu menjadi satu
Terhimpun menjadi luka seribu rindu ....
Takwil:
Penulis meluahkan rasa kesal bila si dia muncul dalam hidupnya tanpa diduga dan perginya si dia juga tanpa kata. Sikap si dia yang tidak disukai oleh penulis itu telah mengundang rasa sebal dan kecewa di hati penulis. Menimbulkan persoalan pada penulis, siapa penulis di mata si dia yang begitu mudah memandang ringan tentang hubungan mereka.
Si dia seolah telah memberi harapan pada penulis tetapi harapan itu punah dengan sikap si dia yang tidak serius. Kekecewaan penulis yang ketara itu membuatkannya berfikir untuk tidak akan sesekali menerima kehadiran dan harapan si dia andainya masa dapat diundur semula.
Kerana yang pasti, hanya duka yang dirasai bersama rindu yang menggebu
>>>mak aih..awat jadi jiwang pulak takwil ni ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
|